Sunday, June 8, 2008

RANCANGAN MALAYSIA

PERANCANGAN MALAYSIA MENUJU KE ARAH SEBUAH NEGARA MAJU MENJELANG TAHUN 2020(WAWASAN 2020)


Pembangunan Ekonomi

Pengunaan sistem Dinar Emas yang dipergunakan oleh Negara-negara Islam sedunia bagi memastikan kekukuhan ekonomi sejagat yang tidak akan melibatkan monopoli serantau .Ini bertujuan bagi memastikan ekonomi dunia ketiga stabil dari sebarang spekulasi yang ditentukan oleh pihak yang tertentu dan memastikan keseimbangan kemajuan bagi semua rantau dan ekonomi dunia tidak lagi ditentukan oleh kuasa kuasa besar yang boleh mengakibatkan permasalahan ekonomi dunia .(keterangan yang terperinci ada diberikan oleh pihak yang mencadangkanya)pengusulan ini lebih kepada menyokong sistem yang ingin dilaksanakan kepada peringkat pelaksanaan .

Pembangunan R&D Dalam Bidang Teknologi Maklumat

Bahagian Keselamatan Dalam Negara :
Sistem bercip yang terdapat pada mycard dipertingkatkan kepenggunaanya kepada maklumat kedudukan pemegang atau pengguna . Sistem maklumat yang sedia ada pada mycard telah dipertingkatkan kepada maklumat kedudukan atau lokasi pemegang mycard itu berada ini ditentukan oleh sistem jaringan maklumat yang dihubungkan kepada saitelit pengesanan GPS yang mana akan megesan kedudukan serta lokasi setiap pemegang mycard tersebut dimana sistem bercip yang terdapat pada mycard telah dimasukan data maklumat GPS yang akan dihubungkan dengan saitelit pengesanan GPRS tujuan utama ianya diadakan adalah untuk memudahkan mengesan kedudukan seseorang yang mana ianya boleh digunakan untuk mengesan mereka yang hilang dan tugas mencari lebih senang dan lebih cepat dan mudah tanpa mengambil masa yang terlalu lama ianya dapat diguna pakai oleh pihak berkuasa uantuk mengesan kedudukan persalah atau kehilangan orang seperti penculikan atau hilang dimana-mana, dimana dengan perhubungan yang berhubung terus dengan saitelit dapat diketahui kerana semua setiap mereka yang mempunyai mycard akan membawanya sentiasa kerana setiap mereka yang berwarganegara semestinya membawa mycard mereka dimana sahaja mereka pergi tetapi pekara ini adalah satu yang berbentuk rahsia dimana tidak semua pihak boleh mengetahui perananya dimana ianya bertujuan untuk mengelakan sebarang bentuk komplikasi seperti pihak yang disyaki sebagai persalah dan mereka yang dikehendaki oleh polis akan membuang mycard mereka untuk mengelakan mereka dikesan oleh sistem pengesanan saitelit kerana jika mereka memegang mycard tesebut pasti pihak polis akan mengetahui dimana lokasi mereka berada dan ini akan menyebabkan mereka dapat dikesan dan seterusnya dapat diberkas.Pembangunan sistem ini memerlukan pembangunan dalam Ero Angkasa yang melibatkan pembangunan sistem saitelit.

Perancangan Dalam Pembangunan Islam

-Menjelang tahun 2020 negara Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju dan rakyatnya yang mempunyai keadaan taraf ekonomi yang maju dan stabil dan berada dalam kedudukan taraf kehidupan yang baik .Setiap rakyat Malaysia yang berugama Islam hendaklah menyimpan wang mereka didalam Tabung Haji ini adalah merupakan sebahagian daripada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap rakyat Malaysia yang berugama Islam yang berkemampuan dimana didalam rukun Islam yang kelima telah mewajibkan bagi setiap umat Islam yang mampu hendaklah mengerjakan ibadah haji sekali dalam seumur hidup.cara ini sama digunakan seperti caruman kwsp yang diwajibkan oleh setiap pekerja untuk dihari tua mereka
-Melaksanakan sistem perundangan Islam atau hukum hudud tetapi perlaksanaanya akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dan penerangan bagi semua peringkat akan dilakukan bagi bertujuan supaya semua pihak memahami dan menerimanya dengan baik ,penerangan akan diberikan sebaik mungkin agar satu mekanisma yang digunakan bertepatan dan bersesuaian dengan kehendak semua orang yang ada di Malaysia ini terutama kepada mereka yang bukan Islam dan diharapkan agar keterangan yang akan diberikan nanti akan memberikan satu jawapan yang rasional untuk diterima pakai dan dilaksanakan bagi kepentingan semua pihak dan pasti suatu pekara yang baik akan diterima oleh semua pihak.
-Mengambil pelajar pelajar dari lepasan Universiti Al-Azhar Mesir bekerja disektor-sektor yang mempunyai bidang yang melibatkan pengkhususan tangungjawab kepada amanah dari orang ramai seperti dibank cth seperti Bank Tabung Haji ,ini dibuat bagi mengelakan berlakunya satu bentuk penyelewengan dan pecah amanah yang pernah terjadi .Pelajar dari Al-Azhar telah didedahkan dengan asas ajaran agama yang kukuh.

Perancangan Dalam Bidang Kesihatan.

-Menggunakan beberapa kaedah dan satu darinya kaedah penjagaan kesihatan terancang bagi menyelesaikan masalah dan gejala perokok-perokok yang tegar dan seterusnya membantu kerajaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penyakit merbahaya yang akan dihidapi oleh perokok-perokok.
-Satu cara yang boleh diguna pakai oleh pihak yang terbabit dan terlibat dalam memberikan rawatan dan pembedahan keatas pesakit kronik yang memerlukan perbelanjaan yang besar tetapi perlu disegerakan boleh melakukan pembedahan tersebut dengan segera dan segala kos pembedahan dan rawatan yang diperlukan akan dibayar sepenuhnya setelah pembedahan itu telah selesai dijalankan ini bagi menjaga nyawa pesakit-pesakit yang kritikal dan jika terdapat juga satu kos yang diperlukan untuk di guna pakai bagi menjalani pembedahan tersebut wang yang sedia ada sama ada dari derma orang ramai serta badan pertubuhan kerajaan atau NGO yang dapat dikumpulkan pada masa itu akan diberikan terus dan baki dari wang yang diperlukan akan diberikan sepenuhnya setelah ianya selesai dijalankan.

Perancanagn Dalam Bidang Pertahanan

-Pembangunan R&D dalam bidang pertahanan dimana prospek lebih ditumpukan dalam
pertahanan berbentuk Forward Defance (ATM)
-Peperangan konvesional berkomputer.(peperangan elektronik berkomputer).
-Penciptaan alatan peperangan yang lebih efiksen dan terhebat
-Sistem Jaringan Perlindungan

Pembanguna R&D Dalam Bidang ICT

-Sistem telefon talaian tetap tanpa wayar
-Pengunaan sistem bantuan maklumat GPS kedudukan arah yang mempunyai maklumat arah kedudukan kereta yang berada dihadapan dan belakang dalam jarak
sokongan GPS dan ini merupakan salah satu langkah untuk megurangkan kadar kemalangan jalan raya yang telah meningkat pada setiap tahun .
-Peralatan komputer berpogram yang mengesan kerosakan secara automatik yang memudahkan mengesan kerosakan yang terdapat pada komputer.
Ketiga-tiga penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan lebih menumpukan dalam prospek didalam teras perniagaan yang akan ditubuhkan


Pembangunan Masa Hadapan(Ekonomi dan Sosial)

-Menubuhan Syarikat perkhidmatan dalam bidang khidmat perniagaan yang ditubuhkankan khas bagi membantu kedudukan ekonomi orang melayu supaya kedudukan ekonomi di Malaysia adalah seimbang bagi semua kaum dan dalam pada masa yang sama selain penubuhanya dapat menyelesaikan masalah ekonomi orang melayu ia dapat memberikan perkembangan ekonomi yang lebih seimbang diantara semua kaum dan dapat meningkatkan pencapaian ekonomi negara melalui teras perniagaan serta penyelidikan pembaharuan yang dibuat serta penubuhannya juga dapat menyelesaikan masalah graduan yang menggangur melalui satu sistem dan kaedah baru yang diguna pakai dalam organisasi syarikat yang akan ditubuhkan ini ,segala kaedah dan perancangan yang akan dilakukan adalah merupakan skop dalam memperbaharui Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan bagi membantu golongan bumiputra bagi mencapai status kedudukan yang seimbang dalam ekonomi Negara terutamnya dalam bidang perniagaan walaupun usaha –usaha telah dilakukan oleh kerajaan namun ianya merupakan usaha penggalakan seperti memberi pinjaman makro dan bantuan –bantuan kepada pengusaha-pengusaha IKS ,bantuan juga akan diberikan kepada perniaga –perniaga serta ahli-ahli perniagaan yang ingin dan baru dalam menceburi dalam bidang perniagaaan dimana satu bentuk sokongan dan rangkaian perlu diwujudkan bagi membantu mereka untuk lebih berjaya dan berdaya saing. Penubuhan syarikat ini adalah amat perlu dilasanakan bagi mempercepatkan dan merialisasikan kehendak Kerajaan dan Dasar Ekonomi Baru yang mahu menjadikan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu seimbang diantara kaum yang lain dan seterusnya dapat menjana ekonomi Negara melalui teras perniagaan yang dilakukan dan seterusnya dapat menyelesaikan pengganguran dikalangan lepasan ipt melalui kaedah program latihan sebenar perniagaan melalui satu sistem temuduga yang akan dilaksanakan selam tujuh bulan.

-satu cara yang boleh diguna pakai bagi memberikan ruang dan peluang kepada semua pihak yang terlibat terutama untuk mereka yang melakukan kerja-kerja dalam bidang keselamatan dan kecemasan negara seperti tentera,Polis,Bomba,Hospital serta pekerjaan yang perlu dilakukan setiap hari boleh ditukarkan dengan pihak perlaksanaan yang lain contohnya adalah seperti jika kita akan menyambut Hari Raya maka semua mereka yang berugama Islam yang berada dalam bidang pekerjaan yang disebutkan tadi akan dapat dan berpeluang untuk bercuti bersama bagi menyabut hari kebesaran ini yang hanya disambut setahun sekali sahaja dan tugas-tugas mereka akan diambil alih dan peranan dan tanggungjawab akan diberikan kepada kaum utama yang lain seperti kaum Cina dan India serta kaum yang lain dan mereka akan bertugas sewaktu hari perayaan itu disambut dan begitu juga sebaliknya mereka yang ada akan diberikan cuti sewaktu mereka menyambut hari perayaan mereka dan ini akan dilakukan secara bergilir-gilir mengikut kesesuaian waktu
CONTOH SALAH SATU PENERANGAN DARI MASALAH YANG DIHADAPI:

KEMALANGAN JALAN RAYA .

Penyeselaian Peringkat Awal
Masalah kadar kemalangan jalan raya yang meningkat telah memberikan kesan jangka panjang yang fleksibel pada negara,pada peringkat awal penyelesaianya telah diambil beberapa pendekatan yang bertujuan mengurangkan kadar kemalangan seperti Op stastik dan larangan kepada kenderaan besar berada dijalan raya utama menjelang musim perayaan.dan walaupun usaha telah dilakukan namun kadar kemalangan tetap juga meningkat saban tahun dan memang diketahui sikap pemandu itu menjadi faktor yang utama ketika dijalan raya. Selain itu terdapat faktor penentu dalam setiap pekara yang berlaku sikap sesetengah pemandu yang mahu cepat dengan memandu secara merbahaya dan laju telah menyebabkan salah satu punca kemalangan itu berlaku.dan dari pemerhatian secara rasional kebanyakan kemalangan maut yang berlaku adalah secara bertentangan dimana peningkatan dicatatkan di jaran raya utama terutama jalan Persekutuan, Perbandaran dan Negeri yang mana digunakan untuk pulang ke kampung menjelang musim perayaan walaupun ramai juga pengguna menggunakan lebuh raya namun pencatatan kemalangan yang tinggi telah dicatatkan dijalan persekutuan,perbandaran dan negeri dan kebanyakan kemalangan yang terjadi adalah pelangaran secara arah bertentangan dan ini tentu disebabkan kenderaan yang memotong secara merbahaya dimana kemalangan yang telah terjadi disebabkan pemandu yang memotong kenderaan lain tidak memikirkan kenderaan yang datang dari arah yang bertentangan ,mungkin kebanyakan mereka yang memotong diselekoh yang sukar untuk kenderaan yang berarus lain melihat kenderaan lain yang dihadapan mereka dimana disetiap selekoh pemandu tidak dapat melihat kenderaan dari arah lain sehingga melepasi selokoh jalan dan dari sikap yang terburu-buru dan ingin cepat membuatkan pemandu memotong tanpa menyedari adanya kenderaan dari arah bertentangan yang sedang menuju kearahnya dan disebabkan tidak melihat dan mengetahui terdapatnya kenderaan lain dihadapan sebelum memotong dan apabila sedang memotong tiba-tiba muncul kenderaan dihadapan maka ketika itu kemalangan pasti tidak dapat dielakan dan sekiranya mengelak dari bertembong maka kenderaan tersebut pasti akan terbabas juga dan dari jumlah kemalangan yang terjadi peratus yang tinggi adalah kemalangan yang terjadi secara pertembungan ini berlaku kepada kenderaan yang sedang memotong dan walaupun kemalangan terjadi juga di lebuh raya namun kadarnya masih tidak tinggi berbanding dengan kadar peratus kemalangan di jalan persekutuan,perbandaran dan negeri ini memberilan fokos terhadap kenderaan yang berada dilebuh raya walaupun memandu melebihi 100kms/j namun pemotongan kenderaan lain dilebuh raya adalah pada kadar yang mungkin selamat kerana tidak terdapat kenderaan dari arah bertentangan dimana pemandu dilebuh raya.dapat melihat keseluruhan jalan dihadapan mereka kerana kebanyakan lebuh raya adalah berjalan lurus dan yang utama sekali pemandu tidak perlu ragu-ragu untuk memotong dan dari 6 kedudukan bagaimana kemalangan boleh berlaku salah satunya adalah pelangaran dengan kenderaan dari arah hadapan dimana kemalangan jenis ini adalah pelangaran yang paling merbahaya dimana peratusan kecederaan yang mengakibatkan kematian adalah tertinggi dari jenis pelangaran kedudukan yang lain.

Peringkat Pertama Pengurangan Kemalangan Jalan Raya .
Ops kosong.(huraian lanjut tidak dapat diberikan ini bertujuan perancangan yang dibuat tidak berlaku sebarang masalah ini kerana perancangan tersebut merupakan satu yang tidak boleh diperhebahkan kepada umum ini bagi menjaga keberkesanan perancanagan yang dibuat).

Peringkat Masa Panjang
Mempergunakan lebuh raya sebaik mungkin dimana lebuh raya digunakan untuk para pengguna pulang kekampung menjelang musim perayaan dimana pengunaan lebuh raya ini dapat mengurangkan pemanduan di jalan biasa yang sebelum ini mencatatkan kadar kemalangan yang tinggi dimana pemanduan dilebuh raya dilihat lebih selamat untuk pemandu-pemandu yang selalu memandu secara laju dan untuk memberikan konsenstin pihak kerajaan yang mahu mengurangkan kadar kemalangan maka pengguna-pengguna yang melalui lebuh raya akan dikecualikan membayar tol hanya pada musim perayaan sahaja ini bagi membolehkan setiap pengguna akan dapat menggunakan lebuh raya kerana terdapat jugak mereka yang menggunakan jalan artenetif lain kerana apabila melalui lebuh raya akan dikenakan pembayaran atau jika tidak mahu alternetif ini digunakan kerana untuk menjaga perniagaan maka boleh juga mengurangkan kadar bayaran untuk menggunakan lebuh raya yang hanya pada musim perayaan sahaja.walaupun idea ini diberikan namun terdapat beberapa kelemahan yang akan terjadi terutama sekali pasti berlakunya kesesakan yang amat sangat pada peringkat awal penggunaannya dan ini pasti menyusahkan banyak pihak terutama pengguna-pengguna lebuh raya yang terperangkap dalam kesesakan yang berpanjangan dan ini memberikan kesan emosi dan menjejaskan pemanduan dilebuh raya dan ini menimbulkan satu masalah yang lain walaupun lebuh raya boleh dinaik tarafnya seperti menjadikan sehingga empat atau enam lorong baru namum kosnya adalah terlalu tinggi .jalan -jalan selain lebuh raya boleh jugak dinaik taraf dimana setiap arus jalan mempunyai sekurang-kurangnya dua lorong ini bagi mewujudkan keadaan pemanduan yang lebih selamat seperti dilebuh raya namun ini jugak membabitkan kos yang tinggi kerana harus dibuat pada semua peringkat jalan-jalan utama yang ada dan ia jugak mengambil masa untuk dipersiapkan.
Satu cara lagi yang mungkin dapat digunakan ialah membuat satu alat bantuan pemanduan dimana alat ini merupakan satu alat yang memberikan maklumat-maklumat mengenai keadaan dijalan raya pada ketika itu dimana pemandu dapat melihat setiap pekara dan pergerakan setiap kenderaan yang berada pada lingkungan pemerhatian pemanduan dimana pemandu dapat mengetahui setiap pegerakan kenderaan dijalan raya yang sedang dilalui yang mana pemandu dapat mengetahui jarak dan kenderaan yang melalui kawasan jalan raya yang sedang mereka lalui dan ini dapat memberikan maklumat awal kepada pemandu seperti jika mereka berada diselekoh atau ditempat yang sukar untuk mereka melihat kenderaan dari arah bertentangan ini membolehkan pemandu dapat memgangak dan menjangka bila waktu yang sesuai untuk memotong setelah mengetahui keadaan dihadapan setelah mendapat maklumat lebih awal dan sistem ini adalah disokong oleh sistem GPRS keadaan jangkaun maklumat jalan ,
sistem ini jugak terdapat bantuan sokongan yang lain seperti dapat mengetahui jauh dan jarak kenderaan yang berada pada lingkungan jangkauan dimana dinyatakan sekali
kelajuan kenderaan yang berada disekitar mereka dan juga mengetahui dan memberikan
maklumat terhadap pekara yang berlaku diatas jalan raya seperti terdapatnya kenderaan yang berhenti di hadapan mereka kerana kecemasan atau kerosakan dan ini memberikan maklumat yang lebih awal dan terperinci mengenai perkara-pekara dihadapan mereka ini bagi mengelakan mereka berada dalam keadaan yang merbahaya seperti tidak mengetahui adanya kenderaan yang berhenti ditepi jalan yang akan menyebabkan mereka tersilap jangkauan yang kalau berlaku pasti menyebabkan kemalagan dan maklumat yang tepat pasti dapat membantu penguna untuk persiapan yang lebih awal yang lebih selamat.
Berkaitan masalah yang membabitkan kemalangan motosikal yang mencatatkan jumlah kemalangan yang tertinggi dalam kedudukan kemalangan jalan raya ianya lebih ditumpukan kepada pekara yang terbabit bersama ketika kemalangan itu berlaku dimana kebanyakan kemalangan maut yang membabitkan motosikal adalah disebabkan pelangaran bersama dengan kenderaan berat seperti lori dan kereta.disebabkan pelangaran dengan kenderaan yang terbabait maka pasti suatu bentuk kemalangan yang teruk akan terjadi. Jika kemalangan jalan raya berpunca dari kesalahan penungang bermotosikal maka setiap kemalangan yang terjadi pasti melibatkan antara motosikal dan motosikal tetapi yang terjadi adalah diantara motosikal dan kenderaan yang lain seperti kereta dan lori. Penyelesaian bagi keadaan ini adalah diwujudkan satu laluan khas bermotosikal bagi disetiap peringkat jalan raya, ini dilihat dari keadaan yang memberikan gambaran jika kenderaan ini mempunyai laluan khas sendiri maka satu bentuk kemalangan teruk atau dahsyat yang melibatkan kematian dari pelangaran kenderaan berat dijalan raya tidak akan terjadi lagi. Jika ada pun kemalangan yang melibatkan diantara motosikal dengan motosikal yang lain maka bentuk kemalangan yang terjadi tidaklah sampai ketahap menjadi mangsa kemalangan yang teruk yang akan mengakibatkan kematian kerana kebanyakan pelangaran antara motosikal dengan kenderaan yang lain mengakibatkan penungang motosikal terbabit akan terseret atau tercampak dijalan raya dan pasti jika tercampak maka kedaan yang merbahaya akan terjadi seperti kenderaan dari arah lain yang membawa laju dan tidak sempat untuk membrek pasti mengakibatkan mereka terseret dan berada dibawah kenderaan berat yang lain seperti kereta dan lori dan pasti jika ianya terjadi penungang terbabit akan mengalami kecederaan yang parah yang akan mengakibatkan kematian kerana kemalangan yang terjadi adalah kemalangan yang teruk dan dasyat dari kecederaan yang pasti dialami jika kemalangan dengan kenderaan terbabit. Maka diharapkan keadaan ini dapat merubahkan keadaan yang lebih baik dengan usaha untuk memperbaiki keadaan bagi kebaikan semua pihak terutama penungang bermotosikal dan seterusnya memberikan sedikit penyelesaian diatas tahap kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

3 comments:

Anonymous said...

salam cerpana,

sesuatu idea yang berwawasan untuk dilaksanakan. Perlu ada satu pendadahan dan pendekatan yang harus dimulakan bagi melaksanakanya.. semoga dapat berhasil dan berjaya dengan ape yang dirancangkan.

melayuangkat said...

Salam Cerpana,

Idea yang bernas dan harap diketengahankan. Hantarkan juga pada akhbar Utusan dan Berita Harian.

CERPANA said...

melayuangkat terima kasih atas pandangan tersebuut, ada beberapa lagi pandangan lain tapi ada yang tidak boleh dinyatakan secara umun kerana menjaga perancangan yang dibuat,hanya pembaca diblog ini sahaja yang mengetahui mengenainya. Pandangan ini ada diberikan di www.warkahuntukpm.com.my dan telah diberi email maklumbalas pejabat perdana menteri akan menghubungi bagi membicangkan,mengkaji dan memperhalusi untuk dilaksanakan tetapi sampai sekarang masih tiada apa2 lagi yang dibuat, mungkin tak tahulah kesibukan yang teramat sangat dengan pelbagai pekara yang lain mungkin pekara ini tidak menjadi keutamaan lagi.