Wednesday, October 29, 2008

PENJELASAN DAN PENDEKATAN

Di dalam apa jua perkara yang terjadi perlu ada satu penjelasan dan pendekatan ekfisyen yang harus dilaksanakan yang akan memberi menafaat dan kebaikan kepada semua pihak tidak perlu jika sesuatu yang berlaku hanya menyalahkan sesuatu pihak sahaja sedangkan perkara itu ada turut juga melibatkan pihak-pihak yang lain yang bersama-sama membuat perancangan dan keputusan.Masalah yang berlaku seperti diumpakan sebagai penyakit yang mana juga diketahui setiap penyakit ada ubatnya dan begitu juga masalah setiap masalah ada penyelesaianya. Seperti juga penyakit yang perlu ada cara dan ubat yang sesuai dengan penyakit tersebut maka setiap masalah juga perlu ada penyelesaian dengan cara dan pendekatan yang betul. Setiap penyakit yang diturunkan adalah berbeza-berbeza dan ubatnya juga bergantung pada tahap penyakit tersebut tidak akan jika seseorang yang mengalami demam akan meminum ubat batuk untuk meredakan penyakit tersebut. Masalah juga perlu ada cara penyelesaian yang tersendiri dan tidak pula perlu dibiarkan terlalu lama yang boleh mengakibatkan parah dan menjadi barah yang susah hendak di ubati kelak. Senario yang berlaku sekarang memaksa pelbagai pihak terlibat untuk bersama berusaha untuk memulihkan keadaan yang bermasalah.
Bermula dengan perkara berkaitan DSAI yang pada tahun 1998 yang telah dipecat dari kerajaan atas dakwaan rasuah dan liwat maka jawapan yang ada hanyalah dua sama ada bersalah atau tidak bersalah tetapi dua perkara itulah yang tahun hadapan menjadikan 12 tahun lamanya untuk dinilai bersalah atau tidak beliau atas tuduhan dan dakwaan terbabit, mungkin pelbagai persepsi diberikan jika dipihak kerajaan akan dilihat DSAI mempunyai dan terlibat atas dakwaan tersebut manakala bagi penyokong pula biarlah apa sahaja yang dikhabarkan pasti semua diangap agenda politik terhadap beliau.Sebelum ini ada disiarkan mengenai mesej perbualan dengan seorang wartawan dari sebuah media tempatan dan ada dinyatakan mengenai perihal terbabit dan saya tidak sama sekali akan menyiarkan sesuatu yang saya tidak tahu mengenainya atau yang mempunyai unsur fitnah. Apakah yang akan saya dapat jika menyiarkan susuatu yang tidak betul atau ada terdapat unsur-unsur fitnah dan jika saya berbuat sendiri maka saya yang akan menanggung dosa tersebut dan biarlah pihak yang membaca menilai mengenainya. Jika konsep dan sumpah yang dibuat orang boleh pertikaikan apa lagi mengenai perkara-perkara yang lain, jika sumpah yang pernah dilafazkan saiful adalah salah dan silap maka pihak yang lebih mengtetahui hendaklah memperbetulkan mengenainya jika bersumpah memegang Al-quran tiada dalam syarat bersumpah maka bersumpahlah tanpa memegang Al-quran dan tidak perlu ia diperpanjangkan untuk sekian lama yang tiada nampak jalan penyelesyaian dan seterusnya kebenaran yang mutlak. Bersumpah adalah urusan seseorang yang bersumpah terhadap tuhan Yang Maha Esa jika dia bersalah maka lakhnat dan bala akan ditimpa kepada seseorang yang mempermainkan sumpah dan perlu apa mendapat walau berjuta ringgit tetapi hidup didalam keadaan menderita dan tiada keberkatan hidup. jika DSAI sanggup menggangkat sumpah yang hanya 2minit dari menjelajah satu negara pasti saya sendiri juga akan menyebelahi beliau.
Kerajaan juga perlu mengubah cara dan pendekatan lebih ke arah kesejahteraan rakyat dan apa gunanya lebihan dagangan ekonomi atau peratusan ekonomi yang mencatat keuntugan sehingga ke angka trilion ringgit jika hidup dan keadaan rakyat masih susah dan terbeban dengan pelbagai keadaan dan kos kehidupan. Sebelum kenaikan harga minyak , Kerajaan ada menggumumkan akan menjual harga minyak tanpa harga bersubsidi kepada warganegara asing di utara dan selatan tanah air tetapi apa yang mengecewakan adalah keputusan dan perbincangan yang dibuat langsung tidak menunjukan ke 'profesional' lan dari pendekatan yang diambil jika difikirkan kerajaan hanya memberikan lebih ruang kepada warganegara asing untuk terlebih dahulu menggisi penuh minyak kenderaan mereka terlebih dahulu dengan diberikan masa dari sehari kesehari tanpa kesesakan yang terlampau tetapi selepas itu kerajaan menarik balik pendekatan terbabit dan sejurus itu pada waktu yang sama pada jam 12.00 tengah malam akan menaikan kadar harga minyak 78sen seliter yang berkuatkuasa pada tengah malam itu juga maka apa yang dilihat adalah suatu keputusan cepat,pantas dan drastik yang lebih menimbulkan kesusahan dan kepayahan kepada rakyat sendiri apabila lebih 10juta pengguna kenderaan menggisi minyak bersubsidi buat kali yang terakhir tetapi apakah di ingat ruang dan waktu yang diberikan sebelum itu kepada warganegara luar yang menggisi minyak yang diberikan tempoh dari sehari ke sehari tetapi untuk rakyat sendiri langsung tidak diberi peluang. Dapat diramalkan jika harga minyak naik maka harga barangan juga turut naik dan jika kerajaan dapat bertahan sehingga ke hari ini untuk tidak menaikan harga minyak sehingga 78sen maka kerajaan dapat mengatasi dan menggelakan harga barangan melambung naik pada hari ini berikutan tren perniaga yang menaikan harga barangan setelah harga kenaikan minyak dipasaran maka inflasi juga tidak terlalu meninggkat mendadak akibat kenaikan harga barangan itu tadi Apa salahnya kerajaan bersabar menunggu dan tidak terlalu takut dengan ketidaktentuan harga minyak pasaran dari menaikkan harga dengan serta merta maka harga barang akan juga turut naik dengan serta merta jika harga minyak sekarang telah turun 3 kali walau ada lagi penurunan selepas ini harga barangan memang sukar hendak diturunkan. Jika kerajaan tidak menaikan harga minyak tempoh hari maka harga barangan sehingga hari ini masih didalam harga yang lama tetapi langkah yang dibuat ternyata silap walaupun langkah kerajaan selepas itu menurunkan harga minyak kembali tetapi tidak dapat menurunkan harga barangan di pasaran, dengan kata lain dengan tidak menaikan harga minyak maka harga barangan dan keperluan yang lain tidak akan naik dengan mendadak dan jika kerajaan bersabar sehingga ke hari ini yang harga minyak pasaran dunia telah menurun maka jika kerajaan tidak menaikan harga minyak terdahulu maka harga barangan masih ditakuk yang lama yang tiada kenaikan baru.
Perlu difikirkan terlebih dahulu setiap keputusan yang dibuat pasti akan diadakan mesyuarat dan dibincang terlebih dahulu jadi siapakah pihak yang terlibat secara langsung dan penasihat-penasihat yang menasihati PM dalam membuat sebarang keputusan dan mungkin PM tidak akan membuat sesuatu tanpa terlebih dahulu didorong dan dinasihati berbuat demikian maka tidak salah juga dikatakan mereka yang duduk berbincang dan mendorong dan menasihati PM membuat keputusan seperti pekara yang dinyatakan diatas perlu turut sama bertanggungjawab dalam apa yang dipercadangkan yang hanya lebih melihat kepentingan ekonomi tanpa melihat kepentingan rakyat terlebih dahulu maka apa yang dilihat sekarang adalah pekara yang lebih menjurus ke arah permasalahan yang lebih besar dan berlanjutan.Jika sebelum ini negara ditabir oleh seorang yang berpenggetahuan luas dalam bidang ekonomi maka sesuatu keputusan akan dinilai terlebih dahulu tanpa didorong oleh pihak-pihak yang lain maka dalam tempoh 20 tahun negara tiada mengalami kenaikan harga minyak yang melampau tetapi pada hari ini keadaan yang menakutkan ditunjukan untuk memperlihatkan ketidaktentuan ekonomi negara maka penasihat-penasihat ini seolah-olah menangguk di air yang keroh untuk kepentingan ekonomi semata-mata tanpa fikir bahawa rezeki setiap manusia bukanlah ditentukan oleh Amerika atau sesiapa sahaja tetapi adalah ketentuan dan kehendak tuhan dan setiap manusia ada kesenanggan dan rezeki masing-masing yang tiada siapa boleh menyekatnya.
Walaupun negara sekarang mempunyai pembangkang yang kuat tetapi apakah hasil dan nilai yang diperolehi oleh rakyat dari hanya melihat mereka bertekak dan memaki hamun sesama sendiri hanya yang banyak didengar adalah Ordinan berkaitan seksyen peraturan mesyuarat yang mereka berkelahi sesama sendiri dari memberikan pandangan dan buah fikiran yang bernas untuk dinilai dan dilaksanakan untuk kepentingan rakyat.Dewan Rakyat dan Negara sekarang lebih dilihat sebagai Dewan Peperiksaan dengan hanya banyak menyanyakan pelbagai soalan yang jika mereka rajin membaca sedikit boleh mengetahuinya tetapi mereka tidak tahu dan baru nak mengetahuinya budaya bertanya akan berterusan sampai bila-bila tanpa tiada satu titik noktah dan penyelesyaian jika pihak-pihak yang terlibat dan terbabit sama adalah seperti anjing dan kucing atau minyak dan api yang tidak akan bersatu dan bersama-sama melaksanakan untuk keperluan dan kepentingan rakyat maka apa yang dilihat hari ini adalah lebih menunjuk pandai dan lagak bercakap dari tiada satu apa pun untuk keperluan dan kepentingan rakyat. Mereka lebih menjurus berkepentingan politik apabila berbicara dari keperluan umum yang lebih perlu untuk diutamakan. Rakyat tidak meminta menukar papan tanda dari jawi ke bahasa lain yang jika dibuat bukan ada memberi faedah kepada rakyat jika untuk perlancongan tidak hanya dengan tambahan bahasa cina dan india tetapi kenapa tidak dimasukan sekali bahasa sepanyol,arab,rusia,jepun dan korea sekali di papan tanda terbabit tetapi kenapa 2 bahasa itu sahaja dan diketahui pelancong adalah bukan hanya dari Cina dan India sahaja tetapi adalah dari pelbagai pelusuk negara yang mempunyai pelbagai bahasa tersendiri.Langkah yang dibuat hanya bertujuan untuk mengikis ketuanan bahasa Melayu yang ada sekarang yang mereka lebih melihat untuk menjadikan Malaysia ini bukan sekadar Melayu yang punya tetapi adalah hak bersama yang perlu disama ratakan mengenaiya maka apa yang akan dibuat lebih untuk tujuan ke Politikan mereka tanpa memikirkan yang rakyat tidak minta dan perlu hanya papan tanda yang diubah jika keadaan kehidupan mereka masih tidak berubah

MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG ISTIMEWA

Malaysia adalah merupakan sebuah Negara yang mempunyai corak sistem pemerintahan Beraja Berpelembagaan yang mana masih mengekalkan corak pemerintahan Kerajaan yang menpunyai Ketua Negara dari kalangan Diraja iaini diketuai oleh Yang Dipertuan Agong yang dipilih secara berpengal dari kalangan Sultan-sultan dari setiap negeri kecuali negeri yang diketuai oleh Tuan Yang Terutama (TYT) .Sistem pemerintahan beraja ini masih dikekalkan sehingga kini yang menjadikan Malaysia sebuah Negara yang dilihat istimewa dari segi corak sistem pemerintahan yang telah dilaksanakan. Disini ingin diusulkan mengenai keistimewaan khusus bagi memperlihatkan keadaan yang lebih fleksibel yang dapat dilihat dari Negara-negara luar dimana didalam satu kenyataan oleh bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew yang merupakan juga Menteri Kanan atau penasihat Kerajaan Republik Singapura sekarang yang telah menyatakan bahawa Negara Singapura adalah merupakan sebuah Negara yang istimewa berbanding dengan Negara-negara lain dipersekitaranya yang mana memperlihatkan kenyataanya sebagai satu kenyataan yang akan memperkecilkan Negara-negara persekitaran yang lain yang akan dilihat kenyataan sebagai memperlihatkan Republik Singapura adalah merupakan sebuah Negara yang mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri berbanding Negara-negara Asiean yang lain. Walaupun kenyataan yang dikeluarkan itu merupakan kenyataan peribadi tetapi dapat diertikan sebagai satu kenyataan yang dilihat mempunyai satu maksud yang bertujuan bagi negaranya kerana walaupun beliau adalah bekas Perdana Menteri Republik itu tetapi beliau dalam pada masa itu adalah merupakan Menteri Kanan dan penasihat Rebulik Singapura. Walaupun beliau tiada lagi penjawatanan tinggi dalam kerajaan Republik Singapura namun dari segi corak sistem perancangan pembangunan yang telah dibawa semasa pemerintahannya telah menjadikan Republik itu berkembang maju di peringkat antarabangsa yang mana pekara ini tidak dapat dinafikan dari segi keadaanya, Jika dilihat dari segi keadaan dapatlah dirumuskan bahawa sistem corakan pemerintahan atau usaha –usaha yang diperlihatkan bagi pembangunan Negara tersebut telah dilihat sebagai seseorang yang harus diberikan keistemewaan didalam Negara walaupun setelah beliau menamatkan zaman pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri Republik terbabit. Jelas dilihat keistimewaan yang diberikan adalah beliau telah dilantik serbagai menteri Mentor dan penasihat Republik Singapura setelah beliau menamatkan perkhidmatan penjawatanan sebagai Perdana Menteri Republik terbabit. Walaupun beliau yang dalam jangka usia yang diangap lanjut tetapi beliau dilihatkan sebagai orang yang masih mempunyai jawatan dan peranan dalam Negara Republik Singapura. Disini dinyatakan secara ringkas berkenaan usul yang ingin dibawa bagi memperlihatkan Negara Malaysia juga mempunyai keistimewaan bukan sahaja kepada sistem pemerintahan beraja malahan keistemewaan bagi individu yang dilihat sebagai orang yang berjasa dalam mengerakan corak keadaan dan pembangunan Negara.
Diwujudkan Jawatan Menteri Diraja Malaysia (MDRM) seperti mana terdapat penjawatanan menteri penasihat Singapura dimana penjawatan yang akan diwujudkan ini nanti mempunyai satu peranan yang besar bagi perlaksaan diperingkat Diraja dimana Menteri ini adalah dibawah kuasa Diraja dan dibawah kuasa pemerintahan Duli Yang Dipertuan Agong yang bukan sahaja dilihat sebagai penasihat malah peneraju corak sistem pemerintahan beraja di Negara Malaysia lebih bercorak istimewa dan bersistem di semua peringkat keadaan.Terdapat beberapa keistimewaan jawatan ini di wujudkan terutamanya bagi mengenang jasa insan yang terlalu besar untuk dinilai dari segi peranan dan sumbangan yang diberikan terhadap corak dan pembangunan Negara. Tujuan utama ianya diwujudkan adalah untuk mengenangkan jasa dan sumbangan yang dicurahkan untuk Negara dimana dapat dilihat disini dimana setelah seseorang itu tiada lagi penjawatanan tinggi seperti meletakan jawatan atau bersara maka individu terbabit adalah seperti insan biasa yang tiada lagi apa-apa keistemewaan khas dan khusus dapat diberikan ini dapat dilihat seperti keadaan Tun Dr Mahathir Muhamad yang setelah bersara maka kelihatan beliau telah keluar dari ruang lingkup keistimewaan Kerjaaan Malaysia dimana beliau sekarang ini dilihat orang yang berkofrantasi dengan Kerajaan. Keadan ini dapat dilihat dari segi ceramah-ceramah yang diberikan yang sedikit sebanyak terdapat kenyataan yang tidak disenangi oleh Kerajaan yang boleh membawa keadaan yang tidak ketentuan terutama dari segi menepis segala persoalan dan pertikaan berhubung dengan corak dan dasar Negara yang dilaksanakan yang memperlihatkan kedaan perlaksanaan yang tidak konsisten dan lemah dalam sistem pentadbiran sekarang. Tentunya kita tidak mahu kedaan ini akan lebih memburukan keadaan terutama sekali berkaitan sokongan dan perhatian yang akan diberikan oleh pelbagai pihak dimana apabila diadakan Pilihan Raya Umum yang besar dimana sudah semestinya penyediaan dan persiapan harus dibuat dengan sebaik yang mungkin terutama sekali berkaitan dengan sokongan penuh yang akan diberikan oleh setiap rakyat yang akan keluar mengundi . Peristiwa atau isu yang besar yang dibawa pembangkang dahulu menyebabkan kerajaan Barisan Nasional telah hilang kedudukan di lima buah negeri yang berpunca dari polimik isu yang dibawa pembangkang yang seterusnya menyebabkan pemecahan sokongan yang diberikan. Tentunya keadaan ini tidak mahu dilihat lagi pada Pilihan Raya Umum pada masa yang akan datang yang mana terdahulu ianya melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri yang menyebabkan pemecahan sokongan dari pelbagai pihak dan pada kali ini ianya kelihatan melibatkan bekas Perdana Menteri yang dilihat lebih tinggi kedudukanya dari keadaan yang terdahulu. Walaupun ianya dilihat Tun Dr Mahathir tidak akan mewujudkan satu Parti Politik yang baru namun kesanya mungkin dari segi sokongan yang akan diberikan oleh rakyat didalam pemilihan Parti Pemerintahan Negara. Isu-isu yang utama seperti kenaikan harga minyak, Video klip perbualan berkenaan percaturan perlantikan hakim, Islam Hadhari, Kenaikan harga barangan dan kenaikan kos-kos yang lain beserta isu Pilihanraya yang melibatkan badan Suruhanjaya Pilihan Raya dilihat akan digunakan sepenuhnya oleh pembangkang untuk di eploitasi bagi tujuan kempen semasa Pilihan Raya Umum nanti. Terlebih dahulu telah dapat diramalkan Kerajaan akan mengalami kekalahan dari segi sokongan di peti undi nanti kerana pekara berkaiatan kenaikan harga minyak dilihat akan menjadi faktor terbesar dalam pemberian sokongan oleh rakyat yang dilihat kerajaan akan melakukan sesuka hati untuk menaikan harga minyak dan rakyat tidak mempunyai kuasa untuk bersuara dan menghalang dan menerima sahaja apa yang dilakukan dan semasa Pilihan Raya Umum nantilah yang akan digunakan oleh rakyat sebagai memberi maksud kerajaan tidak boleh berbuat sesuka hati tanpa mengamambil kira kehendak rakyat apabila berkuasa. Penjawatanan ini diwujudkan khusus untuk lebih kearah kesaksamaan dalam pengimbangan kuasa yang dihormati terutamanya oleh pihak Parti Pembangkang dimana mereka melihat semua pihak yang terlibat dengan perlaksanaan kerja-kerja yang terlibat dalam Negara adalah di sebelah pihak kerajaan dan segala yang dilakukan adalah menyebelahi dan berkepentingan untuk kerajaan.
Seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terlibat dan berperanan khusus bagi Pilihan Raya Umum atau Selainya maka disetiap kali ianya diadakan maka akan kedengaran kenyataan dari pihak pembangkang bahawa terdapat penyelewengan atau ketidaktelusan dalam melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dalam pilihan raya yang diadakan yang mana Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah Pihak yang dilihat memihak dan bersekutu dengan pihak Kerajaan dalam apa segala bentuk keadaanya seperti jika diadakan pilihan raya disesuatu kawasan tersebut maka keputusan yang didapati nanti kemenangan adalah akan memihak kepada pihak kerajaan. Jika pengwujudan jawatan ini diwujudkan maka institusi badan Suruhanjaya Pilihan Raya yang beperanan bagi perlaksanaan urusan yang berkaitan urusan luar bidang kuasa kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya yang terlibat secara lansung dalam melaksanakan Pilihan Raya Umum akan diletakan dibawah kuasa dan tanggungjawab Menteri Diraja Malaysia (MDRM) sebagai pihak yang mempunyai bidang kuasa Diraja dan di bawah Panji Yang Dipertuan Agong dan ianya bukan dibawah kuasa kerajaan .Setelah SPR diperbadankan diperingkat Diraja dan dibawah bidang kuasa Yang Dipertuan Agong maka ianya akan berada diluar bidang kuasa kerajaan pemerintah atau tidak mempunyai perkaitan secara langsug dengan kerajaan pemerintah. Asas bagi menjadikan ianya tidak mempunyai perkaitan secara langsung adalah bagi mewujudkan keadaan yang dilihat telus agar tidak dilihat oleh pihak tertentu sebagai badan yang berada bersama-sama didalam sistem dan bidang kuasa Kerajaan pemerintah. Setelah ianya berada dibawah kuasa Yang Dipertuan Agong maka pihak pembangkang tidak boleh lagi mewujudkan atau menyatakan apa-apa kenyataan atau provokasi mengenai badan ini yang telus dan adil dalam melaksanakan tugasan khusus didalam Pilihan Raya Umun atau selainya.Jika pihak pembangkang masih lagi menyatakan fakta yang berkaitan ketidaktelusan SPR dalam menjalankan tugas maka ianya bukan ditujukan kepada pihak Kerajaan tetapi segala tomohan dan kenyataan adalah ditujukan kepada Yang Dipertuan Agong yang memegang kuasa dan sebagai ketua Negara dimana setelah SPR diperbadankan diperingkat DiRaja dan dibawah kelolaan Menteri DiRaja Malaysia maka segala pekara pekaitan mengenai badan itu adalah terletak didalam kuasa pemerintahan Diraja yang diketuai oleh yang Dipertuan Agong sebagai ketua Negara Malaysia.
Bagi pemilihan individu yang selayaknya diberikan penjawatan ini ialah Tun Dr Mahathir Muhamad kerana bagi mengenangkan jasa yang telah diberikan dan disumbangkan kepada Negara selama lebih 20 tahun kearah menjadikan sebuah Negara Malaysia yang membangun dan maju. Segala jasa yang telah diberikan haruslah dan sewajarnya diberikan pengiktirafan dan penghormatan semasa beliau masih ada lagi dan bukanya seperti kebanyakan keadaan sekarang yang segala penghormatan dan pengiktirafan jasa yang dibuat akan diberikan setelah individu itu tiada lagi kerana sewajarnya pengiktirafan itu diberikan semasa seseorang itu masih ada lagi dan dapat dirasai dan dilihat sendiri mengenai segala apa dan jasa yang diberikan selama ini dibalas dan dihargai oleh semua pihak tidaklah seperti pepatah yang mengatakan setelah habis madu sepah dibuang. Pemilihan ini juga dibuat bagi mewujudkan hubungan atau keadaan yang dapat dilihat baik oleh semua pihak yang bertujuan mengelakan provokasi atau polimik politik yang akan dicetuskan oleh pihak lain terutamanya ketika menjelang pemilihan Pilihan Raya Umun yang akan datang. Jawatan yang diberikan ini nanti bukanlah satu kedudukan yang berkekalan kuasa selamnya selagi individu itu masih lagi dapat memberikan sumbangan khidmat jasa atau nasihat pandangan mengenai pekara yang menjadi permasalah isu-isu Negara atau setidak-tidaknya dapat memberikan pandangan atau penyelesaian masalah yang berkaitan ekonomi Negara atau berkaitan permasalah dunia yang lain. Seharusnya banyak lagi pekara-pekara yang lain yang akan memberikan faedah dan menafaat diatas apa yang akan dilaksanakan nanti setelah ianya dapat dilaksanakan nanti. Pekara-pekara berkaitan perancangan susun atur yang lain akan diberikan apabila pekara ini dapat diperbincangkan diperingkat tertinggi atau diperingkat perancangan perlaksanaan. Berikut ialah kenyataan ringkasan asas mengenai pekara berkaitan bangkitan percadangan diatas. (coretan ini ditulis sebelum Pilihan Raya Umum ke12 diadakan).
MENTERI DIRAJA MALAYSIA (MDRM)
PERINGKAT KUASA : KUASA RAJA-RAJA DIBAWAH NAUNGAN YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA.
KONSEP PEMILIHAN : INDIVIDU YANG TELAH BANYAK MEMBERIKAN JASA DAN SUMBANGAN KEPADA NEGARA YANG TERNYATA SUMBANGANNYA ITU SUATU SUMBANGAN YANG BESAR KEPADA NEGARA.
ASAS PEMILIHAN : BAGI MENGENAGKAN SEGALA JASA DAN SUMBANGAN YANG TELAH DIBERIKAN SEMASA SESEORANG ITU MASIH ADA LAGI (seperti republik singapura yang menjadikan bekas perdana menteri sebagai menteri Mentor Negara ).
TUJUAN : - Bagi mengstrukturkan keadaan yang lebih ekfisyen seperti meletakan Badan Suruhanjaya Pilihan Raya pada tangungjawab Menteri Diraja Malaysia dibawah kuasa pemerintahan Yang Dipertuan Agong di bawah kuasa Majlis Raja-Raja .
- Memulihkan keadaan dan imej Kerajaan pada setiap apa yang dilaksanakan dan dilakukan terutama pemulihan hubungan antara bekas Perdana Menteri dengan Kerajaan dan Perdana Menteri sekarang yang bertujuan bagi mengelakan takfsiran dan persepsi negetif yang akan terjadi dan melanda menjelang Pilihan Raya Umun yang akan datang.
- Memberikan suatu keistimewaan terhadap keputusan dan suatu pelaksanaan dasar atau pekara-pekara perkaitan Negara dibawah kuasa diperingakat kuasa Yang dipertuan Agong. Seperti hal-hal yang melibatkan isu sensetif atau pekara berkaitan agama atau berkaitan politik bagi mengelakan wujudnya kedaan yang boleh mencetuskan provokasi atau polomik politik Negara .
- Memberikan dan menampakan pengimbangan kuasa dan suasana keadaan yang lebih ekfisyen dan tolenrasi antara kuasa kerajaan dalam keadaan politik Negara yang dilihat terdapat kejangalan dalam sesuatu pekara atau hal mengenai keputusan atau yang menjadi perbincangan bersama, - Keistimewaan mengenai kedudukan seseorang yang berjasa yang dihargai setelah seseorang itu tidak lagi memegang penjawatan tertinggi didalam kerajaan .
( diberikan atau ditujukan khas kepada Perdana-Perdana Menteri Malaysia selepas ini ).

Saturday, October 11, 2008

PEMBAHARUAN YANG DI UTAMAKAN

Keadaan yang tidak menginzinkan membuatkan saya tidak banyak untuk mengulas berkenaan dengan rencah potitik tanah air tetapi bukan tiada apa yang mahu diulas dan diperkatakan cuma suatu keadaan yang masih belum mengizinkan saya untuk membicarakanya kerana banyak ruangan bolger yang lain yang menghuraikan dan memperincikan mengenainya dan biarlah saya sebagai pihak yang memahami dan menilai semula untuk merubah dan mengubah apa yang boleh difikir dan dilaksanakan bersama . Untuk permulaan komentar yang pertama adalah akan disentuh berkenaan Islam Hadhari yang mungkin ada banyak pandangan dan berkata ianya adalah merupakan satu ajaran pembawakan yang baru maka ruangan ulasan pertama saya biarlah dalam yang melibatkan soal Agama dan barulah menyentuh hal-hal yang lain semoga ianya dapat dikongsi dan difikirkan bersama.Tiga asas peganggan yang utama ada 3 iaitu Alif, Ba , Ta iaitu Alif untuk Agama, Ba untuk Bangsa dan Ta untuk Tanah Air dan ruangan yang seterusnya akan diperkatakan mengenai hal-hal keutamaan yang lain semoga ianya dapat difikirkan dan memberi menafaat bersama.

ISLAM HADHARI

KONSEP PENDEKATAN

Umum di ketahui bahawa konsep yang dibawa oleh kerajaan kadang-kala di salah ertikan oleh sesetengah pihak terutama dari pihak pembangkang yang hanya nampak dan akan mencari kesalahan dari pihak kerajaan semata-mata dan yang kelihatan baik dan berguna tidak akan disebut atau disentuh untuk kepentingan mereka sendiri kerana kalau dinyatakan dari pihak mereka akan dilihat sesuatu yang memperlihatkan kebaikan dan kehebatan yang dibuat oleh kerajaan.

ISLAM HADHARI

Secara terbuka saya bukan tidak menyokong konsep yang dilaksanakan oleh kerajaan yang diterapkan elemen dan konsep prinsip di dalam Islam Hadhari, cuma hanya pada namanya sahaja yang tidak elok dan kena. Walaupun dikatakan apa yang ada pada nama dan natijahnya itulah suatu yang utama yang akan dilihat kerana dengan namalah untuk orang menggenal dan dengan tajuk namanyalah orang akan mengetahui dan menilai yang selebih dan selainya selepas itu. Persepsi yang akan timbul dan di timbulkan oleh pihak-pihak tertentu pasti lebih memperlihatkan ketidakbaikan atau keburukan dari apa yang diperkenalkan dan ramai pihak diangapkan dan menggangap bahawa Islam Hadari adalah satu agama yang baru dan langkah kerajaan memperkenalkanya adalah tidak tepat dan bersesuaian dengan meletakan namanya Islam Hadhari kerana Umun mengetahui Islam adalah syumul dan lengkap dan tidak perlu lagi untuk memperkenalkan atau menjadikan suatu bentuk konsep ajaran islam yang lain untuk dilaksanakan kerana ajaran didalam Islam itu telah lengkap dan sempurna dari ajaran yang di bawa oleh nabi-nabi dan para rasul dan Al-Quran dan Al-Sunah lah sebagai ajaran lengkap yang telah sempurna yang harus di ikuti di peganggi oleh umat Islam seluruhnya.

Tiada suatu nama yang harus dan boleh diletakan selepas Islam seperti ajaran dan rukun yang lain yang hanya akan dinyatakan diawalan untuk menggambarkan konsep panduan peraturan dan rukan yang ada di dalam ajaran agama Islam.Seperti rukan Islam yang diajarkan yang seharus dan diwajibkan kepada semua umat islam dengan ajaran dan rukun-rukun yang dinyatakan maka konsep rukun itu sendiri diletakan awalan pada islam untuk menyatakan peraturan rukun wajib yang harus di ikuti oleh seluruh umat islam dan tiada dikatakan Islam rukun atau Islam Muhammad atau sebagainya kerana Islam adalah satu dan tiada lain selepas islam maka kesilapan kerajaan adalah meletakan suatu nama selepas islam yang diperkenalkan sebagai Islam Hadhari yang tentu sahaja ramai pihak akan bertanya dan mempersoalkan mengenai konsep dan pendekatan yang cuba dibawa oleh kerajaan dengan memperkenalkan konsep tersebut yang seolah-olah dilihat sebagai memperkenalkan konsep dan ajaran baru didalam Islam yang mana semua berangapan tiada suatu fahaman atau ajaran yang harus diperkenalkan atau diajar kerana islam itu telah lengkap dan sempurna dari ajaran,peganggan dalam kehidupan dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.Konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh kerajaan adalah suatu yang baik untuk kehidupan manusia dan umat islam kerana dilihat tujuannya adalah bagi mencapai keseimbangan antara pembangunan fizikal dengan kerohanian yang mana usahanya adalah untuk menggalakan rakyat berpegang kepada prinsip asas seperti yang terkandung dalam al-Quran dan hadis yang merupakan asas tamadun islam bagi mencapai kecemerlangan dan kehebatan dalam kehidupan dan ketemadunan islam yang mendatang.

Tentu sukar untuk kerajaan untuk menggundur atau menghapuskan konsep dasar yang telah diperkenalkan kerana jika dibuat dan di tarik balik setelah ia dilaksanakan maka akan lebih dilihat kelemahan dari pihak kerajaan dalam merancang dan memperkenalkan dasar-dasar yang dibuat begitulah seumpama kata pepatah lain terlajak perahu boleh di undur terlajar dasar akan dilihat buruk jadinya tetapi pihak kerajaan tidak seharusnya malu atau berputus asa dalam meneruskan dasar baik yang cuba diperkenalkan ibarat kata pepatah menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak.
Jika kerajaan menarik balik atau membatalkan konsep yang telah diperkenalkan dan telah dilaksanakan maka sebarang penarikan yang dibuat akan dillihat suatu kelemahan dan pembaziran yang dibuat lebih-lebih lagi telah berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk meneruskan dalam melaksanakan Islam Hadhari. Telah banyak yang dibuat dari penerangan dan buku-buku , pintu-pintu gerbang dan perkampungan hadhari yang dibuat di negeri-negeri maka jika semua itu ditarik balik maka kelihatan jelas satu bentuk pembaziran yang telah dibuat.

Dicadangan kepada pihak kerajaan menggubah konsep nama Islam Hadhari kepada Kehidupan Hadhari yang lebih jelas dilihat sebagi satu konsep yang lebih jelas dilihat sebagai konsep kehidupan yang lebih dinamik dan unggul, memanglah ajaran islam itu telah sempurna dan lengkap tetapi adakan walaupun ianya telah lengkap dan sempurna ianya telah diikuti dan difahami oleh umat Islam 100%. Jawapanya manusia tetap dengan cara dan kehidupan mereka sendiri walaupun telah dinyatakan dan di ajarkan peraturan-peraturan mengenai semuanya di dalam setiap kehidupan sebagai umat islam. Melihat kehidupan sikap yang ketidaktentuan dalam mencari dan menjalani kehidupan islam yang sebenar yang mana kehidupan manusia dizaman sekarang ini dilihat banyak yang tergelincir dan menyimpang dari kehidupan Islam yang sebenar walau hakikatnya mereka tahu mengenai hak dan batilnya dalam ajaran agama Islam kerana walaupun islam itu telah lengkap namun kehidupan manusia itu sendiri yang tidak membuatkan Islam sebagai sebahagian dalam kehidupan mereka maka Kehidupan Hadhari adalah satu konsep tatacara kehidupan diri yang berkehendakan aspek serta nilai-nilai Islam diterapkan di dalam kehidupan bagi mencapai keseimbangan antara pembangunan fizikal dengan kerohanian .

Prinsip dalam Kehidupan Hadhari :

H - Hormati dan berbaktilah kepada Ibu bapamu.
A - Amalkan yang wajib dan menghindari yang mungkar
(Amar makruf nahir mungkar)
D - Dermakan sebahagian harta kepada mereka yang memerlukan
H - Hindari hidup secara membazir dan keterlaluan
A - Amalkan sikap tolenransi dan hormat menghormati antara satu sama lain
R - Redha dengan ketentuan ilahi dan sabar menempuh dugaan kehidupan
I - Ilmu terus dituntut dan diamalkan dan mengingati mati

Diharapkan dengan usaha dan pendekatan yang dibuat lebih memperlihatkan satu bentuk kehidupan yang lebih sejagat dan hidup akan sentiasa di berkati dalam kehidupan-kehidupan yang mendatang.

Jika dilihat dari prinsip-prinsip Islam Hadhari

1.Keimanan dan ketakwaan kepada Allah
2.Kerajaan yang adil dan beramanah
3.Rakyat Jiwa Merdeka
4.Penguasaan ilmu pengetahuan
5.Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif
6.Kehidupan berkualiti
7.Perlindungan hak kumpulan minoriti dan wanita
8.Keutuhan moral dan budaya
9.Pemeliharaan alam semula jadi
10.Kekuatan pertahanan

Dan jika ditanya kepada sesiapa dengan satu soalan sahaja :

Mana antara Prinsip Islam Hadhari dari yang pertama sehingga yang terakhir dalam prinsip tersebut yang salah atau bertentangan dan tidak kena dengan ajaran agama


1.1 dan 2
2.6,7,8 dan 10
3.Kesemua diatas
4.7 sahaja
5.Tiada

Jawapan yang akan diberikan ialah “Tiada ”
Adakah salah dan tidak betul jika kita perlu ada keimanan dan ketakwaan kepada Allah atau dimana salahnya jika kita perlu penguassan dalam Ilmu pengetahuan atau mempunyai Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.
Lainlah kalau antara Prinsip Islam Hadhari tu

1.Beriman dan berduit
2.Hidup perlu tamak dan haloba
3.Zina merupakan sedekah
4.Perbanyakanlah Zina dan sedekah.

Kalau itulah perinsipnya pasti sesiapa walau budak tidak sekolah pun tahu buruk dan salahnya dalam pendekatan yang dibawa.Walaupun ajaran di dalam Islam itu lengkap tetapi adakah ianya di ikuti dan diterapkan dalam norma kehidupan pastinnya tidak. Jika di dalam rukun Islam itu sendiri menyatakan sembahyang lima waktu dan ianya merupakan suatu yang wajib tetapi adakah semua orang melakukan dan melaksnakan kewajipan tersebut pastinya jawapannya adalah tidak. Jadi jika hanya ada rukun dan aturan sahaja pasti tidak akan mencukupi jika tidak ada pegangan dan kesedaran dalam diri pastinya sesuatu yang terlalu bahaya adalah terlampau mencampur adukan urusan agama dan politik hanya untuk kepuasan dan kepentingan tersendiri dan pasti akan dilihat saat kehancuranya nanti. Jika kita hanya dikatakan Islam itu adalah satu kenapa ada perlu pegangan atau mazhab-mazhab yang lain seperti mazhab Imam Hambali,Maliki,Syafiie tetapi dalam setiap mazhab ada ajaran dan pengajaran yang tertentu dan tuhan tidak menghalangnya asalkan ianya bertujuan ke arah dan niat yang baik dan diredhai.


Tujuan Prinsip Kehidupan Hadhari di mulakan dengan awalan huruf adalah supaya ianya mudah dan senang diingati dari 10 prinsip yang terdahulu dan jika ditanya dari 10 orang pasti 1/10 belum tentu mengingatinya. Jika ianya sentiasa difahami dan diingati pasti setiap langkah dan kehidupan kita akan lebih diberkati dan diredhai kerana dalam perinsip yang utama dalam Kehidupan Hadhari tersebut adalah hormati dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa kerana dalam kehidupan manusia itu sendiri ramai yang setelah hidupnya berumah tangga maka keadaan ibubapanya diambil kira yang kedua kerana banyak yang pertama adalah untuk keperluan keluarga anak bini mereka sendiri dan keperluan yang lain-lain dan dalam hadis yang diriwayatkan oleh bukhari dan muslim “ Aku bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang amal-amal paling utama dan dicintai Allah ? Nabi Shallallahu ‘alahi wasallam menjawab ‘pertama solat pada waktunya,kedua berbakti kepada kedua orang tua,ketiga jihad di jalan Allah” walaupun mereka ada tanggungjawab kepada yang lain tetapi tanggungjwab terhadap kedua ibu bapa yang melahir dan menjaga kita tidak haruslah dipinggir dan dilupakan sebegitu sahaja kerana redha Allah bergangtung kepada keredhaan orang tua
Rasulallah SAW bersabda : Pada suatu hari tiga orang berjalan, lalu kehujanan. Mereka berteduh pada sebuah gua di kaki gunung, ketika mereka ada didalamnya , tiba-tiba sebuah batu besar runtuh dan menutupi pintu gua dan sebahagian mereka berkata kepada yang lain , ‘Ingatlah amal terbaik yang pernah kamu lakukan’. Kemudian mereka memohon kepada Allah dan bertawasul melalui amal tersebut, dengan harapan agar Allah menghilangkan kesulitan tersebut, Salah satu diantara mereka berkata, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku mempunyai kedua orang tua yang sudah lanjut usia sedangkan aku mempunyai istri dan anak-anak yang masih kecil. Aku menggembala kambing, ketika pulang ke rumah aku selalu memerah susu dan memberikan kepada kedua orang tuaku sebelum orang lain. Suatu hari aku harus berjalan jauh untuk mencari kayu bakar dan mencari nafkah sehingga pulang sudah larut dan aku dapati kedua orang tuaku sudah tertidur, lalu aku tetap memerah susu sebagaimana sebelumnya. Susu tersebut tatap aku pegang lalu aku mendatangi keduanya namun keduanya masih tertidur . Anak-anakku merengek-rengek menangis untuk meminta susu ini dan aku tidak memberikanya, Aku tidak akan berikan kepada sesiapapun sebelum susu yang aku perah ini kuberikan kepada kedua orang tuaku. Kemudian aku tunggu sampai keduanya bangun.Pagi hari ketika orang tuaku bangun, aku berikan susu ini kepada keduanya. Setelah keduanya minum lalu kuberikan kepada anak-anakku. Ya Allah, seandainya perbuatan ini adalah perbuatan yang baik kerana engkau ya Allah, bukakanlah.’ Maka batu yang menutup pintu gua itu pun bergeser dan terbuka.
kerana dalam hadis bukhari dan muslim ada menyatakan “berbakti kepada kedua orang tua akan diluaskan rezeki dan dipanjangkan umur” dan pastinya dengan kehidupan sekarang yang penuh cabaran dan liku dalam menempuh dan meneruskan kehidupan pastinya rezeki akan lebih banyak dan diperlukan dalam kehidupan seharian dan yang mendatang.Oleh itu satu yang menjadi keutamaan adalah harus diingati dan diikuti kerana dalam kehidupan masyarakat masa kini yang lebih memperlihatkan kehidupan yang sendiri-sendiri dan walaupaun hidup bermasyarakat tetapi sikap dan sifat masih dalam kehidupan asing yang tidak kenal dan bertegur sapa jika dibandingkan dengan kehidupan masyarakat suatu ketika dahulu yang berat sama dipikul ringan sama dijinjing maka corak kehidupan sekarang dan yang akan datang pasti akan lebih jauh untuk hidup dalam satu masyarakat yang harmoni dan tolenrasi. Maka sama-sama lah kita fikirkan bersama untuk kebaikan tiga perkara yang harus diutamakan iaitu Alif, Ba dan Ta. Alif untuk Agama , Ba untuk Bangsa dan Ta untuk Tanah Air kerana Negara kita tanggungjawab kita bersama.