Wednesday, October 29, 2008

MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG ISTIMEWA

Malaysia adalah merupakan sebuah Negara yang mempunyai corak sistem pemerintahan Beraja Berpelembagaan yang mana masih mengekalkan corak pemerintahan Kerajaan yang menpunyai Ketua Negara dari kalangan Diraja iaini diketuai oleh Yang Dipertuan Agong yang dipilih secara berpengal dari kalangan Sultan-sultan dari setiap negeri kecuali negeri yang diketuai oleh Tuan Yang Terutama (TYT) .Sistem pemerintahan beraja ini masih dikekalkan sehingga kini yang menjadikan Malaysia sebuah Negara yang dilihat istimewa dari segi corak sistem pemerintahan yang telah dilaksanakan. Disini ingin diusulkan mengenai keistimewaan khusus bagi memperlihatkan keadaan yang lebih fleksibel yang dapat dilihat dari Negara-negara luar dimana didalam satu kenyataan oleh bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew yang merupakan juga Menteri Kanan atau penasihat Kerajaan Republik Singapura sekarang yang telah menyatakan bahawa Negara Singapura adalah merupakan sebuah Negara yang istimewa berbanding dengan Negara-negara lain dipersekitaranya yang mana memperlihatkan kenyataanya sebagai satu kenyataan yang akan memperkecilkan Negara-negara persekitaran yang lain yang akan dilihat kenyataan sebagai memperlihatkan Republik Singapura adalah merupakan sebuah Negara yang mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri berbanding Negara-negara Asiean yang lain. Walaupun kenyataan yang dikeluarkan itu merupakan kenyataan peribadi tetapi dapat diertikan sebagai satu kenyataan yang dilihat mempunyai satu maksud yang bertujuan bagi negaranya kerana walaupun beliau adalah bekas Perdana Menteri Republik itu tetapi beliau dalam pada masa itu adalah merupakan Menteri Kanan dan penasihat Rebulik Singapura. Walaupun beliau tiada lagi penjawatanan tinggi dalam kerajaan Republik Singapura namun dari segi corak sistem perancangan pembangunan yang telah dibawa semasa pemerintahannya telah menjadikan Republik itu berkembang maju di peringkat antarabangsa yang mana pekara ini tidak dapat dinafikan dari segi keadaanya, Jika dilihat dari segi keadaan dapatlah dirumuskan bahawa sistem corakan pemerintahan atau usaha –usaha yang diperlihatkan bagi pembangunan Negara tersebut telah dilihat sebagai seseorang yang harus diberikan keistemewaan didalam Negara walaupun setelah beliau menamatkan zaman pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri Republik terbabit. Jelas dilihat keistimewaan yang diberikan adalah beliau telah dilantik serbagai menteri Mentor dan penasihat Republik Singapura setelah beliau menamatkan perkhidmatan penjawatanan sebagai Perdana Menteri Republik terbabit. Walaupun beliau yang dalam jangka usia yang diangap lanjut tetapi beliau dilihatkan sebagai orang yang masih mempunyai jawatan dan peranan dalam Negara Republik Singapura. Disini dinyatakan secara ringkas berkenaan usul yang ingin dibawa bagi memperlihatkan Negara Malaysia juga mempunyai keistimewaan bukan sahaja kepada sistem pemerintahan beraja malahan keistemewaan bagi individu yang dilihat sebagai orang yang berjasa dalam mengerakan corak keadaan dan pembangunan Negara.
Diwujudkan Jawatan Menteri Diraja Malaysia (MDRM) seperti mana terdapat penjawatanan menteri penasihat Singapura dimana penjawatan yang akan diwujudkan ini nanti mempunyai satu peranan yang besar bagi perlaksaan diperingkat Diraja dimana Menteri ini adalah dibawah kuasa Diraja dan dibawah kuasa pemerintahan Duli Yang Dipertuan Agong yang bukan sahaja dilihat sebagai penasihat malah peneraju corak sistem pemerintahan beraja di Negara Malaysia lebih bercorak istimewa dan bersistem di semua peringkat keadaan.Terdapat beberapa keistimewaan jawatan ini di wujudkan terutamanya bagi mengenang jasa insan yang terlalu besar untuk dinilai dari segi peranan dan sumbangan yang diberikan terhadap corak dan pembangunan Negara. Tujuan utama ianya diwujudkan adalah untuk mengenangkan jasa dan sumbangan yang dicurahkan untuk Negara dimana dapat dilihat disini dimana setelah seseorang itu tiada lagi penjawatanan tinggi seperti meletakan jawatan atau bersara maka individu terbabit adalah seperti insan biasa yang tiada lagi apa-apa keistemewaan khas dan khusus dapat diberikan ini dapat dilihat seperti keadaan Tun Dr Mahathir Muhamad yang setelah bersara maka kelihatan beliau telah keluar dari ruang lingkup keistimewaan Kerjaaan Malaysia dimana beliau sekarang ini dilihat orang yang berkofrantasi dengan Kerajaan. Keadan ini dapat dilihat dari segi ceramah-ceramah yang diberikan yang sedikit sebanyak terdapat kenyataan yang tidak disenangi oleh Kerajaan yang boleh membawa keadaan yang tidak ketentuan terutama dari segi menepis segala persoalan dan pertikaan berhubung dengan corak dan dasar Negara yang dilaksanakan yang memperlihatkan kedaan perlaksanaan yang tidak konsisten dan lemah dalam sistem pentadbiran sekarang. Tentunya kita tidak mahu kedaan ini akan lebih memburukan keadaan terutama sekali berkaitan sokongan dan perhatian yang akan diberikan oleh pelbagai pihak dimana apabila diadakan Pilihan Raya Umum yang besar dimana sudah semestinya penyediaan dan persiapan harus dibuat dengan sebaik yang mungkin terutama sekali berkaitan dengan sokongan penuh yang akan diberikan oleh setiap rakyat yang akan keluar mengundi . Peristiwa atau isu yang besar yang dibawa pembangkang dahulu menyebabkan kerajaan Barisan Nasional telah hilang kedudukan di lima buah negeri yang berpunca dari polimik isu yang dibawa pembangkang yang seterusnya menyebabkan pemecahan sokongan yang diberikan. Tentunya keadaan ini tidak mahu dilihat lagi pada Pilihan Raya Umum pada masa yang akan datang yang mana terdahulu ianya melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri yang menyebabkan pemecahan sokongan dari pelbagai pihak dan pada kali ini ianya kelihatan melibatkan bekas Perdana Menteri yang dilihat lebih tinggi kedudukanya dari keadaan yang terdahulu. Walaupun ianya dilihat Tun Dr Mahathir tidak akan mewujudkan satu Parti Politik yang baru namun kesanya mungkin dari segi sokongan yang akan diberikan oleh rakyat didalam pemilihan Parti Pemerintahan Negara. Isu-isu yang utama seperti kenaikan harga minyak, Video klip perbualan berkenaan percaturan perlantikan hakim, Islam Hadhari, Kenaikan harga barangan dan kenaikan kos-kos yang lain beserta isu Pilihanraya yang melibatkan badan Suruhanjaya Pilihan Raya dilihat akan digunakan sepenuhnya oleh pembangkang untuk di eploitasi bagi tujuan kempen semasa Pilihan Raya Umum nanti. Terlebih dahulu telah dapat diramalkan Kerajaan akan mengalami kekalahan dari segi sokongan di peti undi nanti kerana pekara berkaiatan kenaikan harga minyak dilihat akan menjadi faktor terbesar dalam pemberian sokongan oleh rakyat yang dilihat kerajaan akan melakukan sesuka hati untuk menaikan harga minyak dan rakyat tidak mempunyai kuasa untuk bersuara dan menghalang dan menerima sahaja apa yang dilakukan dan semasa Pilihan Raya Umum nantilah yang akan digunakan oleh rakyat sebagai memberi maksud kerajaan tidak boleh berbuat sesuka hati tanpa mengamambil kira kehendak rakyat apabila berkuasa. Penjawatanan ini diwujudkan khusus untuk lebih kearah kesaksamaan dalam pengimbangan kuasa yang dihormati terutamanya oleh pihak Parti Pembangkang dimana mereka melihat semua pihak yang terlibat dengan perlaksanaan kerja-kerja yang terlibat dalam Negara adalah di sebelah pihak kerajaan dan segala yang dilakukan adalah menyebelahi dan berkepentingan untuk kerajaan.
Seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terlibat dan berperanan khusus bagi Pilihan Raya Umum atau Selainya maka disetiap kali ianya diadakan maka akan kedengaran kenyataan dari pihak pembangkang bahawa terdapat penyelewengan atau ketidaktelusan dalam melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dalam pilihan raya yang diadakan yang mana Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah Pihak yang dilihat memihak dan bersekutu dengan pihak Kerajaan dalam apa segala bentuk keadaanya seperti jika diadakan pilihan raya disesuatu kawasan tersebut maka keputusan yang didapati nanti kemenangan adalah akan memihak kepada pihak kerajaan. Jika pengwujudan jawatan ini diwujudkan maka institusi badan Suruhanjaya Pilihan Raya yang beperanan bagi perlaksanaan urusan yang berkaitan urusan luar bidang kuasa kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya yang terlibat secara lansung dalam melaksanakan Pilihan Raya Umum akan diletakan dibawah kuasa dan tanggungjawab Menteri Diraja Malaysia (MDRM) sebagai pihak yang mempunyai bidang kuasa Diraja dan di bawah Panji Yang Dipertuan Agong dan ianya bukan dibawah kuasa kerajaan .Setelah SPR diperbadankan diperingkat Diraja dan dibawah bidang kuasa Yang Dipertuan Agong maka ianya akan berada diluar bidang kuasa kerajaan pemerintah atau tidak mempunyai perkaitan secara langsug dengan kerajaan pemerintah. Asas bagi menjadikan ianya tidak mempunyai perkaitan secara langsung adalah bagi mewujudkan keadaan yang dilihat telus agar tidak dilihat oleh pihak tertentu sebagai badan yang berada bersama-sama didalam sistem dan bidang kuasa Kerajaan pemerintah. Setelah ianya berada dibawah kuasa Yang Dipertuan Agong maka pihak pembangkang tidak boleh lagi mewujudkan atau menyatakan apa-apa kenyataan atau provokasi mengenai badan ini yang telus dan adil dalam melaksanakan tugasan khusus didalam Pilihan Raya Umun atau selainya.Jika pihak pembangkang masih lagi menyatakan fakta yang berkaitan ketidaktelusan SPR dalam menjalankan tugas maka ianya bukan ditujukan kepada pihak Kerajaan tetapi segala tomohan dan kenyataan adalah ditujukan kepada Yang Dipertuan Agong yang memegang kuasa dan sebagai ketua Negara dimana setelah SPR diperbadankan diperingkat DiRaja dan dibawah kelolaan Menteri DiRaja Malaysia maka segala pekara pekaitan mengenai badan itu adalah terletak didalam kuasa pemerintahan Diraja yang diketuai oleh yang Dipertuan Agong sebagai ketua Negara Malaysia.
Bagi pemilihan individu yang selayaknya diberikan penjawatan ini ialah Tun Dr Mahathir Muhamad kerana bagi mengenangkan jasa yang telah diberikan dan disumbangkan kepada Negara selama lebih 20 tahun kearah menjadikan sebuah Negara Malaysia yang membangun dan maju. Segala jasa yang telah diberikan haruslah dan sewajarnya diberikan pengiktirafan dan penghormatan semasa beliau masih ada lagi dan bukanya seperti kebanyakan keadaan sekarang yang segala penghormatan dan pengiktirafan jasa yang dibuat akan diberikan setelah individu itu tiada lagi kerana sewajarnya pengiktirafan itu diberikan semasa seseorang itu masih ada lagi dan dapat dirasai dan dilihat sendiri mengenai segala apa dan jasa yang diberikan selama ini dibalas dan dihargai oleh semua pihak tidaklah seperti pepatah yang mengatakan setelah habis madu sepah dibuang. Pemilihan ini juga dibuat bagi mewujudkan hubungan atau keadaan yang dapat dilihat baik oleh semua pihak yang bertujuan mengelakan provokasi atau polimik politik yang akan dicetuskan oleh pihak lain terutamanya ketika menjelang pemilihan Pilihan Raya Umun yang akan datang. Jawatan yang diberikan ini nanti bukanlah satu kedudukan yang berkekalan kuasa selamnya selagi individu itu masih lagi dapat memberikan sumbangan khidmat jasa atau nasihat pandangan mengenai pekara yang menjadi permasalah isu-isu Negara atau setidak-tidaknya dapat memberikan pandangan atau penyelesaian masalah yang berkaitan ekonomi Negara atau berkaitan permasalah dunia yang lain. Seharusnya banyak lagi pekara-pekara yang lain yang akan memberikan faedah dan menafaat diatas apa yang akan dilaksanakan nanti setelah ianya dapat dilaksanakan nanti. Pekara-pekara berkaitan perancangan susun atur yang lain akan diberikan apabila pekara ini dapat diperbincangkan diperingkat tertinggi atau diperingkat perancangan perlaksanaan. Berikut ialah kenyataan ringkasan asas mengenai pekara berkaitan bangkitan percadangan diatas. (coretan ini ditulis sebelum Pilihan Raya Umum ke12 diadakan).
MENTERI DIRAJA MALAYSIA (MDRM)
PERINGKAT KUASA : KUASA RAJA-RAJA DIBAWAH NAUNGAN YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA.
KONSEP PEMILIHAN : INDIVIDU YANG TELAH BANYAK MEMBERIKAN JASA DAN SUMBANGAN KEPADA NEGARA YANG TERNYATA SUMBANGANNYA ITU SUATU SUMBANGAN YANG BESAR KEPADA NEGARA.
ASAS PEMILIHAN : BAGI MENGENAGKAN SEGALA JASA DAN SUMBANGAN YANG TELAH DIBERIKAN SEMASA SESEORANG ITU MASIH ADA LAGI (seperti republik singapura yang menjadikan bekas perdana menteri sebagai menteri Mentor Negara ).
TUJUAN : - Bagi mengstrukturkan keadaan yang lebih ekfisyen seperti meletakan Badan Suruhanjaya Pilihan Raya pada tangungjawab Menteri Diraja Malaysia dibawah kuasa pemerintahan Yang Dipertuan Agong di bawah kuasa Majlis Raja-Raja .
- Memulihkan keadaan dan imej Kerajaan pada setiap apa yang dilaksanakan dan dilakukan terutama pemulihan hubungan antara bekas Perdana Menteri dengan Kerajaan dan Perdana Menteri sekarang yang bertujuan bagi mengelakan takfsiran dan persepsi negetif yang akan terjadi dan melanda menjelang Pilihan Raya Umun yang akan datang.
- Memberikan suatu keistimewaan terhadap keputusan dan suatu pelaksanaan dasar atau pekara-pekara perkaitan Negara dibawah kuasa diperingakat kuasa Yang dipertuan Agong. Seperti hal-hal yang melibatkan isu sensetif atau pekara berkaitan agama atau berkaitan politik bagi mengelakan wujudnya kedaan yang boleh mencetuskan provokasi atau polomik politik Negara .
- Memberikan dan menampakan pengimbangan kuasa dan suasana keadaan yang lebih ekfisyen dan tolenrasi antara kuasa kerajaan dalam keadaan politik Negara yang dilihat terdapat kejangalan dalam sesuatu pekara atau hal mengenai keputusan atau yang menjadi perbincangan bersama, - Keistimewaan mengenai kedudukan seseorang yang berjasa yang dihargai setelah seseorang itu tidak lagi memegang penjawatan tertinggi didalam kerajaan .
( diberikan atau ditujukan khas kepada Perdana-Perdana Menteri Malaysia selepas ini ).

2 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan,

memang patut Tun Mahathir dikenang kan skrng jgn tme beliau dh tiada maka berbakul bakul pujian dn brmcm mcm penghargaan yg didapat tapi time tu beliau dh tiada lg jd tiada apa yg dpt dilihat jasa pengorbanan oleh beliau sendiri.,

Anonymous said...

Salam saudara,

ada kbenaranya jgk dan x mahu lah mcm allahyarham tun ghafar baba yg dh tiada lg baru lah lpas tu brmacam mcm pujian dn sanjungan diberi bila beliau dh tiada brulah gelaran Tun diberikan n jalan pun baru diletak nama beliau tp belai dh x nmpk apa lepas tu sbb dah x der di dunia ne lg..