Sunday, November 23, 2008

DIMANA KEPERLUANYA

Cadangan kerajaan negeri Kedah untuk melaksanakan projek ternakan babi berpusat di Bukit Selambau yang telah mendapat bantahan dari para penduduk dan berkemungkin akan dilaksanakan ditempat pilihan yang lain samaada di Pinang Tunggal dan Padang Lembu di Gurun di lihat suatu perancangan yang tidak kena pada tempat, masa dan ketikanya.

Umum diketahui bilangan komposisi kaum melayu adalah 70% - 80% namun apa yang dibangunkan dan diusahakan adalah penternakan babi secara komersial yang berpusat di tempat yang majoritinya adalah melayu. Apakah keperluan dan permintaan daging babi adalah tinggi dan keperluan yang perlu diutamakan untuk penduduk disana berbanding keperluan makanan yang lebih diperlukan pada setiap masa.

Persoalan yang besar adalah kenapa perlu ladang ternakan babi dan tidak ladang ternakan lembu,kambing. ayam atau ternakan ikan air tawar yang lebih merupakan keperluan makanan utama yang semua kaum memerlukanya tetapi kenapa perlu diutamakan dan diperbesarkan dan pembukaan ladang ternakan babi tersebut yang hanya kaum cina sahaja yang memakanya.

Jika diuasahakan dengan pembukaan baru penternakan lembu, ayam atau ikan adakah itu lebih bermakna dan bernilai untuk keperluan rakyat dan seterusnya boleh menampung keperluan makanan harian rakyat dan jika dibuat secara komersial dan besar-besaran bukan sahaja untuk keperluan rakyat negeri itu sahaja malahan boleh dieksport ke Negeri lain ataupun dieksport keluar negara yang lebih tinggi permintaanya.

Bukanlah niat untuk masyarakat melayu untuk menidakan atau meyekat pilihan dan citarasa masyarakat lain untuk menikmati makanan pilihan mereka tetapi janganlah diibaratkan yang enak dan sedap mereka menikmatinya dan yang busuk dan najis orang lain yang tanggung. Seperti ternakan babi di Melaka di Kuala Linggi dan Paya Mengkuang yang sudah berpuluh tahun lamanya masyarakat Melayu terpaksa hidup dalam kelumuran najis dan bau dari penternakan babi dikawasan tersebut namun bagi kaum yang memakanya menikmati kenakan dan kesedapan hidangan masakan daging babi sedangkan masyarakat yang tidak memakanya menikmati habuan bau busuk dan najisnya yang setiap hari dihidu dan mengalir di sungai yang berdekatan.

Apakah untuk adil ladang tenakan babi tersebut dibuat ditempat penempatan masyarakat Cina sendiri berbandingan membuat ditempat yang mempunyai masyarakat islam yang sememangnya binatang tersebut adalah haram dan tidak boleh dimakan dan biar mereka tanggung dari apa yang mereka kehendaki dan mahukan janganlah mereka hanya mengambil madu dan masyarakat lain yang mendapat sepahnya. Walaupun syarat keperluan pembukaan ladang tersebut mestilah berjarak 300meter dan jauh dari penduduk namun walau sehebat mana dan sebagus mana penempatanya namun bau dan najis dari binatang tersebut tetap tidak boleh dibuang dan dipadamkan dan jelas yang haram tetap haram walau apa bentuk kedadaan sekalipun lainlah kalau negara kita ini adalah darurat dan menghadapi krisis makanan dan tiada makanan lain dan mungkin dalam keadaan tersebut orang islam boleh memakanya tetapi itu adalah ketika keadaan mendesak sahaja sedangkan keadaan dan rialiti sekarang adalah sebaliknya dan langsung tidak disenangi kerana ia melibatkan soal hukum hakam dan tegahan dalam agama.

Peristiwa yang baru terjadi di Melaka seorang pengerusi JKKK yang menemui bangkai kepala babi di hadapan rumahnya sewaktu hendak menunaikan solat subuh yang digantungkan dihadapan pagar rumahnya jelas menunjukan suatu yang telah mencabar dan menjatuhkan maruah agama dan bangsa kerana mempermainkan dan memperlihatkan sikap yang terlalu angkuh dan kurang ajar dengan menjadikan binatang yang haram bagi umat Isalam sebagai permaianan untuk menunjukan amaran dari mereka yang diketahui mangsa tersebut adalah dilantik sebagai pemantau bilangan babi di kawasan tersebut jadi tidak perlulah ditanya dan disiasat lagi siapa yang melakukanya sudah tentulah mereka yang mempunyai kepentingan yang melakukan penternakan babi dikawasan tersebut jika tidak mana didapat babi tersebut untuk digantungkan disitu dan kenapa perlu digantung di rumah orang yang dilantik sebagai pemantau babi di kawasan itu dan tidak ditempat lain dan jelaslah dilakukan oleh perniaga yang menternak babi dikawasan tersebut yang seolah-olah memberi amaran kepada mangsa tersebut supaya jangan melibatkan diri dalam hal perniagaan mereka dan jika tidak akan menerima padahnya.

Maka cukuplah apa yang dirasai dan di deritai oleh masyarakat di Kuala Linggi dan Paya Mengkuang yang berpuluh tahun lamanya tanpa dipedulikan keselesaan kehidupan mereka dan dapatlah dibayangkan jika keadaan hujan dikawasan tersebut maka najis dan bau akan lebih menusuk setiap saat kehidupan mereka, begitu juga dengan perniagaan dan pengusaha resort dan chalet di kawasan tersebut yang saban waktu perniagaan mereka merundum dan tidak berkembang dan berdaya maju akibat dari kerakusan perniaga penternakan babi tersebut yang lebih mementingkan untung untuk kehidupan mereka tanpa mempedulikan penderitaan dan kesengsaraan orang lain akibat perbuatan mereka.

Maka jangalah perkara buruk sedemikian akan timbul lagi di waktu dan tempat yang lain. Kerajaan dan pemimpin seharusnya mementingkan hati dan perasaan penduduk yang lebih majaroti dan beragama islam yang jelas babi adalah suatu yang haram maka buatlah dan banyak lagi yang halal yang oleh dibuat di muka bumi ini.

Buatlah penternakan yang lebih diperlukan oleh seluruh masyarakat seperti ternakan lembu.,ayam atau penternakan ikan yang perlu diutamakan dan di kormersialkan secara besar-besaran bagi keperluan rakyat dan menampung keperluangn masyarakat setempat dan mungkin untuk dibekalkan kepada negeri atau di eksport ke tempat lain yang lebih mendatangkan hasil keuntungan dan menafaat keperluan untuk negeri tersebut.

Jika hendak dibuat juga biarlah secara kecilan dan dibuat ditempat yang penduduknya adalah semuanya masyarakat Cina kerana merekalah yang sahaja memakan haiwan tersebut dan jangan libatkan atau membuat ditempat yang mempunyai msyarakat islam yang sememangnya ia adalah binatang yang haram atas segalanya.


Thursday, November 13, 2008

SOAL KEPIMPINAN


Kemenangan Barack Obama telah membuka seribu satu wadah tentang perubahan sama ada dalam soal isu perubahan kepimpinan sesuatu negara mahupan perubahan konsep kedudukan sesuatu bangsa dan kaum dalam masyarakat yang pelbagai. Memang Barack Obama adalah keturunan berkulit hitam namun Obama bukan orang kulit hitam atau Negro. (Negro dalam bahasa Sepanyol (Spanish) dan Portugis bermaksud hitam, justeru itu Barack Obama bukanlah orang berkulit hitam 100% dan lebih jelas di katakan berdarah campuran. Ibunya seorang kulit putih Amerika dan bapanya seorang kulit hitam Kenya. Bapa kandung Presiden Amerika ini iaitu Hussien Obama merupakan seorang Muslim warga Kenya dan ayah kedua yang dinikahi ibunya yang berasal dari indonesia namun Obama sendiri adalah seorang Kristian.
Walaupun Amerika kini di perintah dan di ketuai oleh seorang yang berkulit hitam namun agama peganggan presiden itu tetap seorang beragama kristian seperti mana agama majoriti penduduk yang utama di Amerika jadi jelaslah bahawa walaupun berlainan sedikit dari warna kulit yang dikatakan berlainan bangsa namun agamanya adalah tetap satu dan sama iaitu kristian. Walaupun Obama dilihat seseorang yang tidak mempunyai strategi atau gaya yang diperlihatkan untuk bermusuhan dengan negara Islam namun Obama dilihat juga tampil setia terhadap Israel. Misalnya, Obama tidak pernah menghilangkan dukungannya dan sokanganya terhadap Israel. Ia juga dikatakan berjanji akan menambahkan dukungan terhadap Israel sebesar 30 milion dollar. Pada persidangan tahunan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC), Obama juga turut berjanji akan menjadikan Jerusalem (Al-Quds) sebagai ibukota Israel tanpa diganggu-gugat kedudukanya oleh sesiapa. Obama juga mengatakan, "Israel adalah mukjizat bagi Timur Tengah." Selain itu, kesetiaan Obama terhadap Israel juga dilihat pada dukungannya terhadap serangan Syria, dengan alasan bela diri Israel terhadap bahaya, khususnya bahaya nuklear Syria. Walaupun mengenai masalah Iraq, Obama dikatakan berjanji akan menarik pasukan AS secara bertahap selama 16 bulan selepas pemerintahanya namun hal ini dilihat kerana Obama sangat memahami bahawa situasi ini dan hal hegemoni AS terhadap dunia semakin pudar, akibat pendudukan AS terhadap Iraq yang tidak berdasarkan justifikasi kuat, di samping AS juga rugi besar di Iraq kerana walaupun memenangi perang di Iraq namun pandangan masyarakat dunia dan masyarakatnya sendiri menunjukan penentangan dan lebih dilihat kemusnahan hanya kepada tenteranya sendiri seperti kekalahan Amerika sewaktu di perang Vietnam di sewaktu ketika dahulu dan angka korban dan kemusnahan yang dicatatkan dilihat jauh lebih banyak dan dashyat dari jumlah korban peperangan semasa penglibatan ketenteraan Amerika di Vietnam dahulu .Pada dasarnya, siapa sahaja yang menjadi Presiden, kaedah Amerika Serikat (AS) menghadapi negara-negara Islam akan tetap sama. Hal ini kerana strategi menangani dunia Islam tidak sepenuhnya berada di tangan presiden, tetapi melibatkan lembaga seperti Kongres AS yang didominasi Yahudi dan yang terbaru perlantikan ketua staf dalam pentadbirannya yang merupakan seorang dari keturunan Yahudi.

Di Malaysia juga hangat diperkatakan mengenai perubahan seperti mana yang berlaku di Amerika sehingakan mahu pentadbiran di Malaysia juga boleh dari seseorang yang kaum atau berbangsa lain namun adakah sama Malaysia dan Amerika walaupun Barack Obama dari bukan seorang yang berketurunan berkulit putih namun agama yang dianutinya adalah agama yang sama dianuti oleh orang berkulit putih di Amerika iaitu kristian jadi pekara utama dan pokok tentang konsep keagamaan tetap sama dan seirama berlaian jika Malaysia di perintah oleh kaum Cina misalnya adakah agamanya sama dan sealiran dengan agama kebanyakan penduduk di Malaysia ini dan inilah perkara pokok dan utama yang orang terlepas pandang hanya melihat luaran di luar yang hanya berkulit hitam namun didalam aliran pegangan agamnya tetap adalah sama.

Kenyataan Tun Mahathir yang menyatakan "Siapa sahaja boleh menjadi PM Malaysia asalkan beliau seorang "Bangsa dan diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira samada beliau Melayu atau bukan Melayu. Seharusnya pekara itu harus dilihat dan difikir dengan secara yang teliti dan mendalam kerana jika dikaitan kemenangan Barack Obama dengan konsep keterbukaan dan perubahan dalam peringkat pemerintahan sesebuah negara yang diterajui oleh bangsa yang tidak mendominan dalam sesebuah masyarakat namun dalam hal yang lain ianya masih mendominan bersama iaitu agamanya yang sama dengan penduduk majoriti di Amerika jadi hal yang melibatkan pegangan beragama masih bersama dan sealiran. Jika Malaysia ditadbir oleh seseorang berbagsa lain seperti Cina atau India program atau penglibatan terhadap Masyarakat adalah terhad dan terbatas kerana banyak juga atucara dan program-program yang melibatkan pekara yang melibatkan keagamaan dan tentu sekali bila melibatkan soal keagamaan tetap ada peraturan had dan batasan lebih-lebih lagi melibatkan soal dan konsep akidah kerana tidak mungkin dalam pembacaan doa jika pemimpin tersebut bukan beragama islam beliau boleh terlibat sama dan sama-sama menadah tangan memohan keberkatan dan bersama-sama memohon keredaan dari Tuhan dan ianya sama keberkatan dan mustajab doa dari seseorang yang beragama islam sendiri sedangkan kita ketahui kebanyakan program dan atucara akan didahului dengan pembacaan doa dan banyaklah lagi program-program yang melibatkan masyarakat islam terpaksa di tolak kerana penglibatanya yang terhad dan tidak boleh bersama-sama dalam soal yang melibatkan ibadah atau ibadat dan hanya lebih untuk upacara makan & minum sahaja. Berlaian dengan Amerika yang sekarang walaupun berbangsa lain namun hal-hal yang melibatkan agama tetap dapat bersama dan meneruskan konsep dan pendekatan dengan penduduk mejoriti di Amerika yang beragama kristisan. Kesimpualanya walaupun Presiden Amerika yang baru berbangsa lain namun tetap agama yang sama dengan penduduk majoritinya dan jika di Malaysia ditadbir oleh bangsa lain dan agamanya juga adalah lain dan tidak boleh bersepakatan dan bersama dalam soal yang melibatkan agama, ibadah dan ibadat masyarakat majoriti di Malaysia yang beragama Islam. Itulah kedudukan yang jelas dan nyata yang mesti difahami oleh setiap orang yang menyatakan tidak mengapa Malaysia di perintah oleh bangsa lain sedangkan yang kita mahu ianya mestilah bersama dalam soal keagamaan yang menjadi teras dalam masyarakat Malaysia yang agama rasminya adalah agama Islam dan jika Malaysia ditadbir oleh seseorang yang beragama lain maka keangotaan Malaysia di dalam Pertubuhan Negara Islam (OIC) juga terpaksa di tarik balik kerana jelas pertubuhan itu adalah untuk kepentingan yang berkaitan agama Islam dan jika Negara Islam itu bukan dipimpin oleh seseorang beragama Islam bagaimana hendak bersama bermesyuarat dan bersepakatan dalam hal yang melibatkan dunia Islam dan banyak yang lain harus dilihat jika ianya dilakukan dengan tidak memikirkan kesan dan akibat yang melibatkan perkara-perkara yang lain.

Walaupun di Amerika ianya diperintah oleh bangsa lain namun dari segi keduduklan ekonomi tetap dikuasai oleh masyarakat mejoriti kulit putih berbandingan dengan Malaysia yang kedudukan ekonomi di dimonisasi dan dipegang oleh bangsa Cina dan kedudukan pelajaran juga turut sama jadi apa yang didapat oleh masyarakat islam dan melayu jika ekonomi dan pelajaran telah di kuasai oleh kaum lain dan kuasa politik yang satu-satunya masih ada dan tingal dan ditingalkan oleh nenek moyang kita juga telah diberi dan dipegang penguasaan oleh bangsa lain jadi apa yang tingal untuk masyarakat melayu dan islam dan selepas itu janganlah seperti di Singapura yang dipegang oleh bangsa lain dari asal usul kepunyaan melayu tetapi selama-lamanya akan dipegang oleh cina seperti mana kenyataan oleh PM Singapura Lee Hsien Loong menyatakan Singapura belum bersedia menerima bukan Cina sebagai PM negara tersebut. seharusnya kuasa pemerintahan yang ada ini harusnya dipegang dan dipertahankan sampai bila-bila kerana seharusnya perla ada asas dalam pegangan kita semua kena utamakan iaitu Alif, Ba dan Ta, Alif untuk Agama, Ba untuk Bangsa dan Ta untuk Tanah air. Walauapun kenyataan yang diberikan mungkin perlu ada kenyataan yang berkhemah dan tidak menguris perasaan sesiapa kerana kita perlu juga menjaga perasaan orang lain walaupun kenyataan Tun memberi ruang kepada bangsa lain untuk memerintah namun hakikatnya ia tidak dan belum terjadi mungkin kenyataan itu hanya mahu dilihat melayu tidak terlalu racits dan hanya mementingkan kaumnya sahaja kerana apa yang utama dilakukan jika tiba saat dan waktunya hanya tepuk dada tanya akal fikiran kerana bangsa melayu yang dikatakan bijak dalam perbuatan dan kata-kata , pandai-pandailah kita selepas itu kerana pegangan dan kuasa masih milik kita dan hanya pandai dan cermat dalam setiap tindakan dan perbuatan agar tidak dilihat mementingkan dri dan kaum sendiri , kita perlu dilihat bijak dan tidak menunjukan sifat perkauman dihadapan kaum lain seumpama jika kita menjadi pemimpin dan dihadapan kita ada sesuatu keputusan pemilihan yang perlu dibuat dan didalam pilihan tersebut ada pelbagai permohonan dari kaum lain maka pilihlah yang bersama dengan kita walaupun sebelum itu penyertaan dibuka kepada semua kaum tetapi pemilihan tetap ditangan kita yang berkuasa seumpama perbuatan dan cara kita yang di ibaratkan seperti pepatah ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak beselerak.

Saturday, November 8, 2008

TRULY ASIA

Pada persidangan parlimen 6.11.2208 yang lalu parti pembangkang DAP dari Bukit Mertajam ada menyatakan negara Malaysia ini mestilah diibaratkan Truly Asia yang sebenar seperti slogan pelancongan yang diperkenalkan bagi tahun pelancongan Malaysia dan semasa awalan perbahasan juga beliau menyatakan perlu ada satu cetusan perubahan daripada apa yang berlaku dimana di atas kemenangan Presiden Barack Obama yang merupakan seorang dari kaum kulit hitam yang sememangnya merupakan sejarah dalam negara Amerika yang kini telah diketuai pemerintahan dan kuasa dari seorang yang bukan berketurunan kulit putih dan dengan itu juga beliau menyatakan bahawa siapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia dan tidak kira warna kulit atau bangsa sekalipun. Pada menyatakan mengenai tidak perlu ada lagi penggiraan mengenai hak ketuanan sesuatu bangsa dan seolah-olah mahu mensaksamakan hak semua kaum di Malaysia ini dengan tanpa ada ketuanan melayu atau bangsa yang mendominan di dalam negara ini di mana semua hak dan keistimewaan yang perlu sama dan tiada yang lebih walau bangsa mana sekalipun perihal yang berkaitan bahasa juga mahu dijadikan sesuatu yang dipelbagaikan dengan mahu bahasa lain lebih banyak dan sama untuk diguna ajar di Institusi Pendidikan Awam dan Swasta serta kolej bagi memperlihatkan kebebasan berbahasa. Telah jelas di perjuangan pihak mereka mahu menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang mungkin boleh disamaratakan hak dan ketuanan dengan semua bangsa yang ada semasa memperkatakan mengenai tindakan dan langkah kerajaan Pulau Pinang memasang papan tanda dalam 2 bahasa tamabahan iaitu bahasa India dan Cina. Jika apa yang dicakap dan tujuan pemasangan papan tanda adalah untuk menarik lebih lagi pelancong yang datang tetapi apakah strategiknya dengan hanya meletak bahasa Cina dan India sahaja sedangkan adakah hanya pelancong dari Cina dan India sahaja yang datang melancong ke Malaysia , sedangkan statistik pelancongan 1 juta lebih adalah datang dari Thailand sepertimana yang diberitahu oleh Menteri Pelancongan di Parlimen dan kenapa tidak pula diletakan bahasa thailand juga dipapan tanda tersebut tetapi yang peliknya adakah bahasa Cina dan India Malaysia adalah sama dengan bahasa Cina di China dan bahasa India di India sedangkan kita ketahui bahawa pelbagai bahasa dan dialek yang ada di negara tersebut seperti bagi bahasa Cina sahaja yang terdapat 7 golongan bahasa iaitu Tagalog,Mandarin,Min, Xiang , Hakka , Gan ,Wu (shanghai) dan kantonis paling ramai penuturnya dan daripada itu para pengkaji bahasa Cina juga membezakan 3 lagi kumpulan daripada tujuh-tujuh kumpulan tersebut iaitu Jin, Hui dan Ping, begitu juga di India yang terdapat 28 buah negeri dan setiap negeri mempunyai pelbagai bahasa dan dicatatkan terdapat lebih seratus bahasa berlainan mengikut tempat dan kawasan seperti bahasa yang utama seperti bahasa Hindi , Malayalam , bahasa Tamil, Toda, Kota, Kodava Thakk , Kannada dan Urdu. Jadi apakah rasionalnya hanya diletak bahasa Cina dan India Malaysia jika mahu menarik para pelancong dari luar datang ke Malaysia sedangkan bahasa itu adalah bahasa Cina dan India Malaysia dan bukanya bahasa sebenar penduduk di India dan China di negara mereka yang lebih banyak bahasa dan berlainan bahasa rasminya daripada bahasa Cina dan India di Malaysia dan tentulah tujuan mereka sebenar memasang papan tanda itu adalah hanya untuk orang Cina dan India Malaysia dan bukanya untuk pelancong dari India dan China yang sememangnya mempunyai bahasa dan dialek yang berlainan dari kaum Cina dan India di Malaysia yang mana bahasa Cina di Malaysia yang digunakan adalah bahasa Mandrin sedangkan bahasa yang digunakan di China adalah Kantonis begitu juga dengan India Malaysia yang mengunakan bahasa Tamil berlainan bahasa rasmi penduduk india di India yang mengunakan bahasa Hindi , kebanyakan variasi seperti bahasa Cina ditutur cukup banyak kelainannya sehingga tidak dapat saling difahami antara satu sama lain. Terdapat di antara 6-12 kumpulan kawasan yang utama (bergantung kepada skema klasifikasi). Telah jelas apa yang cuba dilakukan oleh pihak DAP dan kerajaan Pulau Pinang adalah semata-mata untuk mempulasikan keadaan supaya tiada lagi Bahasa Malaysia ini dijadikan bahasa rasmi di Malaysia tetapi perlu lebih terbuka dan bebas penggunaan bahasanya di mana jua tanpa menjadikan keutamaan bahasa Malaysia adalah bahasa yang utama dan rasmi negara Malaysia dan dengan itu langkah memasukan sekali bahasa meraka supaya ianya tidak lagi menjadikan bahasa Malaysia sebuah Bahasa Rasmi lagi di Malaysia dan perlu di ingat pada Pilihan raya 1969 yang menyaksikan pihak Perikatan [Barisan Nasional] menghadapinya dengan penuh yakin kerana percaya rakyat sudah bersatu.Bagaimanapun, rakyat Bukan Melayu pula ternyata kurang senang dengan kedudukan bahasa Melayu. Pada tahun 1957, Perlembagaan menyatakan bahawa Bahasa Inggeris boleh digunakan selama 10 tahun - sehingga 1967. Jadi, timbul soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa bagi Bangsa Malaysia. Pilihan raya pada 12 Mei 1969 ternyata ianya penuh emosi. Kedudukan politik dan bahasa/budaya Bukan Melayu menjadi topik hangat dalam kempen. Malah, rakyat Bukan Melayu mula mempersoalkan hak mereka dalam hal berkenaan.
Natijahnya, undi bagi Perikatan susut 10% dan Perikatan menghadapi masalah mendapatkan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Penyokong Gerakan dan DAP meraikan "kemenangan" mereka dengan mengadakan 'pesta' di jalan-jalan raya di Kuala Lumpur. Penyokong UMNO turut mengadakan 'pesta' yang sama. maka tercetuslah Krisis 13 Mei 1969 yang menjadi titik hitam dalam sejarah negara Malaysia yang berbangga dengan gambaran rakyat pelbagai kaum hidup bersatu-padu, harmoni dan saling memahami. Ramai yang terkorban sama ada Melayu atau Cina.Jadi tidakan itu menjadi pengajaran supaya tidak ada lagi mempertikaikan mengenai apa jua kedudukan hak dan bahasa yang telah termaktub dalam perlembagaan negara tetapi parti itu yang dulu yang mencetuskan ketegangan kaum sekali lagi cuba untuk memporak - perandankan kembali keadaan dan mungkin sekarang cuma tungu saat yang mungkin telah kertaluan yang mungkin konflik tersebut akan berulang dan tercetus kembali dari sikap mereka yang hanya mementingkan diri dan nafsu perjuangan parti dari bersama-sama berusaha menbangun dan mensejahterakan hidup dan kemakmuran rakyat negara Malaysia . Telah jelas juga kenapa dan apakah fungsi bahasa Malaysia itu seperti yang dinyatakan dibawah :
FUNGSI BAHASA MALAYSIA
Bahasa Kebangsaan – melahirkan semangat perpaduan, kekitaan dan kebangsaan. Bahasa Jiwa Bangsa. Satu Bangsa/Negara, Satu Bahasa.
Bahasa Rasmi – dalam komunikasi dan acara rasmi, segala surat-menyurat rasmi, pentadbiran, minit mesyuarat, memo dll.
Bahasa Perpaduan – perpaduan antara kaum/keturunan, perpaduan politik.
Bahasa Ilmu – dalam bidang ilmu, sains, teknologi, komputer, saintifik, ilmiah. Menjadikan Bahasa Malaysia setaraf Bahasa Inggeris; antarabangsa.
Bahasa Pendidikan – bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah, universiti, kolej.
Kesimpulanya jaganlah terlalu mempolitikan kehidupan dan perjalanan kesejahteraan dan kemamuran negara dengan terlalu mengikut corak dan rentak politik, hidup ini bukan untuk politik dan bukan politik semata-mata yang menentukan kehidupan rakyat di negara ini jika politik yang tertalu diutamakan dan di agungkan maka pelbagailah rencah yang tidak ketentuan yang akan sentiasa menyelubungi kehidupan masyarakat yang terjadi sekarang ini dari kehidupan kesejahteraan dan kemakmuran yang sebenar-benarnya di kehendaki oleh seluruh rakyat Malaysia. Kebebasan yang diberikan tidaklah sewenag-wenangnya digunakan untuk tujuan kehendak dan nafsu sendiri seperti yang terbaru dalam liputan akhbar dan liputan Malaysiakini di mana satu perhimpunan telah diadakan baru-baru ini untuk menentang keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang baru-baru ini yang mengharamkan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki dan minat kepada kaum sejenis, istilah semasa yang digunakan adalah “pengkid” di mana Menurut keputusan yang dibuat oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa yang ke 83 pada 23 Oktober lalu, perbuatan seumpama ini melanggar tabii serta fitrah oleh itu yang jelas bertentangan dengan Islam . Mereka yang terlibat dalam himpunan tersebut adalah dari wakil-wakil dua kumpulan iaitu “Katagender” (yang mempromosi kesaksamaan gender) dan satu lagi kumpulan yang dikenali “Food-not-bombs”. Dan menurut Malaysiakini jurucakap ini adalah seorang bukan Islam bernama Lee Wei San.Menurut akhbar The Star jurucakap ini mempersoalkan mengapa tubuh wanita selalu dijadikan bahan pertikaian bagi menetapkan nilai moral masyarakat? dan Salah satu kain rentang yang dibawa oleh kumpulan inis emalam berbunyi:“Lawan semua fatwa menindas perempuan”. Jadi apa pengajaran dan iktibar bila kebebasan terlalu diberikan kepada mereka yang sebelum ini pekara seumpama ini tidak akan terjadi dan jika terjadi maka tiada lagi nilai dan moral dalam masyarakat Malaysia dan janganlah seperti di Eropah yang telah meluluskan hak dan kebebasan hidup dan perkahwinan sesama wanita dan lelaki berlaku di Malayisa ini , telah jelas walaupun rambut sama hitam tapi mempunyai niat dan nafsu lain-lain jika terlalu kebebasan diberikan tanpa ada had dan batasan maka perkara-perkara seumpama inilah yang akan berlaku dan terjadi dan semua juga mengetahui siapa Bapa Kebebasan di Malayisa ini yang selama ini memperjuangkan kebebasan dan hak tanpa memperlihatkan perlu adanya had dan batasan dan semua tahu siapakah ia maka apakah dia akan bertanggunjawab dengan semua yang berlaku dari perjuang kebebasan yang tanpa perlu ada had dan batasanya maka Tepuklah Dada Tungulah Pilihanraya.

Tuesday, November 4, 2008

ZAMAN DAH BERUBAH

DAP-Parti yang liberal yang memperjuangkan kesaksamaan kepada semua dan menentang sebarang agenda yang menjadikan Malaysia negara islam, pemimpin utamanya Lim Kit Siang dan Karpal Singh dengan lantang sebarang cadangan mahupun usaha untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara Islam walaupun kenyataan dahulu yang dibuat kerajaan bahawa Malaysia adalah negara islam dengan cepat mereka melenting dan mempertikaikan mengenainya.
PAS- Parti yang mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam dengan pelaksanaan hukum - hakam Islam dan hukum hudud bagi sistem perundangan negara dan menerapkan nilai-nilai islam dalam kehidupan manusia namun kadang kala terdapat perkara yang terlalu dicampur adukan hal agama demi perjuangan politik.
PKR- Parti yang mahu menjadikan sistem perundangan negara adalah adil tanpa dicampur oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan peribadi. Menjadikan penghapusan amalan rasuah sebagai agenda utama dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih dari sebarang korapsi yang bertujuan kepentingan peribadi.Namun masih terlalu banyak cabang dan liku krisis berkepentingan politik dalam membuat suatu perkara yang kadang-kala terlalu memperjuangkan kehaksamarataan tanpa mempedulikan hak dan ketuanan bangsa serta agama.
UMNO- Parti yang masih diyakini mampu untuk membawa suatu perubahan arus keadaan yang lebih konsisten di masa mendatang untuk kebaikan semua pihak tanpa mengikis hak dan kelebihan kestimewaan bagi orang Melayu tetapi masih berada dalam keadaan polimik yang tidak menentu akibat terlalu campur tangan politik dan orang-orang yang berkepentingan didalam sesuatu pekara.
Walaupun pembankang telah lebih ramai dan kuat tetapi itu tidaklah bermakna dan menjanjikan apa-apa perubahan yang lebih dinamik lebih-lebih lagi dalam menjadikan negara dan rakyat mempunyai kestabilan hidup dan kehidupan yang baik dan berkualiti atau dapat memberikan satu taraf kehidupan yang lebih menjaminkan pada masa hadapan tanpa ada satu usaha bersama ke arah menjadikan kehidupan rakyat lebih terjamin dalam menjalani kehidupan seharian yang tidak dari saban hari dan tahun lebih dibebani dengan taraf kehidupan dan hidup yang serba bermaslah dan kekurangan. Amat diketahui akibat dari peningkatan taraf kehidupan ekoran langkah kerajaan menaikan harga minyak telah membuatkan rakyat tiada tempat untuk mengadu nasib dan masalah selain memberikan masej peringatan dengan mengundi parti pembangkang di masa Pilihanraya Umum yang lepas walaupun menyakini parti pembangkang juga tidak boleh mengubah dan berbuat apa-apa namun cara itu sahaja supaya dilihat pihak kerajaan tidak boleh bebas dan berhak mutlak untuk berbuat dan membuat apa-apa langkah dan keputusan tanpa mempedulikan nasib dan tahap kehidupan rakyat yang semakin terbeban.
Jika kerajaan ingin menaikan harga minyak sebelum ini dan masa yang mendatang rakyat tidak dapat sedikit pun mempunyai kuasa dan hak untuk menghalang dari sekadar menerima dengan hati dan perasaan yang penuh kegelisahan. Perkara pokok dan utama yang akan terjadi dari kenaikan harga minyak dipasaran adalah kenaikan harga barangan dan seterusnya peningkatan taraf kos kehidupan yang semakin meninggkat dan terus membebankan. Jika kerajaan mahu taraf kehidupan rakyat tidak terus meningkat dan terbeban ekoran kenaikan harga barangan Kerajaan seharusnya lebih berhati-hati dan berpandangan jauh dalam setiap tindak-tanduk dan keputusan yang ingin dilaksanakan kerana jika kerajaan tidak menaikan harga minyak sebanyak 78sen dahulu dengan tergesa-gesa dan menunggu hanya 2 bulan sahaja maka harga barangan kini masih ditahap yang sama dan tiada peningkatan jika kerajaan tidak menaikan harga minyak di waktu itu dan walaupun usaha kerajaan untuk mengkaji perubahan harga minyak setiap bulan mengikut harga pasaran dan telah beberapa kali dikurangkan harga minyak dipasaran namun keadaan harga barangan dipasaran masih terlalu sukar untuk dikurangkan walaupun perubahan harga minyak yang diturunkan sebanyak 3 kali sebelum ini maka usaha kerajaan untuk tidak membebankan taraf kehidupan rakyat dapat dibuat dan dilaksankan demi memastikan kehidupan rakyat yang lebih terjamin di masa-masa yang mendatang. Walaupun langkah yang diumunkan itu adalah dari pemimpin tertinggi negara namun adakah atas dorongan dan desakan pihak yang terlibat secara langsung didalam perbincangan dan mesyuarat yang diadakan itu lebih menberikan satu asas dorongan untuk seorang peminpin negara menyetujui langkah menaikan harga minyak itu dan semestinya mungkin walaupun langkah itu tidak populer namun langkah tersebut dianggap salah dan tersilap jika perlu difikiran terlebih dahulu kehidupan rakyat sendiri di masa yang mendatang mungkin pihak yang turut terlibat sama dalam setiap perbincangan dan mesyuarat perlu pikul bersama tanggungjawab atas dari pandangan dan dorongan yang diberikan sehingga kerajaan melaksanakan langkah tersebut. Itulah antara hakikat yang kerajaan harus akui yang tidak semua langkah dan dasar yang dibuat dan dilaksanakan itu dapat memberikan suatu perancangan dan keputusan yang baik lebih-lebih lagi bila melibatkan keadaan dan kehidupan rakyat sendiri.
Parti Pakatan yang ada sekarang bukanlah satu parti yang kuat dan terjamin kerana diakui idiologi dan perjuangan yang dibawa ternyata berbeza dan berlainan. Jika PAS membawa perjuangan berteraskan agama dan memperjuang dan memartabatkan agama Islam dalam madah perjuangan parti maka parti DAP yang diketuai oleh Lim kit Siang dan Karpal Singh itu sendiri telah awal-awal lagi membangkang dan mempertikaikan akan kewujudan sebuah negara Islam di Malaysia dan apakah boleh diteruskan langkah perjuangan itu jika ada pihak yang secara terang-terangan menentang sebarang usaha kearah itu jadi di manakah titik noktah dalam apa yang diperjuangkan oleh PAS menerusi dalam Pakatan Rayat ini dan jelas diketahui Pakatan ini hanya dibentuk untuk perjuangan dan kepentingan politik semata-mata kerana jika dilihat jika tidak dibuat parti secara pakatan ini mana mungkin dan sampai bila-bila pun parti politik selain BN dapat memenanggi dan menarajui tampok pemerintahan negeri dan seterusnya pemerintahan negara kerana jika tidak dibuat pakatan secara ini walau parti yang bertanding menang sekali pun pasti tidak mampu juga untuk dapat mendapat hak mijoriti memerintah sesebuah negeri tersebut dan dengan langkah dan perancangan sedemikian jugalah baru parti Pakatan Rakyat dapat memerintah di 5 buah negeri dan jika dipecahkan kembali parti dalam Pakatan Rakyat itu hanya Kelantan sahajalah yang masih didalam pemerintahan PAS.
Jelas diketahui bahawa telah terdapat syarat dan peraturan yang mesti dipatuhi parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat ini dan salah satunya adalah tidak boleh terlalu mempertikaikan keputusan dan perkara-perkara yang telah dibuat oleh angota Parti kompenan didalam pekara yang melibatkan hal politik dan dasar pelaksanaan yang ada dan telah diperkenalkan di setiap peringkat dan puncuk pimpinan parti.Seperti mana jika kerajaan melakukan sesuatu kesalahan dan kesilapan maka seperti tidak cukup tanah hendak dihentam dan diperkatakan tetapi jika didalam parti kompenen itu sendiri turut juga melakukan kesilapan dan kesalahan hanya di ibaratkan manusia tidak lari dan lali melakukan kesalahan jika kerajaan memperkenalkan Islam Hadhari maka pelbagailah kata-kata ketidakelokan yang didengari tetapi jika sahabat mereka sendiri melakukan keslahan nyata dan dengan sendiri menyatakan zina adalah di ibaratkan sedekah hanya kata-kata kesilapan penggunaan maksud dan ayat yang didengar tetapi jelas telah melakukan perbuatan tersebuat dan menggaku sendiri tetapi parti yang dikatakan memperjuangkan agama hanya duduk diam dan membiarkan tanpa berkata sehebat kata-kata jika itu datangnya dari pihak kerajaan kerana jika dilihat dalam Islam Hadhari hanya di perkatakan menggenai pendekatan prinsip seperti keimanan dan ketakwaan kepada Allah atau penguasaan ilmu pengetahuan dan apakah salah dan silap jika kita perlu menerapkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah atau apa salahnya dan tidak elok jika perlu ada penguasaan ilmu pengetahuan lainlah dalam prinsip Islam Hadhari itu di keimanan dan berharta atau berzina adalah sedekah maka perbanykan zina dan sedekah dan jika itulah antara prinsip Islam Hadhari maka memang jelaslah tidak perlu parti PAS yang mengutuk mengenaiya maka rakyat sendiri akan menentangnya sendiri. Jika semasa di dalam Dewan Perlimen juga yang sewaktu itu terdapat isu yang membabitkan soal hak beragama dan kes-kes murtad yang berlaku ahli parlimen DAP dari bukit mertajam bangkit dengan menyatakan jika penganut agama lain ingin masuk agama lain mereka bebas tetapi adakah dengan islam tidak sama dan wakil PAS yang ada tidak sedikitpun bangkit dan bangun menerangkan berkenaan konsep Islam yang sebenar kerana kenapa tidak boleh sedemikian tetapi dari seorang wakilnya yang hanya mencelah dengan menyatakan perlu mengkaji apa yang ada dan hanya jawapan yang sependek dan seringkas itu sahaja yang dapat diungkap dari PAS sebuah parti yang selama ini lantang memperjuangkan agama dan jika dipihak kerajaan dengan lantang dan beribu-ribu patah cemuhan didalam syarahan dan ceramah-ceramah akan diperkata dan diperjajakan tetapi jika sahabat mereka sendiri mepertikai dan menyoalkan mengenai Islam sendiri hanya itu sahaja yang dapat diungkap . Jika mereka adalah parti yang dilihat mempunyai pengetahuan dan kehebatan dalam memperjuangkan islam mengapa mereka sendiri tidak bangkit dan menyatakan hal yang sebenar mengenainya. Susah dan takutkah sangat jika mereka menyatakan bahawa apa yang telah ditetapkan didalam ajaran agama islam jika seorang yang telah keluar dari islam dan murtad akan dihukum bunuh dan tidak boleh sewenang-wenangnya keluar dan masuk islam kerana iktikad seseorang itu perlulah teguh dan mempercayainya tanpa unsur keraguan dan was-was jika telah menganut agama islam dan jika dikatakan Islam adalah agama terakhir yang boleh dianuti oleh seseorang yang sebelum ini berlainan agama maka biarlah dikatakan Islam adalah agama yang terakhir yang boleh dianuti kerana jika telah masuk agama islam dan selepas itu tidak boleh menukar agama yang lain maka itu adalah ajaran dan peraturan yang telah ditetapkan dan katakanlah bahawa undang-undang dan syarat itu bukan dibuat oleh manusia tetapi telah ditetapkan sendiri oleh Tuhan sejak dari terdahulu lagi dan bukanlah baru dicipta di Parlimen atau dibuat dan digubal oleh manusia dan katakan kepada mereka apakah mereka tidak rasa bersalah dan berdosa jika tidak mengamalkan sesuatu yang telah menjadi ketetapan didalam ajaran agama mereka pasti mereka akan menyatakan akan bersalah dan dilihat seorang penganut yang tidak setia dengan ketetapan ajaran agamanya dan begitu jugalah dengan ajaran didalam islam jika tidak mengamal dan melaksanakan perintah yang telah ditetapkan akan selama-lamanya bersalah dan berdosa jadi dimana silapnya jika itu adalah dari keteapan ajaran islam yang telah ditetapkan oleh tuhan sejak dahulu lagi dan bukanya ianya dibuat dan dicipta oleh manusia pada waktu ini.
Walaupun orang yang sepandai yang menjadi peguam yang menjadi presiden Bar Council hanya meremehkan agama Islam yang hanya dilihat ingin menjatuhkan maruah agama lain dengan menganjurkan forum-forum terbuka yang hanya memnceritakan sesuatu yang buruk dengan supaya dapat gambaran yang tidak elok jika menganut agama islam maka tidakkah hanya terfikir mana ada ajaran agama di dunia ini yang menyuruh penganutnya supaya tidak bertanggunjawab terhadap diri dan keluarga dan jika ada sikap sedemikian ia langsung sedikitpun tidak melibatan di dalam ajaran agama dan hanya dilihat lebih kepada sikap yang tidak bertanggungjawab dari seseorang itu sendiri dan bukanlah salah agama yang dianutinya. Masih terlalu banyak lagi yang boleh diperkatakan lagi mengenai hal dan perkara yang lain namun biarlah yang hanya beberapa ini dijadikan renungan dan iktibar untuk difikirkan bersama dan kita dan seluruh rakyat tidak mahu hanya pelbagai soalan-soalan yang hanya ditanya tetapi sesuatu langkah dan cara serta usaha pendekatan bersama langsung tidak ada di cadangkan dan dibuat kita bukan minta papan tanda yang diubah tetapi kehidupan rakyat yang seharusnya dapat diubah.