Saturday, October 11, 2008

ISLAM HADHARI

KONSEP PENDEKATAN

Umum di ketahui bahawa konsep yang dibawa oleh kerajaan kadang-kala di salah ertikan oleh sesetengah pihak terutama dari pihak pembangkang yang hanya nampak dan akan mencari kesalahan dari pihak kerajaan semata-mata dan yang kelihatan baik dan berguna tidak akan disebut atau disentuh untuk kepentingan mereka sendiri kerana kalau dinyatakan dari pihak mereka akan dilihat sesuatu yang memperlihatkan kebaikan dan kehebatan yang dibuat oleh kerajaan.

ISLAM HADHARI

Secara terbuka saya bukan tidak menyokong konsep yang dilaksanakan oleh kerajaan yang diterapkan elemen dan konsep prinsip di dalam Islam Hadhari, cuma hanya pada namanya sahaja yang tidak elok dan kena. Walaupun dikatakan apa yang ada pada nama dan natijahnya itulah suatu yang utama yang akan dilihat kerana dengan namalah untuk orang menggenal dan dengan tajuk namanyalah orang akan mengetahui dan menilai yang selebih dan selainya selepas itu. Persepsi yang akan timbul dan di timbulkan oleh pihak-pihak tertentu pasti lebih memperlihatkan ketidakbaikan atau keburukan dari apa yang diperkenalkan dan ramai pihak diangapkan dan menggangap bahawa Islam Hadari adalah satu agama yang baru dan langkah kerajaan memperkenalkanya adalah tidak tepat dan bersesuaian dengan meletakan namanya Islam Hadhari kerana Umun mengetahui Islam adalah syumul dan lengkap dan tidak perlu lagi untuk memperkenalkan atau menjadikan suatu bentuk konsep ajaran islam yang lain untuk dilaksanakan kerana ajaran didalam Islam itu telah lengkap dan sempurna dari ajaran yang di bawa oleh nabi-nabi dan para rasul dan Al-Quran dan Al-Sunah lah sebagai ajaran lengkap yang telah sempurna yang harus di ikuti di peganggi oleh umat Islam seluruhnya.

Tiada suatu nama yang harus dan boleh diletakan selepas Islam seperti ajaran dan rukun yang lain yang hanya akan dinyatakan diawalan untuk menggambarkan konsep panduan peraturan dan rukan yang ada di dalam ajaran agama Islam.Seperti rukan Islam yang diajarkan yang seharus dan diwajibkan kepada semua umat islam dengan ajaran dan rukun-rukun yang dinyatakan maka konsep rukun itu sendiri diletakan awalan pada islam untuk menyatakan peraturan rukun wajib yang harus di ikuti oleh seluruh umat islam dan tiada dikatakan Islam rukun atau Islam Muhammad atau sebagainya kerana Islam adalah satu dan tiada lain selepas islam maka kesilapan kerajaan adalah meletakan suatu nama selepas islam yang diperkenalkan sebagai Islam Hadhari yang tentu sahaja ramai pihak akan bertanya dan mempersoalkan mengenai konsep dan pendekatan yang cuba dibawa oleh kerajaan dengan memperkenalkan konsep tersebut yang seolah-olah dilihat sebagai memperkenalkan konsep dan ajaran baru didalam Islam yang mana semua berangapan tiada suatu fahaman atau ajaran yang harus diperkenalkan atau diajar kerana islam itu telah lengkap dan sempurna dari ajaran,peganggan dalam kehidupan dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.Konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh kerajaan adalah suatu yang baik untuk kehidupan manusia dan umat islam kerana dilihat tujuannya adalah bagi mencapai keseimbangan antara pembangunan fizikal dengan kerohanian yang mana usahanya adalah untuk menggalakan rakyat berpegang kepada prinsip asas seperti yang terkandung dalam al-Quran dan hadis yang merupakan asas tamadun islam bagi mencapai kecemerlangan dan kehebatan dalam kehidupan dan ketemadunan islam yang mendatang.

Tentu sukar untuk kerajaan untuk menggundur atau menghapuskan konsep dasar yang telah diperkenalkan kerana jika dibuat dan di tarik balik setelah ia dilaksanakan maka akan lebih dilihat kelemahan dari pihak kerajaan dalam merancang dan memperkenalkan dasar-dasar yang dibuat begitulah seumpama kata pepatah lain terlajak perahu boleh di undur terlajar dasar akan dilihat buruk jadinya tetapi pihak kerajaan tidak seharusnya malu atau berputus asa dalam meneruskan dasar baik yang cuba diperkenalkan ibarat kata pepatah menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak.
Jika kerajaan menarik balik atau membatalkan konsep yang telah diperkenalkan dan telah dilaksanakan maka sebarang penarikan yang dibuat akan dillihat suatu kelemahan dan pembaziran yang dibuat lebih-lebih lagi telah berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk meneruskan dalam melaksanakan Islam Hadhari. Telah banyak yang dibuat dari penerangan dan buku-buku , pintu-pintu gerbang dan perkampungan hadhari yang dibuat di negeri-negeri maka jika semua itu ditarik balik maka kelihatan jelas satu bentuk pembaziran yang telah dibuat.

Dicadangan kepada pihak kerajaan menggubah konsep nama Islam Hadhari kepada Kehidupan Hadhari yang lebih jelas dilihat sebagi satu konsep yang lebih jelas dilihat sebagai konsep kehidupan yang lebih dinamik dan unggul, memanglah ajaran islam itu telah sempurna dan lengkap tetapi adakan walaupun ianya telah lengkap dan sempurna ianya telah diikuti dan difahami oleh umat Islam 100%. Jawapanya manusia tetap dengan cara dan kehidupan mereka sendiri walaupun telah dinyatakan dan di ajarkan peraturan-peraturan mengenai semuanya di dalam setiap kehidupan sebagai umat islam. Melihat kehidupan sikap yang ketidaktentuan dalam mencari dan menjalani kehidupan islam yang sebenar yang mana kehidupan manusia dizaman sekarang ini dilihat banyak yang tergelincir dan menyimpang dari kehidupan Islam yang sebenar walau hakikatnya mereka tahu mengenai hak dan batilnya dalam ajaran agama Islam kerana walaupun islam itu telah lengkap namun kehidupan manusia itu sendiri yang tidak membuatkan Islam sebagai sebahagian dalam kehidupan mereka maka Kehidupan Hadhari adalah satu konsep tatacara kehidupan diri yang berkehendakan aspek serta nilai-nilai Islam diterapkan di dalam kehidupan bagi mencapai keseimbangan antara pembangunan fizikal dengan kerohanian .

Prinsip dalam Kehidupan Hadhari :

H - Hormati dan berbaktilah kepada Ibu bapamu.
A - Amalkan yang wajib dan menghindari yang mungkar
(Amar makruf nahir mungkar)
D - Dermakan sebahagian harta kepada mereka yang memerlukan
H - Hindari hidup secara membazir dan keterlaluan
A - Amalkan sikap tolenransi dan hormat menghormati antara satu sama lain
R - Redha dengan ketentuan ilahi dan sabar menempuh dugaan kehidupan
I - Ilmu terus dituntut dan diamalkan dan mengingati mati

Diharapkan dengan usaha dan pendekatan yang dibuat lebih memperlihatkan satu bentuk kehidupan yang lebih sejagat dan hidup akan sentiasa di berkati dalam kehidupan-kehidupan yang mendatang.

Jika dilihat dari prinsip-prinsip Islam Hadhari

1.Keimanan dan ketakwaan kepada Allah
2.Kerajaan yang adil dan beramanah
3.Rakyat Jiwa Merdeka
4.Penguasaan ilmu pengetahuan
5.Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif
6.Kehidupan berkualiti
7.Perlindungan hak kumpulan minoriti dan wanita
8.Keutuhan moral dan budaya
9.Pemeliharaan alam semula jadi
10.Kekuatan pertahanan

Dan jika ditanya kepada sesiapa dengan satu soalan sahaja :

Mana antara Prinsip Islam Hadhari dari yang pertama sehingga yang terakhir dalam prinsip tersebut yang salah atau bertentangan dan tidak kena dengan ajaran agama


1.1 dan 2
2.6,7,8 dan 10
3.Kesemua diatas
4.7 sahaja
5.Tiada

Jawapan yang akan diberikan ialah “Tiada ”
Adakah salah dan tidak betul jika kita perlu ada keimanan dan ketakwaan kepada Allah atau dimana salahnya jika kita perlu penguassan dalam Ilmu pengetahuan atau mempunyai Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.
Lainlah kalau antara Prinsip Islam Hadhari tu

1.Beriman dan berduit
2.Hidup perlu tamak dan haloba
3.Zina merupakan sedekah
4.Perbanyakanlah Zina dan sedekah.

Kalau itulah perinsipnya pasti sesiapa walau budak tidak sekolah pun tahu buruk dan salahnya dalam pendekatan yang dibawa.Walaupun ajaran di dalam Islam itu lengkap tetapi adakah ianya di ikuti dan diterapkan dalam norma kehidupan pastinnya tidak. Jika di dalam rukun Islam itu sendiri menyatakan sembahyang lima waktu dan ianya merupakan suatu yang wajib tetapi adakah semua orang melakukan dan melaksnakan kewajipan tersebut pastinya jawapannya adalah tidak. Jadi jika hanya ada rukun dan aturan sahaja pasti tidak akan mencukupi jika tidak ada pegangan dan kesedaran dalam diri pastinya sesuatu yang terlalu bahaya adalah terlampau mencampur adukan urusan agama dan politik hanya untuk kepuasan dan kepentingan tersendiri dan pasti akan dilihat saat kehancuranya nanti. Jika kita hanya dikatakan Islam itu adalah satu kenapa ada perlu pegangan atau mazhab-mazhab yang lain seperti mazhab Imam Hambali,Maliki,Syafiie tetapi dalam setiap mazhab ada ajaran dan pengajaran yang tertentu dan tuhan tidak menghalangnya asalkan ianya bertujuan ke arah dan niat yang baik dan diredhai.


Tujuan Prinsip Kehidupan Hadhari di mulakan dengan awalan huruf adalah supaya ianya mudah dan senang diingati dari 10 prinsip yang terdahulu dan jika ditanya dari 10 orang pasti 1/10 belum tentu mengingatinya. Jika ianya sentiasa difahami dan diingati pasti setiap langkah dan kehidupan kita akan lebih diberkati dan diredhai kerana dalam perinsip yang utama dalam Kehidupan Hadhari tersebut adalah hormati dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa kerana dalam kehidupan manusia itu sendiri ramai yang setelah hidupnya berumah tangga maka keadaan ibubapanya diambil kira yang kedua kerana banyak yang pertama adalah untuk keperluan keluarga anak bini mereka sendiri dan keperluan yang lain-lain dan dalam hadis yang diriwayatkan oleh bukhari dan muslim “ Aku bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang amal-amal paling utama dan dicintai Allah ? Nabi Shallallahu ‘alahi wasallam menjawab ‘pertama solat pada waktunya,kedua berbakti kepada kedua orang tua,ketiga jihad di jalan Allah” walaupun mereka ada tanggungjawab kepada yang lain tetapi tanggungjwab terhadap kedua ibu bapa yang melahir dan menjaga kita tidak haruslah dipinggir dan dilupakan sebegitu sahaja kerana redha Allah bergangtung kepada keredhaan orang tua
Rasulallah SAW bersabda : Pada suatu hari tiga orang berjalan, lalu kehujanan. Mereka berteduh pada sebuah gua di kaki gunung, ketika mereka ada didalamnya , tiba-tiba sebuah batu besar runtuh dan menutupi pintu gua dan sebahagian mereka berkata kepada yang lain , ‘Ingatlah amal terbaik yang pernah kamu lakukan’. Kemudian mereka memohon kepada Allah dan bertawasul melalui amal tersebut, dengan harapan agar Allah menghilangkan kesulitan tersebut, Salah satu diantara mereka berkata, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku mempunyai kedua orang tua yang sudah lanjut usia sedangkan aku mempunyai istri dan anak-anak yang masih kecil. Aku menggembala kambing, ketika pulang ke rumah aku selalu memerah susu dan memberikan kepada kedua orang tuaku sebelum orang lain. Suatu hari aku harus berjalan jauh untuk mencari kayu bakar dan mencari nafkah sehingga pulang sudah larut dan aku dapati kedua orang tuaku sudah tertidur, lalu aku tetap memerah susu sebagaimana sebelumnya. Susu tersebut tatap aku pegang lalu aku mendatangi keduanya namun keduanya masih tertidur . Anak-anakku merengek-rengek menangis untuk meminta susu ini dan aku tidak memberikanya, Aku tidak akan berikan kepada sesiapapun sebelum susu yang aku perah ini kuberikan kepada kedua orang tuaku. Kemudian aku tunggu sampai keduanya bangun.Pagi hari ketika orang tuaku bangun, aku berikan susu ini kepada keduanya. Setelah keduanya minum lalu kuberikan kepada anak-anakku. Ya Allah, seandainya perbuatan ini adalah perbuatan yang baik kerana engkau ya Allah, bukakanlah.’ Maka batu yang menutup pintu gua itu pun bergeser dan terbuka.
kerana dalam hadis bukhari dan muslim ada menyatakan “berbakti kepada kedua orang tua akan diluaskan rezeki dan dipanjangkan umur” dan pastinya dengan kehidupan sekarang yang penuh cabaran dan liku dalam menempuh dan meneruskan kehidupan pastinya rezeki akan lebih banyak dan diperlukan dalam kehidupan seharian dan yang mendatang.Oleh itu satu yang menjadi keutamaan adalah harus diingati dan diikuti kerana dalam kehidupan masyarakat masa kini yang lebih memperlihatkan kehidupan yang sendiri-sendiri dan walaupaun hidup bermasyarakat tetapi sikap dan sifat masih dalam kehidupan asing yang tidak kenal dan bertegur sapa jika dibandingkan dengan kehidupan masyarakat suatu ketika dahulu yang berat sama dipikul ringan sama dijinjing maka corak kehidupan sekarang dan yang akan datang pasti akan lebih jauh untuk hidup dalam satu masyarakat yang harmoni dan tolenrasi. Maka sama-sama lah kita fikirkan bersama untuk kebaikan tiga perkara yang harus diutamakan iaitu Alif, Ba dan Ta. Alif untuk Agama , Ba untuk Bangsa dan Ta untuk Tanah Air kerana Negara kita tanggungjawab kita bersama.

2 comments:

Anonymous said...

Salam CERPANA,

satu ulasan yang baik untk diperjelaskan dan dilaksanakan.
kalau di ikutkan mng x salah apa yg ad dbuat tp mgkn yg tukang buat tu yg bermasalah..

Anonymous said...

Salam ,

memang itu yang sepatutnya dibuat dgn menukar namanya sahaja dr dibiar berterusan dihentam dn dikritik saban masa dr jika pihak mereka yg mengatakan zina seumpama sedekah hanya dilihat kesalahan pengunaan bahasa jew tp dh mengaku buat tp pihak yg pandai agama tme kne geng sendiri thu plak dok diam jew tme orang lain yg belum tentu slahnya x ckup tanah bukit gunung dihentamnya..