Thursday, June 12, 2008

NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA

Jika sebelum kenaikan harga minyak telah dikeluarkan arahan supaya rakyat asing tidak dibenarkan membeli minyak di Malaysia lagi dan dari satu hari ke satu hari penanguhan larangan membeli diberikan dan sehingga telah dimuktamadkan larangan pembelian oleh rakyat asing namun tetap ada satu penanguhan lagi didengari diselatan tanah air dan sehinggalah kepada penguguman dari kerajaan harga minyak yang akan di naikan pada 12.00 tengah malam pada hari itu juga dan setelah itu larangan tersebut telah dibatalkan.

Jika dilihat dari segi kronologi pemikiran yang waras tidak seharusnya Kerajaan mengumumkan larangan pembelian kepada warga asing terlebih dahulu kerana ia memberikan satu kelebihan yang optimem kepada mereka kerana telah terlebih dahulu dengan senang dan mudah memperolehi minyak yang bersubsidi dari Negara ini dengan mengisi miyak di kenderaan mereka tanpa bersusah dan bersesak yang teramat sangat kerana diberikan satu masa sebelum larangan pembelian dikuatkuasakan dan berlainan dengan situasi yang berlaku kepada rakyat Malaysia sendiri yang sebelum ini dikhabarkan melalui media bahawa kerajaan akan menaikan harga minyak pada bulan Ogos dan tiba-tiba pengguguman yang dibuat pada petang itu menyatakan harga minyak akan dinaikan 78sen bermula jam 12.00 tengah malam. Ternyata penguguman itu membuatkan seluruh rakyat Malaysia gelisah dan panik mula melanda dan pembelian panik mengisi minyak kenderaan telah dimulakan, maka terbitlah satu kesusahan dan kesesakan yang amat sangat dilalui oleh seluruh rakyat Malaysia bagi mengisi minyak bersubsidi buat kali yang terakhir. Cuma apa yang dikesalkan sangat terhadap kerajaan yang telah memberikan terlebih dahulu peluang dan ruang kepada rakyat asing mengisi penuh minyak kenderaan mereka terlebih dahulu dengan tiada melalui satu kesesakan yang teramat sangat seperti yang dilalui oleh seluruh rakyat Malaysia apabila diberikan tempoh terlebih dahulu sebelum larangan pembelian dikuatkuasakan sedangkan terhadap rakyat Malaysia sendiri tiada langsung diberikan ruang atau masa untuk diberikan tempoh kepada penguna kenderaan di Malaysia yang sekurang-kurangnya 3 hari bagi memberikan cukup masa dan keselesaan tanpa melalui kesusahan dan kesesakan yang teramat sangat untuk mereka menikmati subsidi minyak buat kali yang terakhir. Kerajaan tidak akan rugi atau jatuh bunkrup terus jika hanya memberi 3 hari 2 malam kepada penguna kenderaan mengisi penuh minyak mereka sebelum kenaikan harga minyak 78sen dikuatkuasakan. Saya sendiri tidak dapat dan terlepas peluang mengisi minyak pada harga bersubsidi buat kali yang terakhir kerana penguguman singkat yang dibuat itu membuatkan semua berpusu-pusu membuat pembelian panik minyak buat kali yang terakhir, bila balik dari pejabat keadaan di styesen-stesyen minyak telah berubah wajah seperti berada di stysen bas atau Stysen keretapai Tanah Melayu . Keadaan malas nak bersesak dan bagi peluang kepada kenderaan lain dulu maka lepas tengok berita nak tahu perkembangan semasa dan dari berita yang diterima kene terima jerlah dengan hati, jantung, paru-paru dan seluruh sistem solar dengan terbuka dan open minded. setelah berbaris panjang menunggu giliran untuk mengisi minyak dan lagi hanya tingal 2 kenderaan sebelum giliran mengisi minyak maka masa yang dinantikan telah tiba dan harga minyak baru telah dikuatkuasakan dari jam 10.14minit malam menunggu dan tibalah jam yang dinanti-nantikan pada detik 12.00 tengah malam maka sia-sialah sahajalah penantian beratur panjang selama 2jam yang sama panjang dengan kepanjangan gerabak Keretapi Tanah Melayu tetapi kusangkakan air lautan dapat kurenangi tetapi minyak telah pun naik harga lagi bak kata tajuk drama tv menanti cinta yang terbang mewangi, untuk tidak mengecikan hati sendiri yang telah menungu berjam-jam maka minyak disi juga sebab minyak pun memang dah nak habis kalau tak di isi malam tu besok pagi nak kene isi jugak dan mereka-mereka yang senasib dengan ku jugak turut buat ape yang sama mengisi minyak dengan harga yang baru dengan penuh prajudis ,untuk menyejukan hati belilah jugak air tin sejuk satu dan mana tahu malam tu jer dapat beli air tin dengan harga RM1.50 besok-besok dah naik harga disebabkan kenaikan harga bekalan elektrik dipasaran nak sejukan peti sejuk tu pun kene gunakan elektrik jugak lainlah kalau peti sejuk tu menggunakan tenaga solar. kalaullah kerajaan umumkan kenaikan harga pada jam12.15minit malam pasti ku tidak pulang dengan kecewa cuma tingal dua buah kereta lagi tapi masa dah tamat memang terasa macam rancangan Wakenebeb atau bang bang boom rasanya lebih baik menunggu buah hati 2,3 jam asalkan dia belanja makan nak sejukan hati dari menunggu berjam tapi kene belanja dekat petronas yang dah sedia kaya setidak-tidaknya aku ada jugak menyumbangkan keuntungan kepada petronas walaupun 0.0013% sahaja tetapi ada jugak sumbangan aku kepada Petronas dan Negara yang tercinta.

Pakar Ekonomi atau mereka yang telibat dalam perbincangan dan penentuan muktamad kenaikan harga minyak seharusnya wajar untuk berfikiran lebih dinamik bukan dinamo atau serbuk pencuci Dyia tu disamping mempunyai jiwa kemanusian, kerohanian, kesopanan dan kesusilaan yang setidak-tidaknya dari keputusan yang dibuat tidak akan menyebabkan kesusahan orang ramai yang pasti akan mengutuk dan memaki hamun dengan apa yang berlaku dan ingatlah kata-kata yang dikeluarkan oleh setiap orang adalah merupakan satu doa maka jika semua berkata dan mencaci mereka semua seolah-olah mendoakan sesuatu terhadap mereka itu cuma setiap kata merupakan satu doa kalau penduduk dekat Malaysia ni yang pakai kenderaan ada 10 juta maka kali lah sendiri satu kata = satu doa X 10 juta tak 10 juta doa juga diberi kalau doakan murah rezeki ker murah harga barang ker tak perlah jugak ni tentulah penuh dengan kata-kata yang kalau Jin-jin dialam ghaib tu dengar sekalipun pasti tak sangup nak duduk dekat Malaysia ni dan lebih baik berpindah ke korea selatan atau republiz chek dan dingatkan juga kepada mereka yang membuat keputusan itu bahawa rezeki kita bukan ditentukan oleh Amerika atau Bank dunia IMF tau tokey Tan Chong Motor Sdn.Bhd kerana itu merupakan hak tuhan yang hakiki kerana sejak di lahirakan manusia telah ditetapkan dengan rezeki mereka masing-masing. Seharusnya pekenalan dan penekanan Modal Insan yang diperkenalkan oleh Kerajaan sendiri dijadikan rujukan bagi membuat dan meniliti setiap keputusan yang dibuat kerana menjaga kebajikan rakyat lebih perlu diutamakan dari menjaga kepentingan ekonomi sementara semata-mata atau menjaga bangunan besar-besar. Jika disebut tentang Modal Insan tentulah berkaitan dengan aspek kerohanian dan kemanusian kalau duit tak cukup macam mane nak balik kampung selalu jenguk Mak ayah tu belum nak jenguk buah hati lagi. Ibu Bapa dekat kampung tak derlah mengharapkan duit anak sangat dari dapat menjenguk keadaan mereka selain menjaga makan minum mereka yang cukup walaupun anak dia balik mak dia yang kene masakan untuk dia tapi hati ibu tetap juga seronok dengan kehadiran anak yang menjengok mereka, walaupun dah pasangkan Astro dekat kampung tapi kene jugak balik tengok keadaan kesihatan mereka taklah nanti dikatakan anak yang derhaka bila kecil ibu yang jaga tapi bila dah besar biarkan Ibu Bapa tanpa perhatian yang wajar, lainlah kalau rumah dekat kampung tu bersebelahan dengan Hospital kerajaan atau Pej.Kesihatan negeri tidaklah risau sangat kalau mereka ada sakit-sakit dah dekat jugak meraka nak pergi beli ubat . Takut jugak orang-orang kampung mengata anak dia balik pun setahun sekali macam raya pulak itupun nasib baik ada hari raye kalau tak der balik 5tahun sekali agaknya macam tempoh Pilihan Raya Umum . kalau balik kampung selaian menyumbangkan bakti macam jirus pokok petang-petang tau potong rumput bila nak balik kene jugak beri wang belanja pada Ibu Bapa ingat orang yang duduk dekat kampung tu jugak nak beli barang-barang pakai duit tunai jugak bukan pakai kad kredit selain bagi duit kat ayah yang nak belanja kawan-kawan dekat kedai-kedai yang berhampiran. Konsep keberkatan hidup pasti akan lebih bermakna jika seorang anak berbakti kepada kedua ibu bapanya dan pasti hidup lebih bermakna dan bererti barulah hidup lebih dirahmati dan diberkati . Walaupun pihak rakyat juga mungkin boleh faham dan memahami bebanan yang ditanggung oleh kerajaan di atas kesan kenaikan harga minyak dunia maka kerajaan juga sekurang-kurang dapat dan memberi satu jangka masa waktu kepada semua rakyat Malaysia untuk memberi dan menerima bakal kemungkinan yang mereka akan hadapi tanpa terus membuat sesuatu keputusan jangka masa singkat yang membuatkan kesusahan yang teramat terhadap rakyat Malaysia sendiri. Suatu rumusan dan cadangan harus difikirkan untuk jangka masa panjang tanpa hanya mengharapkan dan penentuan segala-gala dari dunia luar terutama Amerika yang penyebab utama dan penentu kenaikan harga minyak dipasaran sedunia dan dari kenyataan dari Israel yang akan menyerang Iran jika masih berdegil meneruskan program nuklear nya maka harga minyak dipasaran telah naik setelah kenyataan itu dikeluarkan. Kita semua seharusnya bertekad dan yakin kehidupan dan rezeki kita di dunia ini bukan ditentukan oleh mereka semata-mata tetapi tuhan yang maha mencipta segala-galanya adalah sebenarnya penentu di atas segala-galanya kerana bak pepatah kita hanya merancang tapi tuhan yang akan menentukan.


Usaha-usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat seperti memberikan rebet kenderaan Rm625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2000cc dan Rm 150 kepada motosikal persedirian 250cc terlebih dahulu diucapakan ribuan terima kasih bagi melihatkan suatu bentuk bantuan yang dibuat pihak kerajaan kepada Rakyat Malaysia. Pendekatan dan cara yang baru juga telah di perkenalkan seperti pemberian gaji dua kali sebulan mulai Ogos ini dilihat dapat sekurang-kurangnya mengurangkan bebanan penjawat awam dalam meneruskan dan menguruskan kehidupan mereka seharian namun tetap juga tidak dapat menyelesaikan sepenuhnya permasalahan utama berkenaan kehidupan meraka yang pasti tetap juga akan mengalami kesulitan berkenaan kos dan kenaikan harga barangan dipasaran kalau setakat kenaikan barang sampai tingkat 8 tak perlah jugak sebab ada escelator tapi kalau kenaikan harga barang sampai baki duit simpanan tingal rm28.40 ape yang boleh dibuat untuk masa depan tuk belum kira masa nak keluar dengan kekasih hati lagi nampaknya kene beli sekeping tekit wayang jer tukar-tukar tengok tu belum nak pergi makan lagi nampaknya siapa makan dia bayar nampaknya ataupun berpuasa jer ataupun cara yang terbaik dengan berkongsi makanan kalau dia bertanya katakan itu satu cara yang romantis dan pasti orang ramai yang tengok akan mengatakan ia satu yang romantik. Jika hendak diceritakan banyak lagi yang ada dan mahu mungkin kene mengahabiskan masa 18hari 17malam nak ceritakan pasal kehidupan apabila harga minyak naik , itu baru cerita dariku belum lagi cerita dari para-para guru, ahli perniagaan, Kontraktor-kontraktor utama, mekenik-mekenik atau orang-orang dekat kampung mahu boleh buat buku teks atau novel berjilid yang bertajuk ranjau kehidupan diri. Walauapa pun suatu perancangan dan cara harus dicari bagi menyelesaikan kemelut yang dilalui oleh semua orang. Jika berkesempatan saya akan memberikan percadangan dan perancangan untuk kita fikirkan bersama. Ingatlah dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung tidak guna kita mengeloh, mencaci atau merusuh jika tidak boleh memperbaiki keadaan yang ada , jika kita merusuh dengan membuat demontrasi melampau dan apabila dilihat oleh pihak luar maka pelbagai pandangan negetif akan ditakrifkan dan tentu sekali para pelabur takut untuk melabur kerana mereka lebih melihat juga keadaan yang aman dan stabil di sesebuah negara dan pasti kalau ini berlaku ekonomi negara akan merundum dan jatuh . Ingatlah juga dengan kata-kata Jika kita hendak merubah sesuatu itu kita sendiri mesti berada sebahagian dari sistem itu sendiri. Maka sama-samalah kita fikirkan kerana Negara Kita Tanggungjawab Kita Bersama.