Sunday, June 8, 2008

PERTUBUHAN NEGARA ISLAM SEDUNIA (OIC)

Tiada apa yang dapat diperkatakan mengenai krisis yang berlaku di Palestin dari dulu hinggalah sekarang selain ungkapan simpati yang dapat diberikan,namun adakah hanya sekadar rasa simpati yang dapat diberikan walaupun ada diantara saudara-saudaranya yang lain hidup dalam keadaan lebih baik dan berkemampuan dari pebagai keadaan yang lain dari keadaan rakyat dan kerajaan pemerintah Palestin sendiri yang serba dalam kedaan serba kekurangan,mungkin terdapat Negara di Timur Tengah sana yang kaya dengan pendapatan hasil minyaknya tapi kekayaan hanyalah untuk diri mereka sahaja walaupun mereka tahu ada saudaranya yang didalam keadaan kesusahan. Malaysia adalah merupakan pengerusi di dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam Sedunia (OIC) dan boleh dianggap peneraju pada pertubuhan ini sewaktu dahulu dan peranan yang dipegang terdahulu seharusnya digunakan sebaik mungkin sebagai pihak yang diberi mandat untuk mencorak dan merubah keadaan yang lebih kompetitif untuk menjaga dan melakukan sesuatu untuk merencanakan pendekatan kearah mewujudkan satu pertubuhan yang benar-benar disegani oleh semua pihak terutama oleh kuasa-kuasa besar.Persoalan kenapa suara pertubuhan ini kurang didengari adalah kerana pihak yang paling berkuasa pada dekad era ini tentulah Amerika bersama dengan sekutu-sekutunya yang lain yang merupakan pemegang kuasa Veto didalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang merupakan satu pertubuhan utama dunia yang mempunyai kuasa didalam menentukan polisi dunia yang mana pemegang kuasa Veto di PBB sekarang inilah menggangap keganasan adalah dari pihak Islam, jadi tiada kebaikan bagi pihaknya mendengar suara dari pihak yang dianggap sebagai pihak yang terlibat dan terbabit dengan keganasan yang tengah dan sedang diperangi sekarang ini sebagai satu pihak yang dapat memberikan keuntungan ,perlindungan dan kekuatan pada pihak mereka.Jika dibawa kepada suatu arah pemikiran mungkin kita sedar tiada pertubuhan seumpama pertubuhan Negara-Negara Islam Sedunia (OIC) ini didalam pertubuhan-pertubuhan dunia seperti adanya petubuhan-pertubuhan Negara-Negara Keristian Sedunia atau Pertubuhan Agama Yahudi sedunia yang mana jika kita dengar pada pihak kita tentulah ia merupakan suatu pertubuhan yang lebih kepada sebuah corak pertubuhan keagamaan dan walaupun pada pihak kita faham mengenai keperluan pertubuhan OIC ini namun kita tidak boleh mewujudkan suatu penerimaan yang telus dan terbuka dari pihak yang lain yang tentu sekali ada menyimpan sesuatu jangalan dari pertubuhan ini kerana ia memperlihatkan lebih kepada suatu pertubuhan yang akan lebih kearah pengujudan pendekatan khusus untuk Negara Islam sahaja bertentangan dari kotak pemikiran kuasa besar mengenai negara-negara Islam yang lebih berangapan negara-negara yang banyak dianggap pengganas dan merbahaya kepada mereka dan dunia yang kebanyaknya senarai negara penganas adalah dari negara Islam keseluruhanya yang sedang dan mungkin akan mereka perangi atas tiket menentang keganasan . Disini ingin dinyatakan serba ringkas mengenai merencanakan suatu pendekatan terbaru untuk memperlihatkan keadaan yang lebih kompititif dan dinamik . Penukaran nama pertubuhan dari Pertubuhan Negara-Negara Islam Sedunia (OIC) kepada Pertubuhan Persaudaraan Sedunia yang akan lebih memperlihatkan kesejagatan negara angota-angotanya untuk lebih kesepakatan dalam berkerjasama didalam hal-hal yang melibatkan negara angota-angotanya yang akan diibaratkan didalam erti kata didalam prinsip hidup Islam yang mana perlu dan diwajibkan oleh saudaranya untuk membantu saudara-saudaranya yang didalam kesusahan dan yang dizalimi dimana setiap negara angota adalah bertanggungjawab bagi membantu saudara-saudara yang lain yang perlu untuk dibantu ketika ada negara angotanya didalam kesusahan atau suatu bentuk kezaliman yang menimpa saudarnya.
Penukaran nama pertubuhan ini jugak dianggap supaya dapat merubah corak dan kotak pemikiran pihak lain supaya ianya adalah tidak dianggap lebih kepada pembentukan pertubuhan yang akan dianggap khusus untuk memelihara angota-angota Negara Islam sahaja tetapi akan memperlihatkan keadaan suatu rumpun kesejagatan bersama atas nama persaudaraan yang tentu akan menampakan dan memperlihatkan keukuhan dalam kehidupan sesama Negara-Negara angotanya dan bagi Negara-negara angotanya tentulah akan lebih dilihat sebagai menjadikan atau mengikat keukuhan dan keakraban didalam bersama-sama untuk melaksanakan prinsip kehidupan sesama umat islam sepertimana yang termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah yang mana itulah merupakan suatu ikutan jalan terakhir dan terbaik yang seharusnya diikuti untuk kembali dan mencari kepada suatu konsep pendekatan yang terbaik yang sebenar-benarnya dituntut didalam Islam.

No comments: