Sunday, September 14, 2008

HARGA BARANGAN KEPERLUAN

Menjelang musin perayaan aidilfitri pasti masalah berkaitan kenaikan harga barang akan bermula kembali.Dari satu sudut perniagaan kenaikan harga barang adalah disebabkan kekurangan barang bekalan dan kenaikan berkaitan kos pengangkutan dan barangan namun hakikatnya tidaklah seperti apa yang diperkatakan itu, selepas bajet 2009 yang diumumkan lalu yang baru diumumkan pemberian bonus kepada kakitangan awam keesokanya harga barangan seperti di pasar sudah pun dinaikkan seperti yang berlaku di sebuah pasar awam di Johor. Satu persoalan yang timbul jika perayaan aidilfitri harga barangan yang utama digunakan untuk raya pasti akan naik tetapi bila tiba perayaan tahun baru cina tidak pernah kita dengar bekalan limau kekurangan atau harga limau naik malah harga limau di musim perayaan tersebut menjadi lebih murah, kenapa tiba-tiba musim perayaan harga ayam akan melambung naik adakah disebabkan dimusim perayaan ayam banyak yang jatuh sakit atau lari dari reban yang menyebabkan bekalan ayam tiba-tiba menjadi kurang kalau disebabkan permintaan yang tinggi tidakakah ayam yang diternak secara komersial itu mencukupi untuk kegunaan dua atau tiga kali hari raya sahaja dan tidaklah setiap rumah yang menyambut raya akan membeli sampai 10 ekor ayam setiap seorang.Kerajaan perlu memantau dengan memastikan bekalan diseluruh negara adalah mencukupi berkenaan dengan tanggungan kos yang terpaksa dihadapi oleh pemborong dan pembekal kerajaan bolehlah dimusim perayaan ini mengecualikan bayaran tol kepada kenderaan-kenderaan perdagangan yang membawa bekalan barangan keperluan utama dan menggurangkan harga minyak atau memberikan subsidi minyak kepada kenderaan-kenderaan perdagangan seperti yang telah diberikan kepada kenderaan-kenderaan pengangkutan awam untuk menggurangkan bebanan kos yang terpaksa mereka hadapi. Oleh itu tiadalah apa-apa alasan berkaitan peningkatan kos yang terpaksa dihadapi setelah kerajaan memperkenalkan langkah-langkah tersebut untuk menjamin kenaikan harga barangan tidak akan berlaku sewenag-wenangnya setelah masalah berkaitan peningkatan kos pengandalian dan peningkatan kos pengangkutan dapat diselesaikan secara berperingkat.

4 comments:

Kembara Politik said...

Assalamualaikum & Salam Ramadhan.

Di pihak peniaga, memang suka ambil kesempatan. Bila mana ada sahaja ruang untuk naik harga...tak tunggu lagi dah...terus naik.

Jika ada penurunan harga petrol pun bukanlah alasan untuk mereka sama sama menurunkan harga barangan.

Yang pentingnya pihak berkuasa melalui Menteri Hal Ehwal pengguna perlu proaktif dalam menyekat kenaikan harga yang membebankan pengguna. Perlu bertegas. Jangan beri muka.

Pemantauan perlulah menyeluruh. Teringat di zaman TS Muhyidin memegang Menteri KDN & HEP, harga barangan tidaklah melambung tinggi semuanya terkawal kerana beliau menitik beratkan pemantauan yang konsisten.

Selamat Berjuang!

PsyTroopers,
http://kembarapolitik.blogspot.com/

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cerpana,

Mak Cik juga ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada kamu.

Bagaimana raya tahun ini?

Tentang Harga barang-barang keperluan bila dah dekat hari perayaan nampaknya macam ini lah ceritanya tiap tiap kali. Sampai bila bila pun dan di mana mana pun tak akan berubah.

Peniaga mesti nak cari untung lebih sikit dan inilah masanya. Pengguna pun terpaksa bebelanja lebih sebab nak raikan hari hari bermakna seperti orang lain juga.

Bila Raya contohnya SEMUA orang masak rendang dan kueh mueh, maka permintaan untuk bahan bahan mendadak. Apa lagi harga pun mendadak.

Anonymous said...

Salam CERPANA,

ad kebaikan juga untuk dilaksanakan dan ad juga pendekatan dan stratigek yg menarik dn boleh diterima untk perlaksanaan.. harap utarakan kpada pihak berkenaan supaya ianya dpt terlaksana ..
sekurang-kurangnya dr tulisan Tuan sbelum ini jgk ad suatu pemikiran yang dpt diapditasikan bg perancangan dn strategik yg menarik dan suatu pemikiran yg melangkaui batas perubahan yg dimahukan..

Melayu Boleh said...

diaorang memang suka ambik kesempatan .....nak untung lebih lah tuuh