Saturday, September 13, 2008

BERPEMILIK WALAUPUN TIDAK BERPENGHUNI

Walaupun isu berkaitan tuntutan Pulau Batu Putih telah berakhir lama dan telah diputuskan haknya oleh Mahkamah Keadlian Dunia (ICJ) kepada Singapura pada 23 Mei 2008, sementara Batuan Tengah adalah milik Malaysia dan status Tubir Selatan pula akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak namun sehingga ke hari ini saya masih berkeyakinan bahawa Pulau Batu Putih itu tetap menjadi milik Malaysia namun atas sebab hujah dan surat yang dinyatakan oleh Singapura bahawa Johor tidak menuntut apa-apa ke atas pulau tersebut maka pulau tersebut telah terlepas hak milik kepada Singapura.

Terdapat 2 hujah dan alasan utama dari Singapura berkaitan hak pemilikan mereka ke atas Pulau Batu Putih seperti yang diputuskan oleh ICJ.

1. Hujah Pertama adalah berkaitan kedudukan mereka di kepulauan tersebut selama 150 tahun tanpa sebarang bantahan daripada Malaysia.

2. Hujah yang kedua adalah surat daripada pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada September 1953 yang memaklumkan kepada Singapura dengan menyatakan bahawa Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Putih.

Seharusnya yang perlu diberikan penekanan utama oleh Malaysia adalah supaya Singapura mengakui secara dasar dan rasmi bahawa pemilik hak asal Pulau Batu Putih adalah hak Kerajaan Johor.Kenyataan Singapura yang menyatakan mereka telah menduduki dan seterusnya memiliki tempat tersebut sejak 150 tahun tanpa sebarang bantahan dari Malaysia adalah tidak releven kerana jika Singapura menggangap bahawa mereka adalah pemilik dan Pulau Batu Putih adalah hak milik mereka kenapa dengan tiba-tiba pada tahun 1953 telah menghantar surat secara rasmi kepada kerajaan Johor menyanyakan mengenai kedudukan dan status pulau tersebut kepada Kerajaan Johor, jika dikatakan dan menyakini Pulau Batu Putih adalah hak milik mereka sejak 150 tahun yang lalu kenapa perlu bertanya mengenai pulau tersebut kepada pihak yang diangap bukan dari pemiliknya.Adalah pelik jika seseorang menyanyakan sesuatu barang kepada seseorang yang tidak ada perkaitan dan hak mengenainya.

Secara dasar Singapura telah mngakui pulau tersebut adalah masih hak milik Kerajaan Johor dan secara tidak rasmi telah membuatkan mereka berikingginan untuk bertanyakan dari kerajaan Johor mengenai kedudukan dan status pulau tersebut dan seterusnya dengan secara rasmi telah menghantar surat rasmi kepada kerajaan Johor berkenaan status dan kedudukan Pulau Batu Putih pada kedudukan kerajaan Johor dan dengan itu secara rasmilah Singapura sendiri telah mengakui terlebih dahulu pulau tersebut "berpemilik walaupun tidak berpenghuni" jika tidak Singapura tidak akan bertanyakan kedudukan dan status pulau tersebut kepada kerajaan Johor ,jika Johor tidak memilikinya dan menggangap Singapura yang memilikinya sejak 150 tahun dahulu dan sepekara yang paling penting kerajaan Johor tidak boleh dan dapat memberikan sesuatu yang mereka tidak mempunyai hak keatasnya dan dipetik kenyataan Duta Kelana di Kementerian Luar Republik itu Tommy Koh ketika menutup kes berhujah " Pada tahun 1953 ketika Johor merupakan sebuah negeri berdaulat di bawah undang-undang antarabangsa, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dengan kapasiti rasmi kerajaan telah memaklumkan kepada kerajaan Singapura bahawa Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Putih" maka jelaslah sudah di ibaratkan sudah terang lagikan bersuluh kenyataan Singapura yang menyatakan memiliki pulau tersebut sejak 150 tahun yang lalu tidak berasas sama sekali kerana dengan sendirinya ada menyatakan hak milik pulau tersebut adalah milik kerajaan Johor dan jika tidak mengapa menghantar surat bertanyakan kedudukan pulau tersebut dan jika Johor tidak mempunyai hak untuk diserahkan dan menyerahkan sesuatu maka Singapura tidak perlu untuk menuntut apa-apa dari kerajaan Johor kerana Johor tidak boleh memberi apa yang ia tidak ada atau milikinya dan jelas sama sekali jika Johor tidak mempunyai hak ke atas Pulau Batu Putih, Singapura tidak perlu membuat apa-apa tuntutan dari Johor dan sekiranya Johor tidak mempunyai hak maka jelas ia tidak mempunyai hak untuk menyerahkan Pulau Batu Putih kepada Singapura dan dengan itu walaupun pulau tersebut tidak berpenghuni kerana tiada seorang pun yang sangup membina rumah kediaman disitu kerana tiada sebarang apa-apa aktiviti kehidupan dapat diperbuat disitu maka pulau itu tetap kekal sebagai berpemilik walaupun tidak berpenghuni.

Berkenaan dengan surat balasan dari Pemangku Setiausaha Kerajaan Johor yang menyatakan Johor tidak tidak membuat sebarang tuntutan hak milik ke atas Pulau Batu Putih yang ditadbir Singapura ketika itu lebih dilihat sebagai satu kenyataan ringkas dan padat berkenaanya kerana untuk apa perlu Johor menuntut pulau tersebut sedangkan pulau tersebut adalah hak milik kerajaan Johor dan tidak perlu Johor bersusah payah untuk perlu membuat tuntutan dari pihak yang bukan pemiliknya dan mereka yang hanya sebagai pengendali rumah api disitu. Jika Johor ingin membuat tuntutan dan mengambil baliknya apa lagi yang dapat Johor perolehi kalau sekiranya diambil balik dari Singapura sekalipun apa yang boleh Johor dapat perbuat disitu yang tempatnya hanya sebesar padang bola yang sebahagian besarnya telah dibuat pembinaan rumah api disitu tidak mungkin kerajaan Johor hendak membina sebuah lagi rumah api baru disitu. Telah diakui bahawa tempat tersebut hanya sebagai rumah api untuk kegunaan isyarat laluan kapal-kapal pedagang yang melalui perairan di kawasan tersebut dan sehingga bila-bila pun tempat itu tetap menjadi rumah api yang tidak mungkin Johor akan merobohkanya untuk membina rumah teres disitu kerana rumah api disitu tetap mempunyai kepentingan dan kegunaan bagi laluan kapal-kapal pedagang yang melalui perairan disitu lebih-lebih lagi ia mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

Kenyataan yang dibuat Singapura dengan menyatakan Malaysia hanya berdiam diri dalam setiap pekara dan tindakan yang dilakukan oleh Singapura ke atas pulau tersebut seperti yang turut ditunjukan oleh Malaysia ketika republik itu membuat keputusan membina tapak pendaratan helikopter pada 1992 dan rumah radar pada 1989 di pulau tersebut tanpa sebarang bantahan dari Malaysia dan dalam pada masa yang sama ia pula menyatakan republik terbabit tidak pernah merujuk atau mendapatkan keizinan daripada Malaysia dan bagaimana Malaysia hendak membantah atau memprotes tindakan yang dibuat oleh Singapura sedangkan pada satu masa menggangap Malaysia tidak membantah dan hanya berdiam diri dan satu kenyataan lain menyatakan ia tidak pernah merujuk dan meminta keizinan Malaysia untuk berbuat sesuatu di pulau tersebut jika ia tidak memberitahu Malaysia terlebih dahulu apa yang akan diperbuat di pulau tersebut maka jika Malaysia mengetahui Singapura akan membina lebih-lebih lagi rumah radar tentulah awal-awal lagi Malaysia akan membuat bantahan tetapi setelah siap barulah Malaysia mengetahui pembinaan tapak pendaratan dan rumah radar telah dibina disitu dan hendak membantah pembinaanya diangap sudah terlambat dan terlewat kerana ia sudah pun dibina ia sama seperti dalam konteks keadaan yang dilihat Malaysia hanya berdiam diri tidaklah boleh dianggap Malaysia memperakui dan mempersetujui dengan apa sahaja yang dilakukan oleh Singapura contoh yang terdahulu berkenaan Perjanjian Air 1961 dan1962 selama 20 tahun diantara Malaysia dan Singapura dimana setelah tiba masa bagi perjanjian itu dibuat dan dirujuk semula pada tahun 2002 maka Malaysia telah terlepas pandang berkenaanya kerana ianya merupakan satu jangka masa yang terlalu panjang. Singapura juga dilihat tetap mendiamkan diri mengenainya dan Malaysia hanya tersedar setelah tarikh untuk rujukan semula itu telah berakhir dan Singapura menggangap bahawa Malaysia hanya berdiam diri dilihat sebagai memperakui dan bersetuju secara langsung untuk tiada rujukan dan rundingan harga dibuat semula tetapi selepas menyedari berkenaanya Malaysia telah menyatakan semahu-mahunya hendak mengkaji semula berkenaan harga air yang dibekalkan kepada Singapura yang telah selama 60 tahun yang diberikan pada satu kadar harga 3sen setiap 1,000 gelen yang bolehlah diangap sudah tidak releven dan munasabah lagi pada masa sekarang kerana sikap Singapura yang mahukan sesuatu yang murah tetapi satu masa yang lain menjual air yang telah dirawat kepada kapal-kapal perdagang dengan nilai kadar harga yang lebih berpuluh-puluh kali ganda dari yang dibayar kepada Malaysia. Maka jelaslah Singapura hanya mengambil kesempatan di atas sikap Malaysia yang berdiam diri dan sikap berdiam diri Malaysia juga digunakan untuk memiliki Pulau Batu Putih walaupun telah di zahirkan pulau itu walaupun ia tidak berpenghuni tetapi tetap berpemilik.