Tuesday, November 4, 2008

ZAMAN DAH BERUBAH

DAP-Parti yang liberal yang memperjuangkan kesaksamaan kepada semua dan menentang sebarang agenda yang menjadikan Malaysia negara islam, pemimpin utamanya Lim Kit Siang dan Karpal Singh dengan lantang sebarang cadangan mahupun usaha untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara Islam walaupun kenyataan dahulu yang dibuat kerajaan bahawa Malaysia adalah negara islam dengan cepat mereka melenting dan mempertikaikan mengenainya.
PAS- Parti yang mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam dengan pelaksanaan hukum - hakam Islam dan hukum hudud bagi sistem perundangan negara dan menerapkan nilai-nilai islam dalam kehidupan manusia namun kadang kala terdapat perkara yang terlalu dicampur adukan hal agama demi perjuangan politik.
PKR- Parti yang mahu menjadikan sistem perundangan negara adalah adil tanpa dicampur oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan peribadi. Menjadikan penghapusan amalan rasuah sebagai agenda utama dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih dari sebarang korapsi yang bertujuan kepentingan peribadi.Namun masih terlalu banyak cabang dan liku krisis berkepentingan politik dalam membuat suatu perkara yang kadang-kala terlalu memperjuangkan kehaksamarataan tanpa mempedulikan hak dan ketuanan bangsa serta agama.
UMNO- Parti yang masih diyakini mampu untuk membawa suatu perubahan arus keadaan yang lebih konsisten di masa mendatang untuk kebaikan semua pihak tanpa mengikis hak dan kelebihan kestimewaan bagi orang Melayu tetapi masih berada dalam keadaan polimik yang tidak menentu akibat terlalu campur tangan politik dan orang-orang yang berkepentingan didalam sesuatu pekara.
Walaupun pembankang telah lebih ramai dan kuat tetapi itu tidaklah bermakna dan menjanjikan apa-apa perubahan yang lebih dinamik lebih-lebih lagi dalam menjadikan negara dan rakyat mempunyai kestabilan hidup dan kehidupan yang baik dan berkualiti atau dapat memberikan satu taraf kehidupan yang lebih menjaminkan pada masa hadapan tanpa ada satu usaha bersama ke arah menjadikan kehidupan rakyat lebih terjamin dalam menjalani kehidupan seharian yang tidak dari saban hari dan tahun lebih dibebani dengan taraf kehidupan dan hidup yang serba bermaslah dan kekurangan. Amat diketahui akibat dari peningkatan taraf kehidupan ekoran langkah kerajaan menaikan harga minyak telah membuatkan rakyat tiada tempat untuk mengadu nasib dan masalah selain memberikan masej peringatan dengan mengundi parti pembangkang di masa Pilihanraya Umum yang lepas walaupun menyakini parti pembangkang juga tidak boleh mengubah dan berbuat apa-apa namun cara itu sahaja supaya dilihat pihak kerajaan tidak boleh bebas dan berhak mutlak untuk berbuat dan membuat apa-apa langkah dan keputusan tanpa mempedulikan nasib dan tahap kehidupan rakyat yang semakin terbeban.
Jika kerajaan ingin menaikan harga minyak sebelum ini dan masa yang mendatang rakyat tidak dapat sedikit pun mempunyai kuasa dan hak untuk menghalang dari sekadar menerima dengan hati dan perasaan yang penuh kegelisahan. Perkara pokok dan utama yang akan terjadi dari kenaikan harga minyak dipasaran adalah kenaikan harga barangan dan seterusnya peningkatan taraf kos kehidupan yang semakin meninggkat dan terus membebankan. Jika kerajaan mahu taraf kehidupan rakyat tidak terus meningkat dan terbeban ekoran kenaikan harga barangan Kerajaan seharusnya lebih berhati-hati dan berpandangan jauh dalam setiap tindak-tanduk dan keputusan yang ingin dilaksanakan kerana jika kerajaan tidak menaikan harga minyak sebanyak 78sen dahulu dengan tergesa-gesa dan menunggu hanya 2 bulan sahaja maka harga barangan kini masih ditahap yang sama dan tiada peningkatan jika kerajaan tidak menaikan harga minyak di waktu itu dan walaupun usaha kerajaan untuk mengkaji perubahan harga minyak setiap bulan mengikut harga pasaran dan telah beberapa kali dikurangkan harga minyak dipasaran namun keadaan harga barangan dipasaran masih terlalu sukar untuk dikurangkan walaupun perubahan harga minyak yang diturunkan sebanyak 3 kali sebelum ini maka usaha kerajaan untuk tidak membebankan taraf kehidupan rakyat dapat dibuat dan dilaksankan demi memastikan kehidupan rakyat yang lebih terjamin di masa-masa yang mendatang. Walaupun langkah yang diumunkan itu adalah dari pemimpin tertinggi negara namun adakah atas dorongan dan desakan pihak yang terlibat secara langsung didalam perbincangan dan mesyuarat yang diadakan itu lebih menberikan satu asas dorongan untuk seorang peminpin negara menyetujui langkah menaikan harga minyak itu dan semestinya mungkin walaupun langkah itu tidak populer namun langkah tersebut dianggap salah dan tersilap jika perlu difikiran terlebih dahulu kehidupan rakyat sendiri di masa yang mendatang mungkin pihak yang turut terlibat sama dalam setiap perbincangan dan mesyuarat perlu pikul bersama tanggungjawab atas dari pandangan dan dorongan yang diberikan sehingga kerajaan melaksanakan langkah tersebut. Itulah antara hakikat yang kerajaan harus akui yang tidak semua langkah dan dasar yang dibuat dan dilaksanakan itu dapat memberikan suatu perancangan dan keputusan yang baik lebih-lebih lagi bila melibatkan keadaan dan kehidupan rakyat sendiri.
Parti Pakatan yang ada sekarang bukanlah satu parti yang kuat dan terjamin kerana diakui idiologi dan perjuangan yang dibawa ternyata berbeza dan berlainan. Jika PAS membawa perjuangan berteraskan agama dan memperjuang dan memartabatkan agama Islam dalam madah perjuangan parti maka parti DAP yang diketuai oleh Lim kit Siang dan Karpal Singh itu sendiri telah awal-awal lagi membangkang dan mempertikaikan akan kewujudan sebuah negara Islam di Malaysia dan apakah boleh diteruskan langkah perjuangan itu jika ada pihak yang secara terang-terangan menentang sebarang usaha kearah itu jadi di manakah titik noktah dalam apa yang diperjuangkan oleh PAS menerusi dalam Pakatan Rayat ini dan jelas diketahui Pakatan ini hanya dibentuk untuk perjuangan dan kepentingan politik semata-mata kerana jika dilihat jika tidak dibuat parti secara pakatan ini mana mungkin dan sampai bila-bila pun parti politik selain BN dapat memenanggi dan menarajui tampok pemerintahan negeri dan seterusnya pemerintahan negara kerana jika tidak dibuat pakatan secara ini walau parti yang bertanding menang sekali pun pasti tidak mampu juga untuk dapat mendapat hak mijoriti memerintah sesebuah negeri tersebut dan dengan langkah dan perancangan sedemikian jugalah baru parti Pakatan Rakyat dapat memerintah di 5 buah negeri dan jika dipecahkan kembali parti dalam Pakatan Rakyat itu hanya Kelantan sahajalah yang masih didalam pemerintahan PAS.
Jelas diketahui bahawa telah terdapat syarat dan peraturan yang mesti dipatuhi parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat ini dan salah satunya adalah tidak boleh terlalu mempertikaikan keputusan dan perkara-perkara yang telah dibuat oleh angota Parti kompenan didalam pekara yang melibatkan hal politik dan dasar pelaksanaan yang ada dan telah diperkenalkan di setiap peringkat dan puncuk pimpinan parti.Seperti mana jika kerajaan melakukan sesuatu kesalahan dan kesilapan maka seperti tidak cukup tanah hendak dihentam dan diperkatakan tetapi jika didalam parti kompenen itu sendiri turut juga melakukan kesilapan dan kesalahan hanya di ibaratkan manusia tidak lari dan lali melakukan kesalahan jika kerajaan memperkenalkan Islam Hadhari maka pelbagailah kata-kata ketidakelokan yang didengari tetapi jika sahabat mereka sendiri melakukan keslahan nyata dan dengan sendiri menyatakan zina adalah di ibaratkan sedekah hanya kata-kata kesilapan penggunaan maksud dan ayat yang didengar tetapi jelas telah melakukan perbuatan tersebuat dan menggaku sendiri tetapi parti yang dikatakan memperjuangkan agama hanya duduk diam dan membiarkan tanpa berkata sehebat kata-kata jika itu datangnya dari pihak kerajaan kerana jika dilihat dalam Islam Hadhari hanya di perkatakan menggenai pendekatan prinsip seperti keimanan dan ketakwaan kepada Allah atau penguasaan ilmu pengetahuan dan apakah salah dan silap jika kita perlu menerapkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah atau apa salahnya dan tidak elok jika perlu ada penguasaan ilmu pengetahuan lainlah dalam prinsip Islam Hadhari itu di keimanan dan berharta atau berzina adalah sedekah maka perbanykan zina dan sedekah dan jika itulah antara prinsip Islam Hadhari maka memang jelaslah tidak perlu parti PAS yang mengutuk mengenaiya maka rakyat sendiri akan menentangnya sendiri. Jika semasa di dalam Dewan Perlimen juga yang sewaktu itu terdapat isu yang membabitkan soal hak beragama dan kes-kes murtad yang berlaku ahli parlimen DAP dari bukit mertajam bangkit dengan menyatakan jika penganut agama lain ingin masuk agama lain mereka bebas tetapi adakah dengan islam tidak sama dan wakil PAS yang ada tidak sedikitpun bangkit dan bangun menerangkan berkenaan konsep Islam yang sebenar kerana kenapa tidak boleh sedemikian tetapi dari seorang wakilnya yang hanya mencelah dengan menyatakan perlu mengkaji apa yang ada dan hanya jawapan yang sependek dan seringkas itu sahaja yang dapat diungkap dari PAS sebuah parti yang selama ini lantang memperjuangkan agama dan jika dipihak kerajaan dengan lantang dan beribu-ribu patah cemuhan didalam syarahan dan ceramah-ceramah akan diperkata dan diperjajakan tetapi jika sahabat mereka sendiri mepertikai dan menyoalkan mengenai Islam sendiri hanya itu sahaja yang dapat diungkap . Jika mereka adalah parti yang dilihat mempunyai pengetahuan dan kehebatan dalam memperjuangkan islam mengapa mereka sendiri tidak bangkit dan menyatakan hal yang sebenar mengenainya. Susah dan takutkah sangat jika mereka menyatakan bahawa apa yang telah ditetapkan didalam ajaran agama islam jika seorang yang telah keluar dari islam dan murtad akan dihukum bunuh dan tidak boleh sewenang-wenangnya keluar dan masuk islam kerana iktikad seseorang itu perlulah teguh dan mempercayainya tanpa unsur keraguan dan was-was jika telah menganut agama islam dan jika dikatakan Islam adalah agama terakhir yang boleh dianuti oleh seseorang yang sebelum ini berlainan agama maka biarlah dikatakan Islam adalah agama yang terakhir yang boleh dianuti kerana jika telah masuk agama islam dan selepas itu tidak boleh menukar agama yang lain maka itu adalah ajaran dan peraturan yang telah ditetapkan dan katakanlah bahawa undang-undang dan syarat itu bukan dibuat oleh manusia tetapi telah ditetapkan sendiri oleh Tuhan sejak dari terdahulu lagi dan bukanlah baru dicipta di Parlimen atau dibuat dan digubal oleh manusia dan katakan kepada mereka apakah mereka tidak rasa bersalah dan berdosa jika tidak mengamalkan sesuatu yang telah menjadi ketetapan didalam ajaran agama mereka pasti mereka akan menyatakan akan bersalah dan dilihat seorang penganut yang tidak setia dengan ketetapan ajaran agamanya dan begitu jugalah dengan ajaran didalam islam jika tidak mengamal dan melaksanakan perintah yang telah ditetapkan akan selama-lamanya bersalah dan berdosa jadi dimana silapnya jika itu adalah dari keteapan ajaran islam yang telah ditetapkan oleh tuhan sejak dahulu lagi dan bukanya ianya dibuat dan dicipta oleh manusia pada waktu ini.
Walaupun orang yang sepandai yang menjadi peguam yang menjadi presiden Bar Council hanya meremehkan agama Islam yang hanya dilihat ingin menjatuhkan maruah agama lain dengan menganjurkan forum-forum terbuka yang hanya memnceritakan sesuatu yang buruk dengan supaya dapat gambaran yang tidak elok jika menganut agama islam maka tidakkah hanya terfikir mana ada ajaran agama di dunia ini yang menyuruh penganutnya supaya tidak bertanggunjawab terhadap diri dan keluarga dan jika ada sikap sedemikian ia langsung sedikitpun tidak melibatan di dalam ajaran agama dan hanya dilihat lebih kepada sikap yang tidak bertanggungjawab dari seseorang itu sendiri dan bukanlah salah agama yang dianutinya. Masih terlalu banyak lagi yang boleh diperkatakan lagi mengenai hal dan perkara yang lain namun biarlah yang hanya beberapa ini dijadikan renungan dan iktibar untuk difikirkan bersama dan kita dan seluruh rakyat tidak mahu hanya pelbagai soalan-soalan yang hanya ditanya tetapi sesuatu langkah dan cara serta usaha pendekatan bersama langsung tidak ada di cadangkan dan dibuat kita bukan minta papan tanda yang diubah tetapi kehidupan rakyat yang seharusnya dapat diubah.

5 comments:

Anonymous said...

Salam Cerpana,

teruskan menulis tntng apa jua perkara yang dpt memberikn kbaikan bersama ..pendapat cerpana mmng ad bnyk kebenaranya..

Anonymous said...

Salam saudara,

dh memang thu dirang mmng bukan boleh buat apa pun untuk kesejahteraan rakyat asyik tunjuk pndai cari salah orang mcm diri sendiri dh macam nabi bersifat maksum x pernah ad nak buat salah nabi tu pun hatinya dicuci dan dibersihkan oleh malaikat dari air di syurga jd manusia yg biasa ni tak kan hati dan terlampau suci bersih sampai bersifat maksum x pernah nak wat kesalahan dlm dunia ne..

Anonymous said...

BANYAK YG DAPAT DIFIKIRKAN BERSAMA UNTUK KEBAIKAN SEMUA. PERLU BERUBAH DENGAN PENDEKATAN YANG LEBIH KOMPREHENSIF DAN DH MALAZ NAK LAYAN ASYIK BERTEKAK DKAT PARLIMEN TP SATU HAPAK PUN X DER.
TRUSKAN MADAH PERJUANGAN.

Anonymous said...

Salam cerpana,

satu penjelasan yang rasional dan bagus kalau cerpana sendiri dapat berada di Parlimen klau stiap perkara dapat dijawab seumpama itu yg penting jangan terlalu obses dn takut nak menengakan kebenaran kerana nak menjaga sifat puak kepartian dr menjaga maruah agama dan bangsa.

sumandak bayu said...

Salam Bro

Setuju dengan resolusi yang dibuat