Monday, December 15, 2008

TOYOTA CAMRY VS EUROCOPTER

Keputusan kerajaan negeri Perak menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri disifatkan sebagai suatu keputusan yang di ibaratkan mengata orang kayu serpih mengata orang dia yang lebih, masih ingatkah persoalan dan kencaman yang ditimbulkan di parlimen berkenaan pembelian helikopter Eurocopter EC725 yang di persoalkan pembelianya oleh kerajaan kerana dikatakan tidak menjalankan ujian pemanduan, penilaian fizikal dan teknikal dan prospek berkaiatan perundingan harga serta tender pembelian terbuka dan dikatakan pembelian dibuat hanya berpandukan katalog sahaja.

Tetapi bila kini dipihak mereka hendak membeli sebuah kereta toyota camry adakah perkara-perkara yang mereka nyataklan dahulu diguna pakai oleh mereka adakah ujian pemanduan ada dilakukan , kajian fizikal dan teknikal ada dibuat, rundingan harga dan tender persaingan ada dilakukan, adakah mereka juga hanya berpandukan kepada katalog sahaja untuk terus dibuat pemilihan pembelian.

Mungkin banyak perbezaan antara kenderaan ketenteraan dengan kenderaan pengunaan biasa jika kenderaan ketenteraan tidak hanya tertakluk pembelian yang hanya difikirkan kehebatanya sahaja tetapi terdapat skop dan penilaian yang lain yang perlu dititikberatkan. Jika difikirkan kehebatan sudah tentulah keluaran produk ketenteraan dari Amerika adalah lebih disifatkan terhebat dan tercangih tetapi kenapa pembelian tidak tertakluk kepada peralatan ketenteraan yang cangih dari Amerika semata-mata, jika kita membeli peralatan dan kelengkapan ketenteraan dari Amerika seperti pembelian jet pejuang F18-superhornet dan Singapura secara dasar memang membeli perlatan ketenteraan dari negara itu juga dan negara tersebut memiliki pesawat pejuang yang sama dengan kita sudah pasti dan tentu segala kelebihan dan kelemahan yang ada telah dimaklumi dan diketahui dan sudah pasti jika terlibat dalam pertempuran pihak lawan sudah memahami keupayaan kita setakat mana dan jika dapat dirampas pesawat jenis yang sama sudah pasti boleh digunakan oleh pihak musuh untuk mensabotaj pihak lawan.

Jika dilihat senjata yang dimiliki oleh ATM sekarang antara senjata yang ontensif seperti Kereta kebal utama dari Poland PT91M, pesawat pejuang SU-30 dari Rusia, pelancar perluru berpandu berganda Astross II (300mm) dari Brazil , Alteleri G5 (155mm) dari Afrika Selatan, kapal selam Scorpone dari Perancis maka dilihat persenjataan yang ada adalah dari pelbagai negara dan tidak tertaluk kepada pembelian dari negara dan persenjataan yang populer semata-mata kerana mempunyai dasar strategik ketenteraan dan sebab itulah apabila Malaysia memiliki pesawat pejuang Sukhoi -30 dari Rusia maka Angkatan Tentera Udara Singpura telah menjalani latihan usahasama ketenteraan udara dengan Tentera Udara India kerana negara India juga memiliki pesawat pejuang Sukhoi yang sama dari Rusia oleh itu dengan menjalani latihan udara bersama dengan Singapura membawa pesawat F-18hornet dan tentera India membawa pesawat Sukhoi dari Rusia maka dapatlah mereka mengetahui sedikit sebanyak kehebatan dan taktik yang perlu dihadapai sekiranya berhadapan dengan pesawat pihak lawan jika pertempuran berlaku melibatkan pesawat yang sama cangih dan hebat di abad ini.

Jadi apakah pembelian kelengkapan ketenteraan yang lain perlu di ikut kata telunjuk oleh ahli yang bergelar Yang Berhormat semata-mata sedangkan pengetahuan dan bidang mereka hanyalah kepada soal politik tanah air semata-mata dan tidak mempunyai pengetahuan dan mengetahui pengetahuan dan rahsia taktikal dalam ketenteraan yang mereka lihat kerajaan membeli berdasarkan katalog semata-mata dengan tidak dibuat pengujian terlebih dahulu tetapi adakah syarikat pengeluar dan pembuat pesawat tempur dan perang ini hanya membuat pesawat yang alar kadar dan biasa atau hanya membuat pesawat kapal terbang kertas sahaja yang hendak dipertikaikan tahap dan kualiti pesawat yang dibina mereka jadi sudah tentulah mereka akan membuat yang terbaik kerana jika sekali terjadi keburukan atau apa-apa permasalahan tentu sahaja mereka sendiri akan terjejas dan tidak akan dipercayai lagi tentang mutu dan kehebatan pesawat yang dikeluarkan mereka dan seterusnya tiada pihak lain yang akan membeli produk ketenteraan dari syarikat mereka.

Baru-baru ini pula PAC telah mengesyorkan kembali supaya kerajaan menimbang semula pembelian Eurocopter sepertimana kenyataan akhbar pada 16 Disember 2008.

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan kerajaan menimbang semula penangguhan pembelian Eurocopter EC725 bagi menggantikan helikopter Nuri memandangkan aset tersebut mempunyai beberapa kekangan.

Mengambil kira bahawa helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu selamat digunakan sehingga 2015, PAC dalam laporan yang diedarkan kepada anggota Dewan Rakyat mencadangkan supaya pembelian pesawat dibuat selewat-lewatnya pada 2011.

“Ini kerana proses penyiapan helikopter itu memakan masa tiga tahun dan latihan penerbangan pula selama setahun,” menurut laporan PAC mengenai pembelian helikopter Eurocopter EC725 itu.

Dalam laporan itu juga, PAC memutuskan proses perolehan Eurocopter EC725 dibuat selaras dengan prosedur sedia ada dan garis panduan yang diterima pakai oleh Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) berkaitan perolehan kerajaan.

PAC menyatakan, keputusan itu dibuat berdasarkan penjelasan daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan mengenai pembelian helikopter tersebut.

Bagaimanapun, bagi memastikan bahawa pembelian itu berbaloi dengan nilainya, PAC mengesyorkan supaya Panel Penilaian Bebas diwujudkan untuk memberi nasihat terhadap perolehan tersebut.

“Panel penilai bebas ini hendaklah terdiri daripada pakar dalam bidang berkaitan dan pelantikannya boleh diuruskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri,” menurut laporan itu lagi.

Laporan yang menyatakan pandangan dan syor PAC berhubung isu tersebut telah diedarkan kepada Ahli Parlimen pada 4 Disember lalu dan diberikan kepada pihak media hari ini.

Dalam laporan itu juga, PAC menyatakan ia tidak dapat menentukan sama ada kos pembelian Eurocopter EC725 itu mahal atau sebaliknya jika dibandingkan dengan pembelian oleh negara-negara lain.

PAC dimaklumkan bahawa keperluan ketenteraan adalah berbeza antara sesebuah negara dengan negara lain dan PAC mengesyorkan supaya Kementerian Pertahanan dan agensi pusat merundingkan semula harga dengan pembekal yang dipilih kerana perolehan itu belum dimuktamadkan.

“Bagi tujuan ini, kajian pasaran perlu dijalankan oleh Kementerian Pertahanan untuk dijadikan asas dalam rundingan harga tersebut,” katanya.

Dalam laporan itu, PAC memperakukan bahawa pemilikan helikopter yang mampu memenuhi keperluan TUDM dan negara adalah satu keperluan pertahanan negara, khususnya bagi menggantikan pesawat Nuri yang telah menjangkau usia perkhidmatan melebihi 40 tahun.

PAC turut menyatakan perasaan kurang senang dengan ketiadaan penerbangan ujian dan penilaian fizikal yang dilakukan secara khusus semasa proses penilaian walaupun telah dimaklumkan bahawa terdapat juruterbang penguji TUDM telah menguji pelbagai jenis helikopter sejak 1994.

Oleh itu, PAC mengesyorkan supaya Kementerian Pertahanan atau TUDM memberi perhatian terhadap keperluan penerbangan ujian dan penilaian fizikal bagi perolehan pesawat pada masa hadapan.

PAC turut mencadangkan supaya TUDM membuat pemantauan dan pemeriksaan rapi sepanjang proses penyiapan helikopter Eurocopter EC725 berkenaan.

“Kementerian atau TUDM hendaklah juga memastikan setiap bayaran dibuat selaras dengan kemajuan kerja yang dilaksanakan serta memastikan pemeriksaan pra penghantaran dan ujian serta pentauliahan dilakukan sebelum pembayaran akhir dibuat,” kata laporan itu.

Selain itu, PAC menyarankan supaya Kementerian Pertahanan mendapatkan pandangan Peguam Negara sebelum kontrak perolehan helikopter itu ditandatangani bagi memastikan ia mengandungi syarat-syarat selain menyatakan spesifikasi pesawat dengan jelas bagi menjamin kepentingan kerajaan.

Sudah tentulah kita tidak mahu melihat korban atau pesawat Nuri yang terhempas lagi jika tidak segera dilakukan pembelian bagi mengantikanya dan berkaitan dengan pertahanan negara dari persoalan pihak lain yang hanya tahu mengutuk dan menghentam sahaja apabila ia juga merupakan suatu kepentingan awam dari mereka yang tidak menilai diri sendiri atas keputusan yang dibuat yang hanya melibatkan kepentingan pembesar dan exco mereka sahaja yang menaiki kereta tersebut dari pesawat yang merupakan keperluan utama dalam dasar pertahanan negara jadi yang jelas bila dipihak yang melibatkan rakyat dan orang ramai mereka terlalu banyak kencaman dan pertikaian mengenayai tatapi bila dipihak mereka pelbagai 1001 alasan yang tidak rasional digunapakai untuk menunjukan kewajaran tindakan mereka.

Persoalan yang utama kenapa Kerajaan di Perak ini mahu menukar kereta V6 kepada Toyota Camry 2.4 dan jika hendak menukar kereta keluaran BMW, Mercs, Honda atau lain-lain yang lebih dilihat juga mempunyai lebih mutu dan berkualiti dan sumber dalaman yang jelas menyatakan bahawa salah seorang EXCO didalam kerajaan terbabit Ronnie Liu sebelum menjadi exco adalah seorang penjual kereta model Toyota dan setelah menjadi exco telah melepaskan jawatan tersebut dan walaupun melepaskan jawatan tersebut tetapi masih ada hubungan dan perkaitan dengan kawan-kawan yang seangkatan dengannya dahulu malah ada saudara yang terdekatnya juga adalah pengedar kereta Toyota.

Jadi tidak perlulah timbul soal ujian pemanduan, penilaian fizikal dan kajian teknikal dibuat, rundingan harga dan tender persaingan terbuka ada dilakukan dan yang nyata mereka juga hanya berpandukan kepada katalog sahaja untuk terus dibuat pemilihan pembelian.

Jelas setiap tindak-tanduk mereka hanya merupakan kepentingan kroni semata-mata kerana jika mereka benar-benar dikatakan bersederha hanya akan membeli sebuah kereta yang lebih murah dari sebuah kereta V6 dan bekereta biasa malah dulu boleh menunjukan gimik ke Parlimen dengan berbasikal adakah tidak boleh beserderhana dalam urusan pentadbiran mereka. Jika pihak kerajaan tidak membuat itu semua adalah kerana membeli dan menyokong produk tempatan tetapi mereka sendiri mengkhianati produk keluaran sendiri yang baru berusia beberapa tahun sedangkan jenama asing yang lain telah berpuluh-puluh tahun lamanya melalui proses mutu dan penambahbaikan dan jika kita sendiri tidak menyokong keluaran tempatan siapa lagi yang mahu membeli dan menyokong produk hasil kita sendiri dan ini juga memberi dan menjatuhkan imej kualiti produk keluaran kita sendiri kerana pihak dalam negara sendiri tidak mempercayai keluaran produk tempatan apakah orang yang berada diluar sana akan mempercayai dan menyakini mutu produk keluaran Malaysia sekirannya pihak dalam negara itu sendiri yang mempertikaikan mengenai mutu dan kehebatanya. Maka terus dan berterusanlah lagi dengan pelbagai rencah dan perkara baru yang akan terjadi dan menyusul yang akan berlaku yang walaupun pahit dan geram tetapi diterima orang lain dari keputusan yang dibuat oleh pakatan rakyat yang sebenarnya hanyalah pakatan politik semata-mata.


12 comments:

KAKIKUDA said...

Salam,

sebab tulah diorang nak beli toyota yerk tak honda ker bmw ker.. kalau dirang hentam kerajaan macam2 dikatakan kalau diorang siapa yg nak jd penghentam diorang..kalau krajaan hentam diorang x boleh msuk cmpur urusan krajaan ngeri lain tp bila dihentam ada juga slah krajaan yg ada skrng kereta keluaran sendiri pun dikutuk..

Anonymous said...

Salam,

Adalah tidak adil membezakan kualiti antara Toyota dan Proton kerana usia R&D Toyota sudah lama berbanding Proton yang terhad dari segi perkembangan R&Dnya.

Jika rakyat Malaysia dan lebih hampas pihak kerajaan negeri seperti Perak dan Selangor tidak menyokong Proton siapa lagi?

Dalam erti kata lain, pembangkang bersikap hipokrit. Tindakan Dato Said pun saya tentang, tindakan Perak dan Selangor pun lagi2 lah saya kutuk.

WAHABAT said...

Salam CERPANA,

lama cerpana tidak menulis.. sokong sepenuhnya apa yang diperkatakan langkah kerajaan negeri perak hanya memperlihatkan kerakusan dalam pemerintahan. semoga peristiwa hari ini dijadikan iktibar kepada semua untuk menyokong mereka di pilihanraya yang akan datang.

PERTIKAT said...

Salam,

pembangkang ni kalau kerajaan buat salah sikit habis dihentam sampai beratus tahun tapi bila diorang buat yang tak betul tu dikatakan salah kerajaan n kalau kereta tak berkualiti semua salah kan kerajaan juga sedangkan usia produk kereta kita ni tak lah berabad lamanya kalau nak dibandingkan dari jepun n luar negara semua tu..

Taminsari said...

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah 1430.
Semuga apa yang kita lakukan akan mendapat keredaan dari Allah swt.
Insya Allah.

Salam perjuangan
Taminsari
belantan.blogspot.com

Anonymous said...

THE DAY NAJIB KILLED ZAKARIA DEROS

1.On March 8th 2008, Malaysia’s opposition parties had won unexpected victories in the states of Kedah, Penang, Perak, Selangor and PAS maintained Kelantan

2.The BN was in serious trouble and could not believe that the economic powerhouses of Penang and especially Selangor had fallen.

3.Zakaria Deros, the assemblyman who was largely faulted for Selangor’s fall together with Khir Toyo was informed of an emergency UMNO meeting on the night of March 10th 2008 at Najib’s house.

4.However on arrival, Zakaria was surprised to see that there was no one there except for him, Najib and his bodyguards. “Where are the rest?” Zakaria asked. “This is a confidential meeting between the both of us only” Najib replied

5.Najib, then Defence Minister, came straight to the point. Remember 13th May 1969, the incident that my father was involved in? I want you to start a similar incident in Klang. I will call in the army and impose emergency rule afterwards. If you agree, you will be rewarded amply; otherwise you will pay heavily for your corrupt deeds and for the fall of Selangor.

6.Zakaria in his loud and gruff voice not only made it clear that he will not be a party to a riot in Klang but also barked at Najib that he knows well that Rosmah pulled the trigger to kill Altantunya and Najib Oked the C4 of the body.

7.Zakaria further screamed at Najib that he will expose this to the public.

8.The enraged Najib instructed his bodyguards who set upon Zakaria and beat him up till he became unconscious eventually suffocating him by strangling and killing him.

9.The well oiled team covered up the entire incident as Zakaria having a heart attack at just after midnight March 11th 2008.

10.His body was quickly brought back to his mansion in Klang, and sent off for burial in Malacca by late morning March 11th 2008.

11.Corrupted to the core though Zakaria was, he saved the people of Klang from falling for Najib’s evil calling although his sons did try to start an incident unsuccessfully in Telok Gong. Zakaria however paid a heavy price. His own death. If his body was excavated, apart from the strangulation, the injuries include multiple rib fractures, punctured lung and a possible a liver tear.

12.The depth of cruelty and evil that both Najib and Rosmah bear is unknown to many Malaysians. The country is really entering a very dangerous period of its history. UMNO’s culture since Razak, has been that the end justifies the means. Malaysians will now have to decide how bloody this end is going to be.

look here : https://mt.m2day.org/2008/content/view/17456/84/

Faizal Zakaria's Blog said...

Sokong juga yang tempatan :-)



















p/s: Hormatlah Sikit Keputusan Sultan
p/s:Amaran Kepada Pemimpin Melayu

singamaraja said...

Auuum!

Buruk sangka itu fitnah yang besar

Melayu Boleh said...

Pembangkang tetap pembangkang kerjanya hanya bangkang macam ketam bangkang K ahh kah ha ka h
Bangkang bangkang bangkah biler nak habis daaaa.....Melayu Boleh

牛五花Orange said...

徵信社,徵信,徵信,徵信社,外遇,尋人,徵信公司,徵信,抓姦,徵信,徵信社,徵信,抓姦,抓姦,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信社,抓姦,徵信,外遇,徵信社,,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信社,徵信社,徵信,錄音,背叛,商標,商標,GPS,離婚

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI


IBU RISKA said...

Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE












Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE