Monday, February 23, 2009

TERIMALAH SEADANYA

Terlebih dahulu diucapkan selamat membaca kepada semua blogger yang ada dan membaca posting ini. sudah lama rasanya tidak posting berkenaan apa yang berlaku ketika ini dari peristiwa kejatuhan kerajaan Perak sehingalah kes-kes yang melibatkan salah laku dan kes moral dikalangan exco pembangkang dan yang lain-lain berkenaanya.

Kisah exco yang terlarang itu telah menjadi satu wacana yang memperlihatkan kedudukan dan kehidupan dari parti mereka sendiri bukanlah sebagus dan sesuci air embun yang tetap dikalangan mereka ada nafsu pada diri masing-masing. Telah diperlihatkan jika mereka menyatakan akan melaksanakan hukum hudud kepada gologan Islam sahaja dimana keadilan hukuman kepada golongan yang lain yang jika mereka turut melakukan kesalah yang sama ketika itu dan semasa zaman pemerintahan baginda Nabi sendiri hukuman itu dibuat kepada semua bangsa dan agama yang tidak dibuat kepada satu golongan sahaja kerana jika tidak jika ada 2 orang pencuri yang berlainan agama mereka maka yang Islam dikenakan hukuman potong tangan dan seorang lagi pencuri terlepas hukuman itu maka adakah adil jika mungkin pencuri yang tidak dipotong tangan itu akan mengulangi perbuatanya semula kerana hukuman yang berlainan dikenakan kepadanya yang masih mempunyai tangan dan daya kekuatan untuk mengulangi perbuatan tersebut dan perihal itu sendiri dibuat oleh kepimpinan mereka dan sanggup menungu walau 20 atau 30 tahun sekalipun untuk melaksanakanya mungkin akan dipertangungjawabkan kepada generasi yang akan datang dan tidak meraka di zaman ini.

Apakah kenyataan tuan guru itu menyatakan bahawa kita bebas dan tidak perlu disekat kebebasan untuk berbogel didalam rumah hanya dibuat untuk kenyataan umum kehidupan harian dan tidak dari kenyataan kisah sebenar exco tersebut yang berbogel kerana hal yang lain, mungkin penasihat tuan guru hanya menceritakan perihal hak kebebasan berbogel dan kejahatan orang yang mengambil gambar separuh bogelnya itu tetapi tidak dinyatakan dan diceritakan kisah sebenar sebelum exco itu tidur separuh bogel dan kenapa seorang lelaki yang bukan muhrim boleh sewenang-wenangnya berada dirumah seorang yang tidak ada perkaitan dengannya dan adakah lelaki yang masuk itu hanya sekadar datang makan dan minum atau menonton TV disitu dan bila seorang lelaki dan wanita berada berdua bersama tidak akan membuat lebih dari itu, tepuk tangan tanyalah pasangan. Jika ini dibuat dari pihak lawan mereka pasti tidak cukup kertas pembentangan hendak mereka adakan.



Apabila terjadi peristiwa dimana Ketua Menteri Perak yang terdahulu dari parti Pakatan Rakyat yang telah di minta oleh YM Sultan Kedah untuk berundur dan meletakan jawatan maka keadaan yang sebelum ini mereka akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Tuanku adalah diharapkan akan berpihak kepada mereka adalah tidak seperti yang diidamkan dan diharapkan dan apa yang terjadi adalah sebaliknya dimana keputusan yang dibuat itu adalah sebaliknya. Maka dari situlah satu persatu cara, perkataan dan perbuatan yang timbul dari mereka yang menyatakan tuanku tidak mengikut lunas perlembagaan yang telah ditetapkan mengikut undang tubuh kerajaan negeri Perak yang menyatakan Sultan hanya dibolehkan untuk memecat exco tapi tidak bagi memecat Ketua Menteri yang masih ada ketika itu. Keputusan yang dibuat oleh Tuanku Sultan itu dilihat telah menyebelahi pihak kerajaan BN dan banyaklah sekali pengkhabaran dan cerita desas-desus yang menyatakan Tuanku Sultan memihak kerajaan BN kerana mementingkan kedudukan dan kekayaan mereka tanpa mementingkan rakyat sendiri, namun jauh disatu sudut sebenarnya keputusan itu adalah sebaik dan sebetul keputusan yang dibuat.


Jika keputusan yang dibuat oleh Tuanku Sultan itu salah maka dimana letaknya kedudukan perkara yang sebenarnya seperti berikut :


DSAI merancang pada 16 September akan tertubuhnya sebuah kerajaan yang baru setelah 30 ahli Parlimen menyertai Pakatan Rakyat yang seterusnya Pakatan Rakyat memperolehi majoriti mudah membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan sedangkan 30 ahli parlimen yang sebelum ini bertanding adalah atas tiket BN dan semestinya keputusan dan kehendak rakyat pada ketika itu mahukan kepimpinan dari calon wakil rakyat BN dan bukanya dari parti lain.


Masalah atau punca adalah disebabkan oleh Wakil Rakyat dari wakil parti mereka sendiri kerana jika selama ini mereka mengatakan parti dan keadaan parti mereka yang berintigriti, telus dan tidak rasuah maka apakah orang-orang dari mereka sendiri terlalu mudah untuk dibeli dan digelapkan dengan wang ringgit, jika mereka mempunyai sikap dan hati yang memperjuangkan kehidupan rakyat sebenar sudah tentu mereka tidak akan terpedaya dan mudah mengikut pihak lain yang menawarkan wang kepada mereka dari sikap dan sifat yang telah diterapkan oleh parti mereka dahulu yang berkehendakan mereka bersih dan menjauhi rasuah tetapi rupanya harapkan pagar, pagar dah tumbang. Jika wakil parti mereka tidak keluar parti maka sudah tentulah tidak perlu bersusah payah hendak bersusah payah mengadakan Pilihanraya negeri Perak semula dan berdemontrasi sehingga berbaring diatas jalan raya .


Telah sedia maklum bahawa untuk mengadakan pilihanraya memerlukan perbelanjaan yang besar yang jika diadakan 2 pilihanraya kecil telah menelan belanja 10 juta maka apakan lagi satu negeri Perak maka bolehlah dibayangkan amaun kosong yang bertambah selepas angka juta yang dihadapan itu.


Keputusan yang dibuat oleh Tuanku Sultan itu merupakan satu perkiraan yang telah dibuat setelah mendapati jumlah kerusi yang sama dalam parti yang bertanding di negeri tersebut yang mana kedudukan 28 bagi BN dan 28 bagi PR maka kelebihan lagi 3 dari wakil yang sebelum ini dari PR maka telah keluar parti dan menjadi parti bebas maka jika kedudukan adalah seri maka satu kelebihan haruslah dicari oleh baginda untuk menentukan keadaan, maka baginda telah memanggil 3 wakil rakyat yang sebelum ini menjadi wakil PR dan telah mengumunkan keluar parti dan menjadi calon bebas maka dilihat sokongan lebih ke arah parti mana, maka ia menyatakan sekongan kepada BN maka BN lah yang diangap majoriti yang ada ketika itu maka apabila kerajaan parti yang majoriti sebelum ini maka telah dianggap dan diputuskan sebagai manoriti dan tidak layak dan boleh untuk menjadi pemerintah kerajaan negeri di situ maka lagi tidak adil jika PR yang memperolehi 28 kerusi dan BN 28 kerusi juga telah dipilih PR untuk memerintah sedangkan apa yang dikehendaki mempunyai untuk membentuk dan memerintah sesubuah kerajaan adalah memerlukan walau satu majoriti kerusi. Sepertimana kes di Kelantan walaupun Pas hanya memperolehi satu kerusi dengan hanya beberapa beza undi sahaja dari BN tetapi parti Pas yang menerajui pemerintahan di Kelantan.

Apakah sepatutnya jika mereka menyatakan sebelum ini mereka akan menerima apa sahaja titah dan keputusan yang dibuat oleh baginda namun bila tiba waktu baginda membuat keputusan yang tidak menyebelahi mereka maka dengan cepat dan taksub mereka mengeluarkan pelbagai perihal undang-undang dan bermacam-macam kata-kata yang di lihat baginda sultan tidak mengikut kehendak rakyat dan sehinggalah menyatakan biarkan makamah rakyat yang menentukan dan pasti jika kes yang dibawa ke makamah ini pun nanti jika keputusan tidak menyebelahi mereka pasti akan dinyatakan institusi kehakiman telah dipengaruhi oleh pemerintah dan bermacam-macam lagi andaian yang akan dibuat.

Terus terang dikatakan jika dari awal mereka mahu terus memerintah kerajaan negeri Perak maka kenapa mahu tanya Sultan terlebih dahulu kerana jika Sultan menyatakan sebaliknya mereka akan lebih menemplak dan sembah derhaka yang akan dibuat dan lebih baik mereka pergi kepada makamah rakyat yang dikatakan oleh pemimpin utama mereka tadi. Adakah bagus sekiranya mereka yang membeli nombor 3441 dan keputusan yang keluar 3442 apakah mereka akan marah kepada syarikat nombor ramalan tersebut yang nombor kehendak mereka itu tidak keluar sepertimana yang mereka harapkan sedangkan mereka akan menerima apa sahaja keputusan yang dikeluarkan lebih baik meraka tubuhkan sendiri syarikat agensi nombor ramalan mereka membeli satu nombor dan mereka sendiri yang menentukan nombor apa yang akan dikeluarkan nanti dan sudah tentulah nombor kehendak meraka akan sama sepertimana nombor yang mereka kehendaki,yang kena mereka dan dan yang bayar mereka sendiri juga.

Sepertimana yang berlaku jika baginda Sultan menjadi pengadil didalam sebuah pertandingan jika kedua-dua pasukan mendapat jaringan yang sama Pakatan Rakyat 28 dan BN 28 apakah dan kerana apakah baginda akan memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat sedangkan lawan mereka memperolehi mata yang sama dan lagi tidak adil jika keputusan yang seri itu diberikan kemenangan tanpa dibuat sesuatu yang akan mementukan kemenangan dipihak yang mana dan sudah tentulah kelebihan akan dicari menerusi masa tambahan dan tendangan penalti dan bila tendangan penalti telah dibuat 3 jaringan oleh BN maka sudah tentulah keputusan akan berpihak kepada yang mempunyai kedudukan yang lebih disitu dan apakah kemenangan akan dilihat dan dinilai kehebatan pihak bertanding semasa dipadang sedangkan jaringan yang akan menentukan segala-galanya walaupun pihak itu tadi dikatakan juara menungu dan johan sebelum ini dan tidaklah untuk adil perlu untuk masuk parti keadilan sahaja.

Ramai pihak yang mempertikaikan keputusan Tuanku diats pemilihan BN dalam membentuk kerajaan di Perak kerana menggangap keputusan yang dibuat oleh Tuanku dengan memecat Ketua Menteri Besar tidak terdapat didalam Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri kerana apa yang difahamkan oleh mereka yang Sultan hanya boleh memecat ahli exconya sahaja dan tidak Ketua Menteri tetapi itu adalah keadaan jika kududukan sesebuah parti memerintah itu mempunyai kedudukan majoriti tetapi apabila keadaan kerajaan sebelum ini mempunyai majoriti dan diatas sebab kedudukan dari bilangan kerusi yang diwakili oleh parti tersebut hilang dan telah menjadi menoriti disebabkab bilangan ahli yang mewakili parti mereka sebelum ini telah keluar parti dan menjadi Wakil Rakyat bebas dan sudah tentulah mereka tidak boleh membentuk kerajaan lagi kerana telah menjadi peraturan dan rasmi tubuh kerajaan mana-mana negeri, parti yang hendak menjadi kerajaan negeri mestilah mempunyai kedudukn majoriti yang lebih walaupun satu kerusi sahaja maka apakah Pakatan Rakyat mahu menjadikan hari ini dalam sejarah parti yang manoriti memerintah kerajaan dari parti yang majoriti yang sepatutnya layak memerintah kerajaan negeri tersebut.



Dalam isu yang melibatkan kerajaan perak kedudukanya adalah sama dimana PR dengan 28 kerusi dan BN 28 kerusi dan tidak adil jika kedudukan yang sama itu diberi suatu kemenangan dengan tidak melihat pihak sama yang boleh diberikan kedudukan sebagai pemerintah namun haknya dibiarkan kerana mahu mengikut kehendak sebuah parti sahaja maka ini juga tidak adil atas rakyat yang turut juga menyokong sebuah parti tersebut yang mana dilihat hak oleh mereka tidak dilihat dan dipedulikan kerana kepentingan yang telah dianggap manoriti itu dan telah jelas dimana kedudukan hak majoriti mestilah mengatasi yang manoriti.

Apakah perlu diadakan Pilihanraya yang besar semata-mata hanya mahu mengetahui siapakah yang akan memerintah dimana perginya suara dan undi yang baru sahaja rakyat negeri Perak yang dibuat sebelum ini semasa Pilihanraya Umum yang lepas adakah suara dan undi mereka ketika itu hanya dilihat tidak seberapa dan hanya pekara yang sudah lama atau lepas sedangkn ketika itu undi mereka semua adalah satu kedudukan yang sama dalam Pilihanraya yang lain yang telah menentukan siapa dan parti mana yang mereka sokong dan kehendaki dan jika mahu diadakan Pilihanraya semula sia-sialah sahaja pilihanraya yang dibuat sebelum ini.

Mungkin takdir telah menentukan dan mengatasi segala-galanya dari rancangan yang dibuat dan ditentukan sendiri oleh manusia, sedang mereka menyatakan mereka mempunyai kedudukan sokongan maka sebuah lagi kerusi Parlimen mereka telah hilang diatas sebab kematian wakil calon mereka dari Pas maka jika dilihat kedudukan sekarang maka Pakatan Rakyat 27 kursi dan BN 28 kursi maka jika satu yang terakhir ini yang akan ditentukan dalam Pilihanraya ini nanti berpihak kepada BN maka BN telah mendapat kedudukan majoriti yang lebih satu kedudukan kerusi dari pihak lawan dan jika Pakatan Rakyat yang menang namun kemenangan itu tidak membawa apa kelebihan kerana mereka tetap berada kedudukan yang sama seperti sebelumnya.

Maka biarlah Pilihanraya yang akan diadakan disana ini nanti ditentukan oleh kehendak rakyat sendiri dan janganlah bermacam andaian yang akan dibuat kelak jika keputusan tidak menyebelahi pihak mereka. Ingatlah ketentuan dan kehendak tuhan mengatasi segala-galanya dan bukanya kehendak kita atau kata-kata dari kita sendiri yang dikatakan kun faya kun yang apa yang kita cakap dan katakan akan terjadi sedangkan kehendak takdir qada dan qadar dari Ilahi tidak dapat diterima.

9 comments:

Anonymous said...

Salam,

Lama dah tak berposting,..
apapun apa yang diperkatakan itu memang ada kebenaranya..

Anonymous said...

Salam CERPANA,

mana lama pergi sibuk buat bejet ransangan kedua ker..hehe..
kita tunggulah perkara-perkara lain yang akan muncul nanti..

Anonymous said...

ntahlah diorang semua tu cakap x nak dengar cakap diorang jer yang betul..
teruskan madah posting mu..

Anonymous said...

kalau ada isu yang baru2 tu cepat2 lh tuan ulas skit

Anonymous said...

Salam cerpana,,

sejak kebelakangan ini bukan isu dan masalah rakyat yang diselesaikan oleh wakil2 rakyat tapi wakil2 rakyat yang menimbulkan masalah dan isu yang perlu diselesaikan oleh rakyat.

Anonymous said...

KLAU MACAM TU SRUHLAH SULTAN PECAT 3 EXCO TU JER N ADAKAN PLIHANRYA BALIK..

Anonymous said...

diorang tak terima pasal banyak peluang kemasan dalam tu x dapat kot kan banyak projek dh janji nk bg kat orang2 dia klau terlepas alamat habislah..

Panglima Perang Cyber said...

salam..

blog saudara tidak mmenuhi syarat sebagai blogger bpn.

sila hubungi saya melalui YM dengan segera untuk info lanjut.

tq

UMNO PARTI PENJARA said...

terima hakikat :-)

















Klik Di Bawah :-
>>> Blog 1 Malaysia <<<