Saturday, November 8, 2008

TRULY ASIA

Pada persidangan parlimen 6.11.2208 yang lalu parti pembangkang DAP dari Bukit Mertajam ada menyatakan negara Malaysia ini mestilah diibaratkan Truly Asia yang sebenar seperti slogan pelancongan yang diperkenalkan bagi tahun pelancongan Malaysia dan semasa awalan perbahasan juga beliau menyatakan perlu ada satu cetusan perubahan daripada apa yang berlaku dimana di atas kemenangan Presiden Barack Obama yang merupakan seorang dari kaum kulit hitam yang sememangnya merupakan sejarah dalam negara Amerika yang kini telah diketuai pemerintahan dan kuasa dari seorang yang bukan berketurunan kulit putih dan dengan itu juga beliau menyatakan bahawa siapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia dan tidak kira warna kulit atau bangsa sekalipun. Pada menyatakan mengenai tidak perlu ada lagi penggiraan mengenai hak ketuanan sesuatu bangsa dan seolah-olah mahu mensaksamakan hak semua kaum di Malaysia ini dengan tanpa ada ketuanan melayu atau bangsa yang mendominan di dalam negara ini di mana semua hak dan keistimewaan yang perlu sama dan tiada yang lebih walau bangsa mana sekalipun perihal yang berkaitan bahasa juga mahu dijadikan sesuatu yang dipelbagaikan dengan mahu bahasa lain lebih banyak dan sama untuk diguna ajar di Institusi Pendidikan Awam dan Swasta serta kolej bagi memperlihatkan kebebasan berbahasa. Telah jelas di perjuangan pihak mereka mahu menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang mungkin boleh disamaratakan hak dan ketuanan dengan semua bangsa yang ada semasa memperkatakan mengenai tindakan dan langkah kerajaan Pulau Pinang memasang papan tanda dalam 2 bahasa tamabahan iaitu bahasa India dan Cina. Jika apa yang dicakap dan tujuan pemasangan papan tanda adalah untuk menarik lebih lagi pelancong yang datang tetapi apakah strategiknya dengan hanya meletak bahasa Cina dan India sahaja sedangkan adakah hanya pelancong dari Cina dan India sahaja yang datang melancong ke Malaysia , sedangkan statistik pelancongan 1 juta lebih adalah datang dari Thailand sepertimana yang diberitahu oleh Menteri Pelancongan di Parlimen dan kenapa tidak pula diletakan bahasa thailand juga dipapan tanda tersebut tetapi yang peliknya adakah bahasa Cina dan India Malaysia adalah sama dengan bahasa Cina di China dan bahasa India di India sedangkan kita ketahui bahawa pelbagai bahasa dan dialek yang ada di negara tersebut seperti bagi bahasa Cina sahaja yang terdapat 7 golongan bahasa iaitu Tagalog,Mandarin,Min, Xiang , Hakka , Gan ,Wu (shanghai) dan kantonis paling ramai penuturnya dan daripada itu para pengkaji bahasa Cina juga membezakan 3 lagi kumpulan daripada tujuh-tujuh kumpulan tersebut iaitu Jin, Hui dan Ping, begitu juga di India yang terdapat 28 buah negeri dan setiap negeri mempunyai pelbagai bahasa dan dicatatkan terdapat lebih seratus bahasa berlainan mengikut tempat dan kawasan seperti bahasa yang utama seperti bahasa Hindi , Malayalam , bahasa Tamil, Toda, Kota, Kodava Thakk , Kannada dan Urdu. Jadi apakah rasionalnya hanya diletak bahasa Cina dan India Malaysia jika mahu menarik para pelancong dari luar datang ke Malaysia sedangkan bahasa itu adalah bahasa Cina dan India Malaysia dan bukanya bahasa sebenar penduduk di India dan China di negara mereka yang lebih banyak bahasa dan berlainan bahasa rasminya daripada bahasa Cina dan India di Malaysia dan tentulah tujuan mereka sebenar memasang papan tanda itu adalah hanya untuk orang Cina dan India Malaysia dan bukanya untuk pelancong dari India dan China yang sememangnya mempunyai bahasa dan dialek yang berlainan dari kaum Cina dan India di Malaysia yang mana bahasa Cina di Malaysia yang digunakan adalah bahasa Mandrin sedangkan bahasa yang digunakan di China adalah Kantonis begitu juga dengan India Malaysia yang mengunakan bahasa Tamil berlainan bahasa rasmi penduduk india di India yang mengunakan bahasa Hindi , kebanyakan variasi seperti bahasa Cina ditutur cukup banyak kelainannya sehingga tidak dapat saling difahami antara satu sama lain. Terdapat di antara 6-12 kumpulan kawasan yang utama (bergantung kepada skema klasifikasi). Telah jelas apa yang cuba dilakukan oleh pihak DAP dan kerajaan Pulau Pinang adalah semata-mata untuk mempulasikan keadaan supaya tiada lagi Bahasa Malaysia ini dijadikan bahasa rasmi di Malaysia tetapi perlu lebih terbuka dan bebas penggunaan bahasanya di mana jua tanpa menjadikan keutamaan bahasa Malaysia adalah bahasa yang utama dan rasmi negara Malaysia dan dengan itu langkah memasukan sekali bahasa meraka supaya ianya tidak lagi menjadikan bahasa Malaysia sebuah Bahasa Rasmi lagi di Malaysia dan perlu di ingat pada Pilihan raya 1969 yang menyaksikan pihak Perikatan [Barisan Nasional] menghadapinya dengan penuh yakin kerana percaya rakyat sudah bersatu.Bagaimanapun, rakyat Bukan Melayu pula ternyata kurang senang dengan kedudukan bahasa Melayu. Pada tahun 1957, Perlembagaan menyatakan bahawa Bahasa Inggeris boleh digunakan selama 10 tahun - sehingga 1967. Jadi, timbul soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa bagi Bangsa Malaysia. Pilihan raya pada 12 Mei 1969 ternyata ianya penuh emosi. Kedudukan politik dan bahasa/budaya Bukan Melayu menjadi topik hangat dalam kempen. Malah, rakyat Bukan Melayu mula mempersoalkan hak mereka dalam hal berkenaan.
Natijahnya, undi bagi Perikatan susut 10% dan Perikatan menghadapi masalah mendapatkan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Penyokong Gerakan dan DAP meraikan "kemenangan" mereka dengan mengadakan 'pesta' di jalan-jalan raya di Kuala Lumpur. Penyokong UMNO turut mengadakan 'pesta' yang sama. maka tercetuslah Krisis 13 Mei 1969 yang menjadi titik hitam dalam sejarah negara Malaysia yang berbangga dengan gambaran rakyat pelbagai kaum hidup bersatu-padu, harmoni dan saling memahami. Ramai yang terkorban sama ada Melayu atau Cina.Jadi tidakan itu menjadi pengajaran supaya tidak ada lagi mempertikaikan mengenai apa jua kedudukan hak dan bahasa yang telah termaktub dalam perlembagaan negara tetapi parti itu yang dulu yang mencetuskan ketegangan kaum sekali lagi cuba untuk memporak - perandankan kembali keadaan dan mungkin sekarang cuma tungu saat yang mungkin telah kertaluan yang mungkin konflik tersebut akan berulang dan tercetus kembali dari sikap mereka yang hanya mementingkan diri dan nafsu perjuangan parti dari bersama-sama berusaha menbangun dan mensejahterakan hidup dan kemakmuran rakyat negara Malaysia . Telah jelas juga kenapa dan apakah fungsi bahasa Malaysia itu seperti yang dinyatakan dibawah :
FUNGSI BAHASA MALAYSIA
Bahasa Kebangsaan – melahirkan semangat perpaduan, kekitaan dan kebangsaan. Bahasa Jiwa Bangsa. Satu Bangsa/Negara, Satu Bahasa.
Bahasa Rasmi – dalam komunikasi dan acara rasmi, segala surat-menyurat rasmi, pentadbiran, minit mesyuarat, memo dll.
Bahasa Perpaduan – perpaduan antara kaum/keturunan, perpaduan politik.
Bahasa Ilmu – dalam bidang ilmu, sains, teknologi, komputer, saintifik, ilmiah. Menjadikan Bahasa Malaysia setaraf Bahasa Inggeris; antarabangsa.
Bahasa Pendidikan – bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah, universiti, kolej.
Kesimpulanya jaganlah terlalu mempolitikan kehidupan dan perjalanan kesejahteraan dan kemamuran negara dengan terlalu mengikut corak dan rentak politik, hidup ini bukan untuk politik dan bukan politik semata-mata yang menentukan kehidupan rakyat di negara ini jika politik yang tertalu diutamakan dan di agungkan maka pelbagailah rencah yang tidak ketentuan yang akan sentiasa menyelubungi kehidupan masyarakat yang terjadi sekarang ini dari kehidupan kesejahteraan dan kemakmuran yang sebenar-benarnya di kehendaki oleh seluruh rakyat Malaysia. Kebebasan yang diberikan tidaklah sewenag-wenangnya digunakan untuk tujuan kehendak dan nafsu sendiri seperti yang terbaru dalam liputan akhbar dan liputan Malaysiakini di mana satu perhimpunan telah diadakan baru-baru ini untuk menentang keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang baru-baru ini yang mengharamkan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki dan minat kepada kaum sejenis, istilah semasa yang digunakan adalah “pengkid” di mana Menurut keputusan yang dibuat oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa yang ke 83 pada 23 Oktober lalu, perbuatan seumpama ini melanggar tabii serta fitrah oleh itu yang jelas bertentangan dengan Islam . Mereka yang terlibat dalam himpunan tersebut adalah dari wakil-wakil dua kumpulan iaitu “Katagender” (yang mempromosi kesaksamaan gender) dan satu lagi kumpulan yang dikenali “Food-not-bombs”. Dan menurut Malaysiakini jurucakap ini adalah seorang bukan Islam bernama Lee Wei San.Menurut akhbar The Star jurucakap ini mempersoalkan mengapa tubuh wanita selalu dijadikan bahan pertikaian bagi menetapkan nilai moral masyarakat? dan Salah satu kain rentang yang dibawa oleh kumpulan inis emalam berbunyi:“Lawan semua fatwa menindas perempuan”. Jadi apa pengajaran dan iktibar bila kebebasan terlalu diberikan kepada mereka yang sebelum ini pekara seumpama ini tidak akan terjadi dan jika terjadi maka tiada lagi nilai dan moral dalam masyarakat Malaysia dan janganlah seperti di Eropah yang telah meluluskan hak dan kebebasan hidup dan perkahwinan sesama wanita dan lelaki berlaku di Malayisa ini , telah jelas walaupun rambut sama hitam tapi mempunyai niat dan nafsu lain-lain jika terlalu kebebasan diberikan tanpa ada had dan batasan maka perkara-perkara seumpama inilah yang akan berlaku dan terjadi dan semua juga mengetahui siapa Bapa Kebebasan di Malayisa ini yang selama ini memperjuangkan kebebasan dan hak tanpa memperlihatkan perlu adanya had dan batasan dan semua tahu siapakah ia maka apakah dia akan bertanggunjawab dengan semua yang berlaku dari perjuang kebebasan yang tanpa perlu ada had dan batasanya maka Tepuklah Dada Tungulah Pilihanraya.

14 comments:

Anonymous said...

Cakap saja papan tanda perkauman, senang cerita. Letakkan bahasa semua kaum yang ada di negara ini. Itulah kalau masih tak faham fungsi bahasa dalam bernegara. Bahasa bukan sekadar alat komunikasi tetapi juga citra negara. justeru, apa guna bahasa kebangsaan.

Kembara Politik said...

Salam CERPANA,

Mana perenggan? Yang pastinya penulisan saudara sungguh menarik dengan segala bahan yang menyokong setiap hujah yang diutarakan...

KUDA HITAM said...

Salam CERPANA,

satu penjelasan yang menarik dan jelas dan boleh dipergunakan untuk perbahasan di Parlimen jika ia mempunyai nilai dan penjelasan kukuh bersama fakta yang sahih.
diharapkan saudara dapat memberikan idea2 dan pandangan untuk kesejahteraan dan kehidupan rakyat di masa yang mendatang.
pemikiran saudara jauh lebih jelas dan kehadapan dari pihak yang hanya tahu memakai kot yang kata bersama rakyat tetapi jika ada rakyat yang makan nasi dan telur dikatakan makanan anjing dan mereka telah lupa hidup susah bersama rakyat mereka.

PEJUANG RAKYAT said...

Salam CERPANA,

BAIK UNTUK KITA SAMA-SAMA MENILAI YANG BAIK DAN BURUK APA YANG TERJADI SEKARANG. TERUSKAN DENGAN PANDANGAN DAN PENDAPAT YANG DAPAT DIKONGSI DAN DI FIKIRKAN BESAMA.
DARI PERMULAAN PENULISAN SAUDARA BANYAK MEMBERIKAN PENDAPAT DAN CADANGAN YANG BERNAS DAN BERASAS CUMA TINGAL PERINGKAT PELAKSANAAN UNTUK DILAKSANAKAN BAGI KEBAIKAN BERSAMA.

PEWARIS BANGSA said...

Salam Saudara CERPANA,

memang benar seperti apa yang diperkatakan dan saya setiap hari menonton persidangan parlimen yang di siarkan kadang-kadang tidak bersetuju juga dengan tindakan yang hanya menghentam dan mencari kesalahan kerajaan sahaja tapi dari segi pertolongan atau percadangan langsuang tiada dan bila kita terasa hendak menghentam mereka kerana kadang-kadang selalu bertekak pasal pekara yang hanya berkaitan peraturan mesyuarat dan menudah yang tak ada bukti tiada siapa yang dikatakan wakil dari kalangan rakyat jika pihak wakil yang berhormat dari BN yang menegur atau berkata mereka katakan itu orang kerajaan dan mungkin yang boleh diberi pujian sikit adalah kepada YB dari pasir mas yang merupakan calon bebas tetapi bila melibatkan sesuatu yang tidak betul beliau berada di pihak yang benar tidak kira kerajaan atau pembangkang.

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Sebenarnya ini semua kerana Pembangkang sekarang naik kepala dan mengada-gada, nak tunjuk konon-konon mereka lebih Malaysia dari kerajaan yang ada sekarang.

Digula-gulakan rakyat dengan isu sensitif supaya rakyat keliru dan menganggap mereka benar benar berjiwa rakyat dan berkobran kerana rakyat. Pada hal rakyat yang menjadi korban mereka.

WaAllahuAlam.

PERTIKAT said...

Salam CERPANA,

LAMA-LAMA KEADAAN PUN MAKIN KUCAR KACIR ASYIK BERTEKAK MACAM MANA NAK BUAT KERJA KALAU NAK JADI PEMBANGKANG YANG KUAT JANGAN SAMPAI JADI MACAM PARLIMEN DI UKRINE SAMPAI DAH BERTUMBUK-TUMBUK WALAUPUN KUAT TAPI TU KUAT BERGADUH KALAU NAK BETUL-BETUL KUAT JADILAH PIHAK YANG BANYAK MEMBERIKAN PENYELESYAIAN BUKANYA MENAMBAHKAN MASALAH.

Anonymous said...

Salam,

kan bgus klau prkra sbegini di bangkang diparlimen hritu jd smua orng bleh tgk dgn jelas pndekatan dn cara prti pembangkang yang ntah apa ntah..

SAHABAT said...

salam CERPANA,

ulasan dan penjelasan yang bagus dan mempunyai nilai dalam menjawab dan memberi jawapan terhadap perkara yang difikirkan tidak perlu untuk dibuat dan dilaksanakan yang hanya bertujuan berkepentingan peribadi untuk porpuler dan untuk kepentingan politik yang hanya memikirkan nafsu perjuangan politik yang sempit tanpa memikirkan kehidupan yang aman dan makmur selama ini dikecapai dengan baik namun yang buruk hanya dinampak yang baik disembunyikan sebab jika dicakap akan hanya memperlihatkan kehebatan lawan dan merendahkan kemampuan mereka yang hanya hebat bercakap dari bertindak.
jika polis yang menjaga ketentraman mereka hanya dikutuk dengan korapsi dan rasuah yang mereka buat tetapi pengorbanan angota polis yang terkorban semasa menjalankan tugas langsung tidak diendahkan dan diperkatakan jauh sekali untuk berterima kasih.

Anonymous said...

SOKONG SEPENUHNYA..TANPA BANTAHAN APA YANG DIPERKATAKAN

LKJR said...

sakam cerpana,

diorang nak promosi pelancong yang datang kat tempat diorang tapi guna bahasa cina an india bahasa cina n india malaysia mana nak sama dengan bahasa tulen dirang kalau bahasa tu bahasa cina n india sana diorang fahamlah jugak..

牛五花Orange said...

徵信社,徵信,徵信,徵信社,外遇,尋人,徵信公司,徵信,抓姦,徵信,徵信社,徵信,抓姦,抓姦,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信社,抓姦,徵信,外遇,徵信社,,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信社,徵信社,徵信,錄音,背叛,商標,商標,GPS,離婚

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI


IBU RISKA said...

Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE












Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE