Thursday, November 13, 2008

SOAL KEPIMPINAN


Kemenangan Barack Obama telah membuka seribu satu wadah tentang perubahan sama ada dalam soal isu perubahan kepimpinan sesuatu negara mahupan perubahan konsep kedudukan sesuatu bangsa dan kaum dalam masyarakat yang pelbagai. Memang Barack Obama adalah keturunan berkulit hitam namun Obama bukan orang kulit hitam atau Negro. (Negro dalam bahasa Sepanyol (Spanish) dan Portugis bermaksud hitam, justeru itu Barack Obama bukanlah orang berkulit hitam 100% dan lebih jelas di katakan berdarah campuran. Ibunya seorang kulit putih Amerika dan bapanya seorang kulit hitam Kenya. Bapa kandung Presiden Amerika ini iaitu Hussien Obama merupakan seorang Muslim warga Kenya dan ayah kedua yang dinikahi ibunya yang berasal dari indonesia namun Obama sendiri adalah seorang Kristian.
Walaupun Amerika kini di perintah dan di ketuai oleh seorang yang berkulit hitam namun agama peganggan presiden itu tetap seorang beragama kristian seperti mana agama majoriti penduduk yang utama di Amerika jadi jelaslah bahawa walaupun berlainan sedikit dari warna kulit yang dikatakan berlainan bangsa namun agamanya adalah tetap satu dan sama iaitu kristian. Walaupun Obama dilihat seseorang yang tidak mempunyai strategi atau gaya yang diperlihatkan untuk bermusuhan dengan negara Islam namun Obama dilihat juga tampil setia terhadap Israel. Misalnya, Obama tidak pernah menghilangkan dukungannya dan sokanganya terhadap Israel. Ia juga dikatakan berjanji akan menambahkan dukungan terhadap Israel sebesar 30 milion dollar. Pada persidangan tahunan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC), Obama juga turut berjanji akan menjadikan Jerusalem (Al-Quds) sebagai ibukota Israel tanpa diganggu-gugat kedudukanya oleh sesiapa. Obama juga mengatakan, "Israel adalah mukjizat bagi Timur Tengah." Selain itu, kesetiaan Obama terhadap Israel juga dilihat pada dukungannya terhadap serangan Syria, dengan alasan bela diri Israel terhadap bahaya, khususnya bahaya nuklear Syria. Walaupun mengenai masalah Iraq, Obama dikatakan berjanji akan menarik pasukan AS secara bertahap selama 16 bulan selepas pemerintahanya namun hal ini dilihat kerana Obama sangat memahami bahawa situasi ini dan hal hegemoni AS terhadap dunia semakin pudar, akibat pendudukan AS terhadap Iraq yang tidak berdasarkan justifikasi kuat, di samping AS juga rugi besar di Iraq kerana walaupun memenangi perang di Iraq namun pandangan masyarakat dunia dan masyarakatnya sendiri menunjukan penentangan dan lebih dilihat kemusnahan hanya kepada tenteranya sendiri seperti kekalahan Amerika sewaktu di perang Vietnam di sewaktu ketika dahulu dan angka korban dan kemusnahan yang dicatatkan dilihat jauh lebih banyak dan dashyat dari jumlah korban peperangan semasa penglibatan ketenteraan Amerika di Vietnam dahulu .Pada dasarnya, siapa sahaja yang menjadi Presiden, kaedah Amerika Serikat (AS) menghadapi negara-negara Islam akan tetap sama. Hal ini kerana strategi menangani dunia Islam tidak sepenuhnya berada di tangan presiden, tetapi melibatkan lembaga seperti Kongres AS yang didominasi Yahudi dan yang terbaru perlantikan ketua staf dalam pentadbirannya yang merupakan seorang dari keturunan Yahudi.

Di Malaysia juga hangat diperkatakan mengenai perubahan seperti mana yang berlaku di Amerika sehingakan mahu pentadbiran di Malaysia juga boleh dari seseorang yang kaum atau berbangsa lain namun adakah sama Malaysia dan Amerika walaupun Barack Obama dari bukan seorang yang berketurunan berkulit putih namun agama yang dianutinya adalah agama yang sama dianuti oleh orang berkulit putih di Amerika iaitu kristian jadi pekara utama dan pokok tentang konsep keagamaan tetap sama dan seirama berlaian jika Malaysia di perintah oleh kaum Cina misalnya adakah agamanya sama dan sealiran dengan agama kebanyakan penduduk di Malaysia ini dan inilah perkara pokok dan utama yang orang terlepas pandang hanya melihat luaran di luar yang hanya berkulit hitam namun didalam aliran pegangan agamnya tetap adalah sama.

Kenyataan Tun Mahathir yang menyatakan "Siapa sahaja boleh menjadi PM Malaysia asalkan beliau seorang "Bangsa dan diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira samada beliau Melayu atau bukan Melayu. Seharusnya pekara itu harus dilihat dan difikir dengan secara yang teliti dan mendalam kerana jika dikaitan kemenangan Barack Obama dengan konsep keterbukaan dan perubahan dalam peringkat pemerintahan sesebuah negara yang diterajui oleh bangsa yang tidak mendominan dalam sesebuah masyarakat namun dalam hal yang lain ianya masih mendominan bersama iaitu agamanya yang sama dengan penduduk majoriti di Amerika jadi hal yang melibatkan pegangan beragama masih bersama dan sealiran. Jika Malaysia ditadbir oleh seseorang berbagsa lain seperti Cina atau India program atau penglibatan terhadap Masyarakat adalah terhad dan terbatas kerana banyak juga atucara dan program-program yang melibatkan pekara yang melibatkan keagamaan dan tentu sekali bila melibatkan soal keagamaan tetap ada peraturan had dan batasan lebih-lebih lagi melibatkan soal dan konsep akidah kerana tidak mungkin dalam pembacaan doa jika pemimpin tersebut bukan beragama islam beliau boleh terlibat sama dan sama-sama menadah tangan memohan keberkatan dan bersama-sama memohon keredaan dari Tuhan dan ianya sama keberkatan dan mustajab doa dari seseorang yang beragama islam sendiri sedangkan kita ketahui kebanyakan program dan atucara akan didahului dengan pembacaan doa dan banyaklah lagi program-program yang melibatkan masyarakat islam terpaksa di tolak kerana penglibatanya yang terhad dan tidak boleh bersama-sama dalam soal yang melibatkan ibadah atau ibadat dan hanya lebih untuk upacara makan & minum sahaja. Berlaian dengan Amerika yang sekarang walaupun berbangsa lain namun hal-hal yang melibatkan agama tetap dapat bersama dan meneruskan konsep dan pendekatan dengan penduduk mejoriti di Amerika yang beragama kristisan. Kesimpualanya walaupun Presiden Amerika yang baru berbangsa lain namun tetap agama yang sama dengan penduduk majoritinya dan jika di Malaysia ditadbir oleh bangsa lain dan agamanya juga adalah lain dan tidak boleh bersepakatan dan bersama dalam soal yang melibatkan agama, ibadah dan ibadat masyarakat majoriti di Malaysia yang beragama Islam. Itulah kedudukan yang jelas dan nyata yang mesti difahami oleh setiap orang yang menyatakan tidak mengapa Malaysia di perintah oleh bangsa lain sedangkan yang kita mahu ianya mestilah bersama dalam soal keagamaan yang menjadi teras dalam masyarakat Malaysia yang agama rasminya adalah agama Islam dan jika Malaysia ditadbir oleh seseorang yang beragama lain maka keangotaan Malaysia di dalam Pertubuhan Negara Islam (OIC) juga terpaksa di tarik balik kerana jelas pertubuhan itu adalah untuk kepentingan yang berkaitan agama Islam dan jika Negara Islam itu bukan dipimpin oleh seseorang beragama Islam bagaimana hendak bersama bermesyuarat dan bersepakatan dalam hal yang melibatkan dunia Islam dan banyak yang lain harus dilihat jika ianya dilakukan dengan tidak memikirkan kesan dan akibat yang melibatkan perkara-perkara yang lain.

Walaupun di Amerika ianya diperintah oleh bangsa lain namun dari segi keduduklan ekonomi tetap dikuasai oleh masyarakat mejoriti kulit putih berbandingan dengan Malaysia yang kedudukan ekonomi di dimonisasi dan dipegang oleh bangsa Cina dan kedudukan pelajaran juga turut sama jadi apa yang didapat oleh masyarakat islam dan melayu jika ekonomi dan pelajaran telah di kuasai oleh kaum lain dan kuasa politik yang satu-satunya masih ada dan tingal dan ditingalkan oleh nenek moyang kita juga telah diberi dan dipegang penguasaan oleh bangsa lain jadi apa yang tingal untuk masyarakat melayu dan islam dan selepas itu janganlah seperti di Singapura yang dipegang oleh bangsa lain dari asal usul kepunyaan melayu tetapi selama-lamanya akan dipegang oleh cina seperti mana kenyataan oleh PM Singapura Lee Hsien Loong menyatakan Singapura belum bersedia menerima bukan Cina sebagai PM negara tersebut. seharusnya kuasa pemerintahan yang ada ini harusnya dipegang dan dipertahankan sampai bila-bila kerana seharusnya perla ada asas dalam pegangan kita semua kena utamakan iaitu Alif, Ba dan Ta, Alif untuk Agama, Ba untuk Bangsa dan Ta untuk Tanah air. Walauapun kenyataan yang diberikan mungkin perlu ada kenyataan yang berkhemah dan tidak menguris perasaan sesiapa kerana kita perlu juga menjaga perasaan orang lain walaupun kenyataan Tun memberi ruang kepada bangsa lain untuk memerintah namun hakikatnya ia tidak dan belum terjadi mungkin kenyataan itu hanya mahu dilihat melayu tidak terlalu racits dan hanya mementingkan kaumnya sahaja kerana apa yang utama dilakukan jika tiba saat dan waktunya hanya tepuk dada tanya akal fikiran kerana bangsa melayu yang dikatakan bijak dalam perbuatan dan kata-kata , pandai-pandailah kita selepas itu kerana pegangan dan kuasa masih milik kita dan hanya pandai dan cermat dalam setiap tindakan dan perbuatan agar tidak dilihat mementingkan dri dan kaum sendiri , kita perlu dilihat bijak dan tidak menunjukan sifat perkauman dihadapan kaum lain seumpama jika kita menjadi pemimpin dan dihadapan kita ada sesuatu keputusan pemilihan yang perlu dibuat dan didalam pilihan tersebut ada pelbagai permohonan dari kaum lain maka pilihlah yang bersama dengan kita walaupun sebelum itu penyertaan dibuka kepada semua kaum tetapi pemilihan tetap ditangan kita yang berkuasa seumpama perbuatan dan cara kita yang di ibaratkan seperti pepatah ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak beselerak.

6 comments:

Anonymous said...

Saya cadangkan Pakatan Rakyat mengadakan sidang akhbar dan mengumumkan bahawa mereka mahu melantik bukan Melayu sbg PM jika menang PRU13. Buktikan pada BN bahawa PR tidak perkauman. Tapi seperti kata Tun Mahathir, permintaan mereka untuk menjadi PM bukan Melayu itu sudah sememangnya satu bentuk permintaan yg berbau perkauman sebenarnya...

Kembara Politik

Anonymous said...

Salam CERPANA,

tiada istilah lain melainkan kita perlu kepempinan yang seagama dengan kita untuk kebenaran yang jelas walaupun diberikan kepada bangsa lain namun itu sahaja tidakmencukupi untuk membuat penailaian bahawa bangsa lain adalah baik dan bersih tanpa ada anasir korapsi dan kroni walauapa pun ia tetap manusia pasti tetap ada perasaan dan kehendakmengikut hati perasaan sendiri juga

Anonymous said...

Salam ,

bukan tidak boleh diberi peluang kepada kaum yang lain tetapi biarlah keadaan Melayu yang telah kuat dari segi ekonomi dan kehidupan barulah mungkin diberikan peluang 5 tahun kepada bangsa yang lain,

Anonymous said...

Salam cerpana,

sekarang semua pekara dan benda hendak di ambil dan dinikmati walaupun mereka telah lebuih menikmati dari penduduk asal negara kalau Malaysia di pimpin olehbangsa lain tetap sifat untuk memberikan sesuatu kepada orang terdekat dan penyokong kuat tetap ada

Anonymous said...

Salam cerpana,

mengharapkan sesuatu yang baik adalah diberikan kepercayaan dan tangungjawab kepada mereka yang bertanggungjawab mungkin biar siapa pun pemimpinnya maka keperibadian diri merupakan suatu yang dilihat dapat memberikan keadilan dan kebaikan kepada semua namun atas aspek dan penilaian yang lain maka sesuatu yang menjadi keutamaan harus diutamakn seperti yang Tuan katakan iaitu mendahului alif iaitu agama dari yang lain -lain maka jika bagus dan baik agama dan budi perkitinya maka baiklah pengharapan yang akan didapati oleh semua rakyatnya.

sumandak bayu said...

Salam Bro

Mohon istiharkan perang jihad ke atas blog ni yang telah menghina Islam http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html ... Sumber diperolehi daripada ahli BPN FAZRULLs